Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Tuesday, 1 March 2016

Rawat Diabetes/ Kencing Manis Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ia juga dikenali sebagai kencing manis.

Tanda-tanda dan gejala amaran
  • Kerap membuang air kecil
  • Terasa amat dahaga
  • Kabur penglihatan
  • Nafas berbau manis
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Luka yang lambat sembuh
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti berikut:
  • Buta 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung
  • Lumpuh
  • Darah tinggi
  • Menjejaskan Keupayaan Seksual 
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Pesakit tidak dapat merasai rasa sakit dan panas yang mana boleh mengakibatkan pesakit mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Jika tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. dengan mendapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Penjagaan Sendiri 
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
  • Jangan mengambil snek di antara waktu makan
  • Jangan melangkau waktu makan anda
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol
  • Berjumpalah doktor anda selalu
  • Bawa bersama-sama  kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes/ Kencing Manis (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
  • Bersenamlah secara konsisten, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
  • Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
  • Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki
Pengawalan Gula Darah untuk Pesakit Diabetes

Pesakit Diabetes perlu mengambil makanan yang rendah lemak, tinggi serat (Fiber) dan banyak sayur-sayuran. Paling bagus pesakit diabetes mengambil makanan yang rendah karbohidrat supaya gula darah tidak akan naik dengan segera.

Makanan yang tidak patut dimakan :
  • nasi putih (digantikan beras perang)
  • tembikai
  • donut
  • roti putih (digantikan wholemeal bread)
  • corn flakes
  • mangga 
Set Diabetes/ Kencing Manis Shaklee (Shaklee Blood Sugar Control Set)

Shaklee Blood Sugar Control Set merupakan suplemen yang dapat menolong pesakit diabetes/ kencing manis mengawal gula darah pada setiap masa.


B-Complex
Penyakit diabetes lebih cenderung dalam kekurangan vitamin B1 atau thiamine. Menurut maklumat kesihatan diabetes, buah pinggang pesakit diabetes mengeluarkan thiamine bukan menyimpan dalam badan. Sehubungan itu, vitamin B perlu sentiasa diambil.


Zinc Complex
Kajian menunjukkan bahawa zink, elemen yang penting untuk mendorong pengeluaran enzim. Zink juga adalah satu keperluan untuk terlibat dengan metabolisme gula darah kerana zink merupakan pemangkin semulajadi untuk pengeluaran insulin.


Vivix
Vivix merupakan salah satu produk Resveratrol. Resveratrol telah mendapat banyak perhatian dari pakar atas manfaat antipenuaan dan memerangi penyakit. Resveratrol mempunyai antioksida yang tinggi, melindungi badan daripada radikal bebas. Resveratrol juga dipercayai akan memberi manfaat kepada Penyakit Diabetes dalam laporon perubatan



GLA Complex
Gamma linolenic acid (GLA) adalah asid omega-6 lemak yang ditemui dalam ekstrak minyak tumbuh-tumbuhan dan it dapat mengawal gula.
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Thursday, 13 November 2014

    Tips dan Cara Pengambilan Set Bajet Kesuburan Shaklee

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    1. Vitamin E - kaya dengan antioksida yang memastikan penghasilan sperma dan telur yang SUPERB!!!
    2. Zinc - meningkatkan penghasilan sperma dan boleh berenang jauh serta tahan lasak
    3. GLA - menyelesaikan masalah kewanitaan, period tidak teratur, hormon tidak seimbang dan mengecutkan cyst
    4. Alfalfa - bertindak sebagai "KACIP FATIMAH" untuk wanita dengan pelbagai fungsi merawat masalah kewanitaan dan membantu membuang toksin.
    Cara pengambilan:

    SUAMI

    Sebelum Sarapan : Sebiji Zinc Complex
    Sebelum Tidur/ 15 minit Selepas Makan Malam : Sebiji Vitamin E

    ISTERI

    15 minit Selepas Sarapan/ Makan Tengah Hari/ Makan Malam : 2 biji Alfalfa
    Sejam selepas pengambilan alfalfa waktu sarapan pagi dan makan malam : Sebiji GLA 

    Nota:
    • Untuk isteri yang period teratur setiap bulan, GLA Complex makan pada hari pertama period hingga hari ke-13 period sahaja. Hari ke-14 berhenti ambil GLA Complex dan tunggu hingga hamil/period seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA Complex semula (hari 1-13 period sahaja)
    • Untuk isteri yang period tak teratur, ambil GLA Complex berterusan setiap hari sehingga period teratur (biasa 2-3 bulan lepas amalkan GLA Complex, period akan teratur)
    Penerangan Terperinci Pengambilan GLA Complex Shaklee

    Fasa Pertama: Baru pertama kali makan GLA Complex. Bagi menstabilkan hormon badan semula.
    1. GLA Complex mempunyai khasiat untuk menstabilkan hormon. Sesuai bagi isteri yang period tidak teratur.
    2. Bagi tujuan kesuburan, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI. Bagi bulan pertama, mulakan makan dengan hari pertama period. Makan 2 kali sehari. Selepas sarapan 1 biji  dan selepas makan malam 1 biji.
    3. Bulan pertama, catat tarikh period anda. Jika bulan lepas 28 hari, bulan ini juga lebih kurang 28 hari.
    4. Jika dalam masa 30 hari tak period, buat UPT (urine test).
    5. Kalau positif, stop makan GLA Complex.
    6. Kalau tak hamil dan period datang seperti biasa, sila lihat Fasa Dua.

    Fasa Ke 2: Selepas hormon badan dah stabil

    1. Masuk bulan kedua, anda perlu fikir baik-baik kitaran haid anda. Berapa hari? For example, 28 hari.
    2. Then, bahagi dua. Contoh 28/2 = 14 hari.
    3. Andaian kita sekarang ialah masa subur jatuh pada hari ke 14 daripada hari pertama haid.
    4. Makan GLA Complex dari hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur, iaitu hari ke 13. Hari ke 14 (waktu subur anda jika kitaran haid anda ialah 28 hari) berhenti makan GLA Complex. Suplemen lain seperti Alfalfa boleh makan macam biasa.
    5. Sekiranya haid anda tidak datang pada bulan tu, kemungkinan besar anda hamil. Buat UPT dan lihat hasilnya. Jika positif, TAHNIAH!
    6. Jika haid datang macam biasa, ulang Fasa 2 ni sehingga hamil. In Shaa Allah hasil yang positif menanti!!!
    7. Kenapa kena berhenti makan GLA Complex bila dah hamil? Sebabnya ialah GLA Complex berfungsi untuk menstabilkan hormon dan tidak sesuai untuk ibu hamil.
      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Wednesday, 27 August 2014

      Set Tambah Berat Badan/ Weight Gain Shaklee

      "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

      Ada yang berbadan besar nak kurus dan ada juga yang sebaliknya. Biasanya kita asyik dengar promosi produk-produk untuk menguruskan badan. Namun jarang sekali diberikan pendedahan tentang produk untuk menambahkan berat badan secara sihat. 

      Jika seseorang individu terlalu KURUS dan tidak mencapai BMI yang ideal, individu tersebut tergolong di kalangan mereka yang tidak sihat. Mengapa mereka dikatakan tidak sihat? Hal ini kerana kesan-kesan seperti berikut:
      • Mudah dijangkiti penyakit
      • Kesuburan terjejas
      • Muka kelihatan cekung dan struktur tubuh badan yang tidak menarik
      • Badan terasa lesu dan tidak bermaya
      • Dan banyak lagi kesan negatif yang lain

      Shaklee mencadangkan Set Tambah Berat Badan/ Weight Gain bagi mereka yang berhasrat untuk menambahkan berat badan secara sihat ke paras BMI yang ideal. Set ini mengandungi suplemen seperti berikut:


      ✿ MEAL SHAKES✿


      Mengandungi 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang oenting. sumber yang kaya dengan kalsium, fober dan protein. mealshake ini berperisa vanila dan sedap jika diminum begitu sahaja bersama air kosong/susu.


      ✿VITALEA✿
      Mempunyai 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pebnetukan sel darah merah. Khasiat ainnya, membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid/beguk, memberi badan rasa bertenga dan tidak mudah lesu, menjadikan kulit sentiasa tegang, menelak pitam dan pening.

      ✿B-COMPLEX✿
      Mempunyai 8 jenis vitamin B yang oenting untuk badan. mengawal kadar metabolisme dalam badan, mengekalkan kesihatan kardiiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan, memberi mood happy dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

      Jadual Makan Set Tambah Berat Badan/ Weight Gain Shaklee

      Pagi (Sarapan/Sahur – semasa puasa) :


      • Makan pagi (Nasi goreng, nasi lemak, mee, pasta atau mana-mana karbohidrat yang penting mesti ada daging / ayam / telur / ikan) 
      • Minum segelas susu (yang ditambah 1 sudu Meal Shakes)
      • Makan B-Complex (1 biji).
      *** Semasa puasa boleh mencuba Performance Drink untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

      Brunch (10 - 10:30am):

      • Makan roti, atau biskut 
      • Vitalea sebiji (dengan air kosong)

      Lunch (12:30 - 2pm) :
      • Makanan yang bergizi seperti biasa : Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging.
      • Tambah sedikit kuih (jika suka)
      Tea time (3:30 - 4pm):
      • Makan roti
      • Minuman 1 gelas – yogurt atau susu (yang dishakekan bersama 1 sudu Meal Shakes)
      Makan Malam (sebaiknya 3 - 4 jam sebelum tidur / masa berbuka – masa puasa)
      • Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging. Tidak perlu makan secara banyak.
      • Makan Vitalea 1 biji lagi.

      10 minit sebelum tidur :
      • Makan roti atau biskut
      • Minum susu 1 gelas (yang dicampur Mealshakes)

      BERAPA BANYAK MEAL SHAKES ANDA PERLUKAN SEHARI?
      Jika benar-benar under-weight, anda perlukan meningkatkan pengambilan Meal Shakes. 

      1 sudu Meal Shakes = 9g protein

      Tips:

      Jangan lupa tambahkan sesi senaman paling minimum sehari 10 minit. Tidak perlu senaman yang berat. Sekadar mengangkat botol air mineral yang 500ml yang berisi air (seperti mengangkat berat dumbbell). Atau apa-apa senaman untuk membina muscle. Kenapa perlu senaman? Kita tidak mahu berat tambahan yang dalam bentuk lemak!

      Jauhi makanan tidak sihat terutamanya makanan ringan dan ikutlah contoh pemakanan ini selama sebulan. In Shaa Allah berat badan akan naik dengan cepat.

      Testimoni #1

      Testimoni #2

      Testimoni #3

       Testimoni #4


      Kini anda boleh dapatkan Set Tambah Berat Badan/ Weight Gain Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Wednesday, 16 July 2014

      Rawat Penyakit Batu Karang/ Kidney Stone dengan Set Bajet Rawatan Batu Karang Shaklee

      "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

      Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Selalunya terjadi batu karang apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal. 

      Terdapat beberapa jenis batu karang yang biasa terjadi iaitu Batu kalsium, Batu Struvite, Batu Asid Urik dan Batu Kristal.

      JENIS-JENIS PENYAKIT BATU KARANG


      1.  Batu Kalsium
           Terjadi dalam bentuk kalsium oxalate iaitu bahan semulajadi terdapat dalam 
           makanan kita. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kacang dan coklat, 
           mempunyai tahap oxalate tinggi. Selain pengambilan dos yang tinggi untuk vitamin D 
           boleh menyebabkan Batu Kalsium.

      2. Batu Struvite

          Batu struvite terbentuk dalam tindak balas kepada jangkitan , seperti jangkitan saluran 
          kencing. Batu-batu ini boleh berkembang dengan cepat dan menjadi agak besar, 
          kadang-kadang dengan beberapa tanda-tanda atau amaran. 

      3. Batu asid urik

          Terjadi disebabkan pengidapnya tidak minum air secukupnya ataupun orang-orang 
          yang makan diet protein tinggi, dan mereka yang mempunyai gout.

      4. Batu Kristal
          Batu-batu ini terbentuk di dalam orang-orang dengan penyakit keturunan yang 
          menyebabkan buah pinggang untuk mengeluarkan terlalu banyak asid amino 
          tertentu ( cystinuria ).

      Kesakitan batu karang ini boleh berubah-ubah disebabkan beralih tempat dalam saluran kencing.

      Tanda-tanda anda mengidap batu karang seperti: 


      1. Sakit yang teruk di sebelah dan belakang, bawah tulang rusuk 
      2. Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha 
      3. Sakit pada membuang air kecil 
      4. Air kencing berwarna pekat ataupun coklat ataupun berbau busuk
      5. Loya dan muntah-muntah 
      6. Dorongan berterusan untuk membuang air kecil 
      7. Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa 
      8. Demam dan seram sejuk jika jangkitan hadir


      Gejala batu karang boleh dicegah dengan Set Bajet Rawatan Batu Karang Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Alfalfa, B-Complex dan Ostematrix



      • Vitamin C Shaklee bertindak untuk mengasidkan urin iaitu air kencing. Ini kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang. 
      • Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium yang berfungsi untuk mengurangkan oxalate (garam mineral) yang terdapat makanan kita makan setiap hari.
      • B-Complex Shaklee mengandungi B6 iaitu penyakit batu karang disebabkan oleh kekurangan vitamin B6. 
      • Alfalfa Shaklee mengurangkan inflamasi ataupun keradangan dan infeksi.
      Jom cegah sebelum terlambat kerana jika penyakit batu karang semakin membesar memerlukan pembedahan dilakukan. Selagi terdaya untuk ikhtiar dan usaha, penyakit batu karang boleh dikurangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee.


      Kini anda boleh dapatkan Set Batu Karang Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Monday, 27 January 2014

      Kenali Warna Urin : Kuning Cerah Selepas Amalkan B-Complex Shaklee?


      Kenapa Vitamin B-Complex Shaklee berwanrna KUNING?



      Vitamin B Complex Shaklee terdapat dalam hampir semua set cadangan Shaklee termasuklah Penyusuan, Berpantang, Kecantikan dan Kehamilan kerana ianya merupakan vitamin asas yang amat diperlukan tubuh. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu:

      • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
      • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang  mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
      Kenali Warna Urin Anda

      ✔✔ JERNIH - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

      ✔✔ KUNING/ KUNING CAIR - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B ari aliran darah. Contohnya pengambilan Vitamin B-Complex Shaklee kerana B-Complex merupakan vitamin larut air. Salah satu unsur adalah riboflavin. Lebihan yang tidak dapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab itu urin jadi kuning cerah.

      ✔✔ GELAP/ PERANG - mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

      ✔✔ HITAM & GELAP - dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

      ✔✔ KEMERAHAN/ KELABU - mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara. Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

      ✔✔ KENCING BERDARAH - kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

      ✿ Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration) ✿


      Sumber: Shaklee Malaysia 



      Memandangkan Vitamin B Complex Shaklee merupakan vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urin akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin. Jadi, selepas mengambil Vitamin B Complex Shaklee, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. In Shaa Allah warna urin akan menjadi normal.


      Kini anda boleh dapatkan B-Complex Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Rawatan Tekanan Darah Rendah Dengan Shaklee



      Apakah itu Tekanan Darah Rendah? (Hypotension)

      Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gelaja

      Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)
      Tekanan Darah Normal = 120 / 80 mmHg
      Tekanan Darah Rendah = 90 / 60 mmHg

      Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic / diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah remdah adalaha menjadi tanda masalah asas - terutama warga warga tua - di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.

      Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi 
        1. Cepat lelah / sesak nafas terutama bila cuaca panas
        2. Sering menguap
        3. Pening kepala ketika posisi badan berubah
        4. Mudah berpeluh
        5. mata terkunang-kunang / penglihatan kurang jelas
        6. Muka pucat
        7. Mual dan lesu
        8. Kulit berasa dingin, pucat dan lembab
        9. Tangan dan kaki kebas
        10. pernafasan cepat dan pendek
        11. cepat haus
        12. Pengsan (tahap serius)
        Punca Tekanan Darah Rendah

        Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut :-
        1. Kehamilan 
        2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
        3. Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
        4. Kegagalan jantung
        5. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
        6. Pelebaran atau pengembangan saluran darah
        7. Keletihan haba atau strok haba
        8. Penyakit hati
        Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah
        1. Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
        2. B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
        3. Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
        4. ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
        5. Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
        6. Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)
        Tidak semestinya anda perlu mengambil semua suplemen di atas. Sebaik-baiknya, kenal pasti punca tekanan darah rendah terjadi. 

        Tips mengatasi Tekanan Darah Rendah

        Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
        • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
        • Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
        • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
        • Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
        • Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap 
        • Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

        Kini anda boleh dapatkan Set Merawat Tekanan Darah Rendah Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 

        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

        Thursday, 26 December 2013

        Rawat Migrain/ Sakit Kepala Dengan Ostematrix, B-complex dan Omega Guard Shaklee Sebelum Parah

        "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

        Anda selalu sakit kepala? Tak semua sakit kepala mempunyai kaitan dengan migrain. Tapi, ramai orang selalu berprasangka bahawa migrain sebagai sakit kepala biasa. Mereka merawat seperti sakit kepala biasa.. 


        Tahukah anda, migrain boleh membawa kepada serangan sawan, strok dan serangan teruk yang menyebabkan lumpuh!



        Migrain adalah kesakitan yang teramat sangat yang merupakan denyutan di sebelah kepala dan sering diikuti dengan perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat dan cahaya yang terang. Ia terasa seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. Selalunya ia berlanjutan dari beberapa jam ke beberapa hari.


        Sakit kepala biasa pula berbeza kerana ia menyerang pada bahagian kiri dan kanan kepala. Ia selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.


        PETUA HINDARI MIGRAIN
        • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
        • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
        • Elakkan bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
        • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
        • Stress dan tekanan
        • Jadual tidur yang tak tetap
        • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
        MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT MIGRAIN
        • telur : kerana kaya dengan Omega 3 yang dikatakan amat baik untuk merawat migrain
        • kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.
        • susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain
        • bayam : kaya dengan magnesium
        • salmon : tinggi kandungan Omega 3
        CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MIGRAIN

        Ostematrix Shaklee (mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, kuprum, mangan dan boron)
        • kalsium bukan sahaja penting dalam membina tulang dan gigi, malah ia juga membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid, pengalkalian tubuh dan juga memperbaiki hiperakiviti perut dan gastrik.
        • magnesium pula penting metabolisme kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu penyebab migrain. Terdapat kajian dibuat keatas magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
        • vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Ketiadaan unsur vitamin D dalam suplemen kalsium akan menyebabkan penghasilan batu dalam ginjal atau pundi kencing. Maka, berhati-hati ketika memilih suplemen kalsium di luar
        B-complex Shaklee
        • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B compleks Shaklee yang lengkap ini bukan sahaja mengurangkan risiko migrain malah boleh mencegah anda  daripada penyakit-penyakit sepert depresi, strok dan sebagainya
        • Vitamin ini juga memastikan kesihatan fungsi saraf dan sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
        Pengambilan Ostematrix dan Vitamin B-complex adalah suplemen asas untuk pesakit migrain. Tapi, sekiranya inginkan hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee.

        Omega Guard Shaklee
        • Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
        • Omega guard penting dalam mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher dan sakit kepala.
        • Di samping itu, omega guard juga bermanfaat untuk merawat penyakit sendi, gout, osteoathritis, rheumatoid athritis, asma, kanak-kanak autisme, mengurangkan level Homocysteine dikalangan pesakit kencing manis, menterbalikkan rintangan insulin, menghalang pembentukan batu karang dan sebagainya.

        Kini anda boleh dapatkan Set Rawatan Migrain Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]