Tuesday 14 October 2014

Cara Makan dan Turunkan Paras Kolestrol Dengan Phytocol-ST Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengar tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.


Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.


Antara masalah yang akan berlaku sekiranya tahap kolestrol tidak berada pada tahap yang normal adalah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan bagi mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.
  • Kawal Diet Seharian  Mengurangkan pengambilan lemak tepu (contohnya : makanan segera, makanan beminyak dan berlemak), lebihkan makanan semulajadi dan segar (contohnya : sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan)
  • Kerap Lakukan Aktiviti Fizikal Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL adalah lebih tinggi. Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan kaki, naik tangga, bersenam dan sebagainya.
  • Capai BMI Ideal - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
  • Jauhi Rokok dan Alkohol - Elakkan kedua perkara ini kerana sememannya sangat tidak baik untuk kesihatan.
  • Pengambilan Suplemen Kesihatan - Suplemen kesihatan yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.

Phytocol- ST Shaklee dihasilkan khas untuk menurunkan kolestrol yang tinggi. Phytocol-ST Shaklee mengandungi 2000mg fitosterol. Apakah fungsi fitosterol?
  • Menjaga keseimbangan membran fosfolipid dari sel tumbuhan, seperti kolesterol pada membran sel manusia. 
  • Memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. 
  • Selain tu, ia juga dapat berperanan dalam mencegah terjadinya kanser. 
  • Bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti oksidan dan anti kanser
Di bawah adalah testimoni bagaimana Phytocol-ST Shaklee membantu menurunkan paras kolestrol tinggi. Beliau mengamalkan pengambilan Phytocol-ST Shaklee dengan:
  • TIDAK control diet semasa pengambilan Pyhtocol  (loaded with fat and less fiber, vege and fruits)
  • Hanya mengambil phytocol (stopped taking Omega Guard, Lecithin and reduce intake of ESP)
  • Jumlah penurunan kolestrol adalah 22% (pengambilan selama  2 bulan-lebih kurang 2 botol Pyhtocol)


Bacaan Paras LDL Sebelum Amalkan Phytocol ST

Bacaan Paras LDL Selepas Amalkan Phytocol ST

CARA AMALKAN/ MAKAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE 
  • Pengambilan 2 biji, 2 kali sehari (total 4 biji sehari) diambil sebelum makan secara konsisten membantu menurunkan paras kolestrol 
  • Minum air yang banyak setiap hari. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari bergantung kepada berat badan
  • Untuk kesan yang lebih cepat dan optimum, jaga pemakanan harian, elakkan makanan yang menyumbang kepada kolestrol tinggi 
  • Lakukan aktiviti pergerakan untuk membakar kalori
Kini anda boleh dapatkan Phytocol ST Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]