Showing posts with label NutriFeron™. Show all posts
Showing posts with label NutriFeron™. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Berumur Bawah Dua Tahun

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.



Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli di farmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk).


Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia. 

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi
  • Berikan satu sudu madu dan air suam kepada kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
  • Bagi bayi selsema berusia satu tahun hingga dua tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
  • Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang.
  • Campurkan sedikit Vicks Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap Vicks Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby Balsam diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja)
  • Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui  najis.
  • Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil suplemen tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi ibu dan bayi seperti, Nutriferon ShakleeVita-CVita-Lea dan Omega Guard
ANTARA SUPLEMEN SHAKLEE YANG
MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN 


Kini anda boleh dapatkan Suplemen Shaklee Tingkatkan Imun Ibu & Bayi secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@


    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Sunday, 7 December 2014

    Petua Tradisional Bagi Bayi Selsema, Batuk dan Demam

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    PETUA SELESEMA DAN BATUK BAYI BAWAH DUA TAHUN

    1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
    2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
    3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
    4. Sediakan sup ayam
    5. Sapukan Vicks Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
    6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
    7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
    8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.
    PETUA BAYI DEMAM BAWAH DUA TAHUN
    1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
    2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
    3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga
    Ibu yang menyusukan bayi selsema, batu dan demam juga boleh mengambil suplemen tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi ibu dan bayi seperti, Nutriferon ShakleeVita-CVita-Lea dan Omega Guard

    ANTARA VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE YANG
    MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN

    Kini anda boleh dapatkan Suplemen Shaklee Tingkatkan Imun Ibu & Bayi secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 


    Bagi kanak-kanak yang telah berumur setahun ke atas boleh amalkan pengambilan Meal Shakes (Multivitamin) dan Chewable Vit C bagi meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan gejala terkena Selsema, Batuk dan Demam.

    Kini anda boleh dapatkan Suplemen Kanak-Kanak Shaklee  secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 

      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Thursday, 4 December 2014

      Kebaikan Nutriferon Shaklee Tingkatkan Sistem Imun/ Imuniti Tubuh Badan

      "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

      Kebaikan Nutriferon Shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita. 



      KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN 

      Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, Nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:

      • Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari 
      Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan Makrofag dengan membantu:

      -Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.
      -Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu --Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan 

      • Bantu lawan kanser dan tumor otak 
      Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. 

      • Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi 
      Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi dijalankan. 

      • Melindungi dari Influenza, Selesema 
      Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza dan nutriferon sangat bagus untuk:

      -Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan lain-lain
      -Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong, berada di luar negara dan lain-lain

      • Meringankan stress dan kelesuan 
      Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk 

      • Melambatkan penuaan 
      Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda 

      • Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C 
      Keberkesanan kebaiakn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain 

      • Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik 
      Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon. 

      • Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid 
      Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka. 

      • Bantu dalam pemulihan penyakit: 
      -Lepromatus (kusta)
      -Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan organisma yang dikenali sebagai protozoa) 
      -Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit). 

      FAKTA MENGENAI KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE 
      • Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. 

      Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
      • Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan. 
      Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon Shaklee selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

      • Dr.Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia 
      Nutriferon Shaklee sehingga kini tidak boleh didapati dimana-mana kedai@peniaga selain Shaklee yang mana produk nutriferon ini telah dipatenkan oleh Shaklee

      • Nutriferon Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi 
      Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Formula yang digunakan dalam pembuatan nutriferon adalah 100% semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.
      • Kelebihan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal 
      Dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular 
      • Terbukti dengan 4 ujian klinikal terhadap manusia
      • Interferon banyak digunakan dalam bidang perubatan 
      Sebagai suntikan interferon untuk merawat penyakit hepatitis. 

      KEPENTINGAN INTERFERON DALAM BIDANG PERUBATAN IMMUNOLOGI 

      Dalam bidang immonologi, interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam badan untuk melawan jangkitan virus. Merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yang perlu diransang pada peringkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus.

      Terdapat dua jenis nutriferon iaitu:

      • Interferon-alfa (leukocyte interferon) dihasilkan oleh leukosit 
      • Interferon-beta (fibroblast interferon) dihasilkan fibroblas 


      ATURAN PENGAMBILAN NUTRIFERON YANG DISYORKAN 
      1. Nutriferon digalakkan diambil bersama Vitamin C. 
      2. Untuk memelihara kesihatan yang terbaik: 1 peket sehari (tuang ke dalam mulut terus @ campur dengan minuman panas mahupun sejuk mengikut citarasa sendiri pada bila-bila masa sahaja)
      3. Bagi yang sedang melawan dan mendapatkan rawatan influenza dan kanser - disyorkan ambil 2-3 peket nutriferon sehari
      Kini anda boleh dapatkan Nutriferon Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@


        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

        Friday, 28 November 2014

        Atasi Bengkak Susu : Tips dan Suplemen Shaklee

        "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


        Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. 


        Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap di sekeliling puting) sangat keras. Sebab tu bayi susah nak menyusu atau tak nak meyusu ketika kita mengalami bengkak susu.


        APA PUNCA SUSU BOLEH TERSUMBAT DAN MENYEBABKAN BENGKAK?

        Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbatSalur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
        • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
        • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
        • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
        • Jangkitan yis
        • Stress
        • Tak cukup tidur
        • Salah cara lekapan bayi
        Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

        BAGAIMANA CARA MELEGAKAN SUSU TERSUMBAT?

        Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

        1. SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG BOLEH


        Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

        2. CUBA VARIASIKAN POSISI PENYUSUAN


        Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.

        Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

        3. TUAM


        Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

        4. BEREHAT


        Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

        5. SUSUKAN ANAK YANG LEBIH BESAR


        Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

        6. GUNAKAN TEKNIK “PRESSURE MASSAGE


        Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

        Petikan daripada website Ask Dr Sears:

        “To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.

        You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

        7. AMALKAN LECITHIN DALAM DIET HARIAN


        Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehariuntuk membantu melegakan susu tersumbat.

        Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct

        8. KUATKAN IMUNISASI TUBUH


        Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan suplemen seperti GarlicNutriferon dan Performance Drink.

        Kini anda boleh dapatkan Suplemen Atasi Susu Bengkak Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

        Wednesday, 23 July 2014

        Rawat Chicken Pox/ Cacar Air dengan Shaklee

        "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

        Chicken Pox/ Cacar Air terjadi akibat jangkitan virus varicella zoster. Ia memang satu penyakit yang mudah berjangkit.


        Ciri-ciri Chicken Pox/ Cacar Air


        Bintik besar/ kecil berair, gatal, dan  kebanyakannya sembuh tanpa meninggalkan parut kekal. Ia selalu tumbuh di seluruh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki, di mana saja di seluruh badan malah boleh jadi di dalam mulut juga.

        Bagaimana Chicken Pox/ Cacar Air berjangkit?

        Ia berjangkit melalui sentuhan terus, pesakit batuk atau bersin. Biasanya selepas dua hari virus berjangkit, bintik mula kelihatan. Semasa bintik sedang pesat membangun inilah ia mudah berjangkit dan sebaik sahaja ia kering, risiko jangkitan berkurangan. Keadaan bintik pesat membangun ini selalunya mengambil masa 6 hari (paling lama 2 minggu ada juga 1 bulan)
        Simptom lain Chicken Pox/ Cacar Air


        Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu. 

        Jangkitan pada ibu hamil

        Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.

        Keadaan agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.

        Rawatan dan pencegahan

        1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat

        2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yang dikhuatiri terkena pesakit
        3. Mandikan pesakit dua kali sehari
        4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
        5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
        6. Virus ini mudah dimusnahkan dengan detergent dan haba panas

        Bagaimana merawat Chicken Pox/ Cacar Air dengan Shaklee?

        Sebagai langkah awal pencegahan sebarang virus terhadap anak-anak atau diri sendiri, sistem imunisasi tubuh badan perlu ditingkatkan dengan mengamalkan pengambilan suplemen berikut:
        • Bagi kanak-kanak dicadangkan Chewable Vitamin C dan Meal Shakes Shaklee. 
        • Bagi orang dewasa bolehlah mengamalkan pengambilan Sustained Release Vit C Plus Shaklee dan Vitalea.

        Namun, sekiranya jangkitan berlaku. Maklumlah kita hanya merancang Allah juga yang menentukan. Pengambilan suplemen Shaklee berikut boleh diamalkan bagi membantu merawat Chicken Pox/ Cacar Air.

        #1 : Nutriferon 

        Membantu mempercepatkan proses pemulihan.

        #2 : Meal Shakes (bagi kanak-kanak) / Vitalea (bagi orang dewasa)

        Membantu membekalkan sumber multivitamin bagi pesakit.

        #3 : Basic H

        Digunakan sebagai mandian (letakkan 1-2 titik dalam sebaldi air). Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.


        #4 : Herbal Blend Shaklee 

        Digunakan untuk disapu di kawasan yang dijangkiti bagi mengelakkan rasa gatal yang merengsakan. Boleh juga digunakan untuk fungsi berikut:
        • rawat kulit kering akibat alergik/ ekzema/ alahan pada sabun
        • rawat tumit kaki merekah
        • disapu pada perut bayi untuk mengelakkan kembung
        • disapu pada tempat gigitan serangga untuk hilangkan rasa gatal dan sakit


        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]