Tuesday 1 March 2016

Rawat Diabetes/ Kencing Manis Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ia juga dikenali sebagai kencing manis.

Tanda-tanda dan gejala amaran
  • Kerap membuang air kecil
  • Terasa amat dahaga
  • Kabur penglihatan
  • Nafas berbau manis
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Luka yang lambat sembuh
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti berikut:
  • Buta 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung
  • Lumpuh
  • Darah tinggi
  • Menjejaskan Keupayaan Seksual 
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Pesakit tidak dapat merasai rasa sakit dan panas yang mana boleh mengakibatkan pesakit mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Jika tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. dengan mendapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Penjagaan Sendiri 
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
  • Jangan mengambil snek di antara waktu makan
  • Jangan melangkau waktu makan anda
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol
  • Berjumpalah doktor anda selalu
  • Bawa bersama-sama  kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes/ Kencing Manis (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
  • Bersenamlah secara konsisten, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
  • Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
  • Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki
Pengawalan Gula Darah untuk Pesakit Diabetes

Pesakit Diabetes perlu mengambil makanan yang rendah lemak, tinggi serat (Fiber) dan banyak sayur-sayuran. Paling bagus pesakit diabetes mengambil makanan yang rendah karbohidrat supaya gula darah tidak akan naik dengan segera.

Makanan yang tidak patut dimakan :
  • nasi putih (digantikan beras perang)
  • tembikai
  • donut
  • roti putih (digantikan wholemeal bread)
  • corn flakes
  • mangga 
Set Diabetes/ Kencing Manis Shaklee (Shaklee Blood Sugar Control Set)

Shaklee Blood Sugar Control Set merupakan suplemen yang dapat menolong pesakit diabetes/ kencing manis mengawal gula darah pada setiap masa.


B-Complex
Penyakit diabetes lebih cenderung dalam kekurangan vitamin B1 atau thiamine. Menurut maklumat kesihatan diabetes, buah pinggang pesakit diabetes mengeluarkan thiamine bukan menyimpan dalam badan. Sehubungan itu, vitamin B perlu sentiasa diambil.


Zinc Complex
Kajian menunjukkan bahawa zink, elemen yang penting untuk mendorong pengeluaran enzim. Zink juga adalah satu keperluan untuk terlibat dengan metabolisme gula darah kerana zink merupakan pemangkin semulajadi untuk pengeluaran insulin.


Vivix
Vivix merupakan salah satu produk Resveratrol. Resveratrol telah mendapat banyak perhatian dari pakar atas manfaat antipenuaan dan memerangi penyakit. Resveratrol mempunyai antioksida yang tinggi, melindungi badan daripada radikal bebas. Resveratrol juga dipercayai akan memberi manfaat kepada Penyakit Diabetes dalam laporon perubatan



GLA Complex
Gamma linolenic acid (GLA) adalah asid omega-6 lemak yang ditemui dalam ekstrak minyak tumbuh-tumbuhan dan it dapat mengawal gula.
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]