Showing posts with label Set Ibu Menyusu Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Menyusu Shaklee. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

Tip Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Sebelum ibu-ibu memahami bagaimana untuk meningkatkan bekalan susu ,adalah penting untuk memahami bagaimana proses pengeluaran susu berfungsi.


Kita mungkin pernah dengar bahawa bekalan susu ibu adalah berdasarkan penawaran dan permintaan, tetapi pengeluaran susu pada awalnya tidak berdasarkan penawaran dan permintaan. Selepas anda melahirkan anak, hormon di dalam badan anda memberitahu payudara anda untuk mula menghasilkan susu. Dalam tempoh masa ini badan anda tidak tahu berapa banyak susu bayi anda akan perlukan. Ini adalah masa yang terbaik untuk mewujudkan bekalan susu yang baik.


Lama kelamaan, badan anda akhirnya mendapat tahu berapa banyak susu untuk dihasilkan berdasarkan penyingkiran susu dari buah dada anda. Apabila buah dada anda kosong, ini memberitahu badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Mengosongkan payudara kerap pada peringkat awal penyusuan akan membantu memastikan bahawa anda mempunyai bekalan susu yang baik. Tetapi apa yang boleh ibu2 lakukan kalau penyusuan tidak bermula dengan baik atau jika ibu2 mahu meningkatkan bekalan susu?

Ikuti tip meningkatkan susu badan seperti di bawah :

  • Menyusukan secara kerap. Penyusuan ibu yang kerap adalah nombor satu kunci untuk meningkatkan bekalan susu anda.
  • Menawarkan kedua-dua buah dada semasa penyusuan. Jangan menyusu sebelah sahaja.
  • Pastikan bayi menyusu cukup lama untuk mengosongkan payudara anda apabila dia menyusu.
  • Cuba tukar posisi penyusuan. Menyusu pada satu payudara, jika bayi memberi signal bosan, tukar kepada payudara yang lain, dan terus bertukar sehingga kedua-dua buah dada yang kosong atau bayi tidak lagi akan menghisap.
  • Menyusukan pada waktu malam. Penyusuan malam yang kerap boleh meningkatkan bekalan susu.
  • Pam selepas menyusu. Biasanya pam selepas penyusuan akan membantu mengosongkan payudara. Jika anda mendapati bahawa anda tidak mengepam apa-apa selepas menyusu anda boleh cuba mengepam sebelum menyusu.
  • Pastikan bayi menghisap dengan baik. Cuba lebih daripada satu teknik untuk mendapatkan bayi anda melekap dengan betul.
  • Dapatkan sokongan dari ibu- ibu menyusu yang lain.
  • Pam semasa anda menyusu. Pam sebelah dan menyusu sebelah. Kemudian biarkan bayi mengosongkan payudara yang anda pam.
  • Dapatkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dengan lebih lama.
  • Menyusu di atas katil. Berbaring di atas katil boleh membantu anda berehat dan membolehkan bayi menyusu untuk tempoh yang lebih lama.
  • Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang bekalan susu anda.
  • Elakkan memberi puting tiruan
  • Elakkan daripada mengambil pil kawalan kelahiran semasa anda menyusukan jika boleh.
  • Jangan merokok.
  • Minum banyak air, terutama sebelum menyusu. Air suam juga boleh membantu membanyakkan susu.
  • Hadkan pengambilan kafein.
  • Makan makanan yang sihat dengan banyak protein.
  • Cuba mengambil milk booster seperti alfalfa. Ia dikatakan telah digunakan untuk membantu meningkatkan bekalan susu.
  • Jangan diet semasa anda sedang menyusukan. Amalkan pemakanan seimbang dan lengkap mengikut piramid makanan.
Selain mengikuti tip mudah di atas, ibu-ibu juga boleh cuba mengamalkan suplemen tambahan untuk kesihatan menyeluruh ibu agar dapat menghasilkan susu badan dengan lebih banyak. 

Dapatkan info suplemen menyusu Shaklee di sini.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Saturday, 19 October 2013

Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu / Slimming Set For Breastfeeding Mother

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

♥♥ MAHU BERAT TURUN? SUSU BADAN MERIAH? KULIT BERTAMBAH CANTIK? ♥♥

Teringin nak kurus tapi saya masih menyusukan anak. Sekarang macam2 produk untuk kurus ada di pasaran. Tak berani nak cuba sebab takut effect baby.

BETUL!!! Ibu menyusu tak boleh telan sebarangan set kurus. Kena tahu apa yang diamalkan supaya proses penyusuan tidak terganggu. Dan yang penting biarlah anak kita juga peroleh manfaat penyusuan walaupun ibu makan set kurus. JANGAN kerana nak kurus, keperluan anak kita diabaikan pula.

CADANGAN SET KURUS SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU:

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
============================
✿ Memberikan tenaga kepada ibu-ibu supaya tidak letih
✿ Kekal Muda
✿ Kulit berseri dan anjal tiada lagi jerawat
✿ Memulihkan pigmentasi
✿ Membina dan memperbaiki tisu badan
✿ Menegangkan payudara
✿ Menambah dan memekatkan susu badan

OSTEMATRIX
============
✿ Mudah ditelan.
✿ Mengelakkan kuantiti susu berkurang ketika haid
✿ Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu.
✿ Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
✿ Mengelakkan osteoperosis
✿ Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
✿ Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu

LECITHIN
========
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
===================================
✿ Membantu mengurangkan risiko clog duct.
✿ Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
✿ Membantu ibu mengatasi masalah lupa
✿ Membantu atasi “short memory” selepas melahirkan.
✿ Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu
✿ Kolin di dalam lecithin untuk perkembangan otak bayi.

ALFALFA
========
Alfalfa: Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga  adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksin dalam badan

Bagaimana Alfalfa membantu anda untuk kurus?
=====================================
✿ Mencuci usus bagi membuang toksik
✿ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing koto
✿ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
✿ Melegakan sembelit

Nak tahu tak apa lagi khasiat dan kebaikan yg ibu-ibu akan dapat kalau ambil set slimming menyusu ini? Ibu-ibu bukan setakat dapat kurangkan berat badan tapi dapat juga:

# Susu badan makin bertambah (milk booster)
# Tiada lagi masalah keputihan
# Menganjalkan semula payudara
# Memantapkan semula punggung
# Tiada lagi masalah resdung atau alahan
# Strech marsk semasa hamil semakin pudar..
# Merapatkan miss v
# Tiada lagi bau badan
# Tiada lagi tapak kaki merekah – rekah
# Kulit semakin cantik
# Bertenaga walaupun menyusukan anak

Testimoni #1

Testimoni #2

Testimoni #3
Testimoni #4

Testimoni #5

Testimoni #6


DAPAT PRODUK SHAKLEE YANG:

✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SEMESTINYA SEMULAJADI


Kini anda boleh dapatkan Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday, 23 September 2013

Checklist Susu Ibu Berkurang


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"



Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

  1. Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
  2. Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini. 
  3. Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.
Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ke tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?
Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.

4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.


Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

  • Menyusu secara direct dengan lebih kerap
  • Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
  • Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
  • Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
  • Buat urutan payudara dan breast compression. 
  • Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
  • Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil suplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday, 8 April 2013

Penyusuan Susu Ibu Dengan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Seandainya anda mengambil suplemen bagi penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU maka LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.


       

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
  • Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
 Apabila bersama si manja, kerapkan penyusuan secara direct

   
 Apabila tidak bersama si manja, kerapkan sesi perahan (3 jam sekali)
  • Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dengan ketat dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
 Air masak sangat membantu penghasilan susu ibu
  • Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititik beratkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday, 2 January 2013

Testimoni : Set Ibu Menyusu Shaklee

Shaklee Putrajaya
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Testimoni #1



Testimoni #2


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]