Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts

Thursday 13 November 2014

Tips dan Cara Pengambilan Set Bajet Kesuburan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

  1. Vitamin E - kaya dengan antioksida yang memastikan penghasilan sperma dan telur yang SUPERB!!!
  2. Zinc - meningkatkan penghasilan sperma dan boleh berenang jauh serta tahan lasak
  3. GLA - menyelesaikan masalah kewanitaan, period tidak teratur, hormon tidak seimbang dan mengecutkan cyst
  4. Alfalfa - bertindak sebagai "KACIP FATIMAH" untuk wanita dengan pelbagai fungsi merawat masalah kewanitaan dan membantu membuang toksin.
Cara pengambilan:

SUAMI

Sebelum Sarapan : Sebiji Zinc Complex
Sebelum Tidur/ 15 minit Selepas Makan Malam : Sebiji Vitamin E

ISTERI

15 minit Selepas Sarapan/ Makan Tengah Hari/ Makan Malam : 2 biji Alfalfa
Sejam selepas pengambilan alfalfa waktu sarapan pagi dan makan malam : Sebiji GLA 

Nota:
  • Untuk isteri yang period teratur setiap bulan, GLA Complex makan pada hari pertama period hingga hari ke-13 period sahaja. Hari ke-14 berhenti ambil GLA Complex dan tunggu hingga hamil/period seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA Complex semula (hari 1-13 period sahaja)
  • Untuk isteri yang period tak teratur, ambil GLA Complex berterusan setiap hari sehingga period teratur (biasa 2-3 bulan lepas amalkan GLA Complex, period akan teratur)
Penerangan Terperinci Pengambilan GLA Complex Shaklee

Fasa Pertama: Baru pertama kali makan GLA Complex. Bagi menstabilkan hormon badan semula.
1. GLA Complex mempunyai khasiat untuk menstabilkan hormon. Sesuai bagi isteri yang period tidak teratur.
2. Bagi tujuan kesuburan, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI. Bagi bulan pertama, mulakan makan dengan hari pertama period. Makan 2 kali sehari. Selepas sarapan 1 biji  dan selepas makan malam 1 biji.
3. Bulan pertama, catat tarikh period anda. Jika bulan lepas 28 hari, bulan ini juga lebih kurang 28 hari.
4. Jika dalam masa 30 hari tak period, buat UPT (urine test).
5. Kalau positif, stop makan GLA Complex.
6. Kalau tak hamil dan period datang seperti biasa, sila lihat Fasa Dua.

Fasa Ke 2: Selepas hormon badan dah stabil

1. Masuk bulan kedua, anda perlu fikir baik-baik kitaran haid anda. Berapa hari? For example, 28 hari.
2. Then, bahagi dua. Contoh 28/2 = 14 hari.
3. Andaian kita sekarang ialah masa subur jatuh pada hari ke 14 daripada hari pertama haid.
4. Makan GLA Complex dari hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur, iaitu hari ke 13. Hari ke 14 (waktu subur anda jika kitaran haid anda ialah 28 hari) berhenti makan GLA Complex. Suplemen lain seperti Alfalfa boleh makan macam biasa.
5. Sekiranya haid anda tidak datang pada bulan tu, kemungkinan besar anda hamil. Buat UPT dan lihat hasilnya. Jika positif, TAHNIAH!
6. Jika haid datang macam biasa, ulang Fasa 2 ni sehingga hamil. In Shaa Allah hasil yang positif menanti!!!
7. Kenapa kena berhenti makan GLA Complex bila dah hamil? Sebabnya ialah GLA Complex berfungsi untuk menstabilkan hormon dan tidak sesuai untuk ibu hamil.
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Monday 23 September 2013

    Cara Mudah Menentukan Masa/ Waktu Subur


    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
    Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku.....

    1. Perubahan mukus serviks. 

    Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

    2. Sakit pinggang. 
    Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka

    3. Rasa seksi dan suka memikat.
    Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

    4. Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! 
    Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

    5. Bau yang membuat lelaki gila.
    Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

    sumber: babycenter.com

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Friday 12 April 2013

    11 Tip Untuk Hamil Dengan Cepat

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
    Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
    1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
    2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
    3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
    4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
    5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
    6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
    7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
    8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
    9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
    1. Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
    2. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging
    3. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
    4. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
    5. Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
    10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
    1. Memasak
    2. Bersenam
    3. Mendengar muzik
    4. Membaca dan mendengar audiobooks
    5. Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
    6. Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
    7. Beromantik dengan suami
    11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Peluang Hamil / Mendapatkan Zuriat dengan Set Kesuburan Shaklee Harga Istimewa

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila ramai yang kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat seperti berikut:

    Perbaiki diet anda

    Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

    Mengamalkan vitamin tambahan

    Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat. Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

    Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

    Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan. Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

    Hindarkan tabiat buruk

    Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

    Dapatkan berat badan yang ideal

    Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
    Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.


    Seperti perkara yang dihighlightkan di atas, suplemen juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesuburan. Ia bertindak untuk menampung kekurangan nutrien yang tidak diperolehi dari diet harian, mengurangkan stress, membetulkan hormon dan sebagainya.  Cadangan suplemen Shaklee bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri adalah seperti berikut:
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

    Bagaimana suplemen Shaklee dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan? Klik sini. 

    **Anda boleh memilih secara loose mengikut keperluan dan bajet anda.

    Testimoni dan Kelebihan Suplemen Dalam Set Kesuburan Shaklee


    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    Set Kesuburan Shaklee yang dicadangkan adalah seperti berikut:


    Manfaat setiap suplemen yang terdapat dalam set kesuburan Shaklee adalah seperti berikut:

    Energizing Soy Protein
    Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Protein juga membantu menyihatkan ovum dan sperma.

    Vita-lea
    Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan.

    B-Complex
    Penting untuk mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan menstabilkan hormon. Uniknya Vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon serta  diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifidaTerdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).Faedah Folic acid kepada kesuburan dan kehamilan boleh rujuk Dr. Zubaidi yang telah membuat kajian kepentingannya.

    Vitamin C
    Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan. Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.


    Vitamin E dan Selenium
    Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ianya juga amat terkenal kerana mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduktif lelaki dan wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

    Zinc Complex 
    Supplemen yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

    Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

    Alfalfa Complex
    Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

    GLA Complex
    Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, Tiub Fallopio dan terus ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

    Ostematrix
    Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

    Omega Guard

    Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.


    Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.

    Testimoni #1:



    Testimoni #2:


    Testimoni #3:



    Testimoni #4:


    **Anda boleh memilih secara loose mengikut keperluan dan bajet anda.

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]