Friday 5 September 2014

Petua Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Semua masalah ini hadir selepas ibu bersalin. Betul tak? Rata-rata bentuk badan wanita berubah disebabkan faktor seperti tidak mengamalkan cara hidup tidak sihat, jadual pemakanan dan senaman yang tidak teratur. Perut menggeleber adalah disebabkan hormon mengandung iaitu progestron tinggi semasa mengandung dan selepas bersalin. Hormon ini menyebabkan perut kembung, usus mengembang kerana proses penghadaman dan pencernaan makanan menjadi perlahan. 


Tips Semasa Hamil

1. Semasa tempoh hamil, ibu tidak digalakkan berdiet dan boleh makan seperti biasa tetapi perlu dikawal seperti makanan berlemak, berminyak, dan kadar gula.

2. Ibu juga boleh mengambil makanan laut seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya, sekiranya tidak mempunyai alahan dan ianya dikawal dan tidak ambil secara berlebihan.


Tips Semasa Pemakanan Semasa Pantang dan Selepas Berpantang

1. Lebihkan makan sayur dan lauk serta kurangkan nasi.

2. Ambil lapan gelas air sehari selepas bersalin amat perlu untuk hasilkan susu badan (petua orang tua-tua melarang minum air banyak, kerana takut mengembang. Namun sekiranya ibu tidak mengambil air secukupnya, bagaimana susu ibu akan terhasil. Maka adalah terbaik ibu harus mengambil lapan gelas air sehari dengan kadar sedikit-sedikit tetapi kerap. 

3. Untuk mengelak perut kembung ibu digalakkan mengambil serat iaitu sayuran hijau dan buah-buahan.

4. Halia, bawang putih, dan lada hitam juga bagus. Tujuannya adalah untuk memanaskan badan serta memudahkan proses penghadaman makanan.

5. Pemakaian bengkung selepas bersalin bagus supaya otot yang mengembang, nipis dan tidak kuat menjadi kuat, merapatkan otot juga membantu mengempiskan perut ibu.

6. Sekiranya bersalin secara ceasarean, ibu tidak digalakan memakai bengkung sekiranya luka ceaserean belum betul-betul sembuh.

7. Bertungku atau bersauna juga membantu mengecutkan otot dan secara tidak langsung mengurangkan pendarahan.

8.  Cara yang paling efektif dan berkesan untuk penurunan berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan anak secara ekslusif selama dua (2) tahun.


"Penyusuan secara ekslusif akan menjadi lebih berkualiti dengan pemakanan seharian terbaik. Pengambilan suplemen amat digalakkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian bagi ibu menyusu"


Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee menyediakan kepeluan nutrisi seharian di samping membantu menurunkan berat badan si ibu. Anda pasti 


Kini anda boleh dapatkan Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Tuesday 2 September 2014

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kecacatan Janin dan Tips Mengelakkan Kecacatan Janin



Tahukah??? 150,000 kelahiran di US mencatatkan kelahiran yang abnormal. Dan 60% daripada mereka tidak ketahui keabnormalan tersebut sehinggalah bayi berkenaan
dilahirkan. Kita di Malaysia jangan memandang remeh berkaitan hal ini. Setiap ibu mengandung mempunyai risiko untuk melahirkan bayi yang abnormal.

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada kecacatan pada bayi ini. Antaranya :
  1. Pertama sekali adalah faktor genetik. Tidak dinafikan faktor ini amat sukar untuk dielak namun dengan beberapa langkah 'berjaga-jaga' kita mampu melahirkan zuriat yang sihat.
  2. Keduanya adalah disebabkan beberapa jenis ubat yang menyebabkan teratogenik terhadap janin. Contohnya ubat kanser dan ubat kolestrol.
  3. Ketiganya adalah disebabkan persekitaran beracun contohnya asap rokok. Dalam asap rokok ia mengandungi beberapa jenis struktur kimia yang mampu meresap masuk ke dalam janin. Bahan kimia tersebut akan menganggu pembesaran bayi dan akan menyebabkan keabnormalan pada anggota bayi.

Sebenarnya, kita boleh hindari perkara ini dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:
  1. Pertama: Ibu mengandung jangan sesekali diet. Cerita benar, jiran saya sendiri telah berdiet ketika hamil dan kesannya anak yang dikandungnya mengalami kecacatan
    pada akal.
  2. Kedua: Amalkan mengambil supplemen seperti folic asid dan vitamin B. Langkah ini dapat mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Vitamin B terbaik seharusnya mengandungi keseluruhan Vitamin B termasuklah sumber folic asid dan hendaklah semulajadi seperi B-Complex Shaklee
  3. Ketiga: Sila bertanya dahulu kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya ingin mengambil sebarang ubat atau herba.
  4. Keempat: Sentiasa melakukan pemeriksaan kandungan jika anda ada keturunan yang pernah melahirkan bayi yang abnormal.
  5. Kelima: Jauhi asap rokok!!! 

Apa yang penting adalah ibu hamil perlu amalkan tip tersebut serta pemakanan sihat seharian supaya kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Set Kehamilan Shaklee boleh diamalkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian ibu hamil, berpantang dan menyusu.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]