Showing posts with label Info Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Info Penyusuan. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Power Pumping dan Suplemen Ibu Menyusu Shaklee

Shaklee Putrajaya
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu

Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih (",) 
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik  (",) 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain  (",) 

Adakah mana-mana set vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan/ menjayakan PowerPumping ini? 

Ada. 

Set Menyusu ShakleeKami mencadangkan set ini kerana sumber vitamin, nutrien & galian yang diperolehi ialah "bahan-bahan" yang mencukupi keperluan tubuh badan si ibu, yang apabila dicampur dengan usaha konsisten mengosongkan payudara dengan kerap, In Shaa Allah, akan membantu meningkatkan penghasilan susu badan si ibu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu, dan ada juga yang makan masa sehingga sebulan! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau sekadar ‘pam angin’ sahaja, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Jangan putus asa, disiplin, usaha, doa dan tawakal kepada-Nya. In Shaa Allah.

Happy pumping!

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday, 16 November 2012

Mitos Penyusuan Susu Ibu

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 

~ Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan ~


Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Tuesday, 6 November 2012

Kandungan NutriFeron™ Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.


Apa itu Interferon?

Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel apabila virus menyerang sebarang bakteria atau virus. Interferon merupakan sistem imun yang utama untuk melindungi tubuh kita daripada sebarang jangkitan. Ia dilepaskan ke dalam saluran darah atau cecair intercellular untuk mendorong sel-sel yang sihat untuk mengeluarkan enzim untuk melawan sebarang jangkitan. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon digunakan untuk merawat hepatitis, kanser, penyakit anjing gila, herpes, HIV dan sebagainya. Selain itu, ia telah membuktikan bahawa interferon mampu untuk melindungi kita berkesan dari influenza dan penyakit.



Siapa yang menciptanya?

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.


Siapa yang memerlukan Nutriferon ?

  • Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan sistem imun individu ini seringkali mengalami serangan virus yang berterusan
  • Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
  • Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum\
  • Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
  • Individu yang diet mereka tidak optimum
  • Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
  • Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada allergi dan eczema.
  • Melawan kanser dan tumor yang mana interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.
NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

  • Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif dan cepat
  • Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]