Showing posts with label Vivix™. Show all posts
Showing posts with label Vivix™. Show all posts

Tuesday, 1 March 2016

Rawat Diabetes/ Kencing Manis Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ia juga dikenali sebagai kencing manis.

Tanda-tanda dan gejala amaran
  • Kerap membuang air kecil
  • Terasa amat dahaga
  • Kabur penglihatan
  • Nafas berbau manis
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Luka yang lambat sembuh
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti berikut:
  • Buta 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung
  • Lumpuh
  • Darah tinggi
  • Menjejaskan Keupayaan Seksual 
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Pesakit tidak dapat merasai rasa sakit dan panas yang mana boleh mengakibatkan pesakit mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Jika tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. dengan mendapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Penjagaan Sendiri 
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
  • Jangan mengambil snek di antara waktu makan
  • Jangan melangkau waktu makan anda
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol
  • Berjumpalah doktor anda selalu
  • Bawa bersama-sama  kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes/ Kencing Manis (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
  • Bersenamlah secara konsisten, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
  • Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
  • Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki
Pengawalan Gula Darah untuk Pesakit Diabetes

Pesakit Diabetes perlu mengambil makanan yang rendah lemak, tinggi serat (Fiber) dan banyak sayur-sayuran. Paling bagus pesakit diabetes mengambil makanan yang rendah karbohidrat supaya gula darah tidak akan naik dengan segera.

Makanan yang tidak patut dimakan :
  • nasi putih (digantikan beras perang)
  • tembikai
  • donut
  • roti putih (digantikan wholemeal bread)
  • corn flakes
  • mangga 
Set Diabetes/ Kencing Manis Shaklee (Shaklee Blood Sugar Control Set)

Shaklee Blood Sugar Control Set merupakan suplemen yang dapat menolong pesakit diabetes/ kencing manis mengawal gula darah pada setiap masa.


B-Complex
Penyakit diabetes lebih cenderung dalam kekurangan vitamin B1 atau thiamine. Menurut maklumat kesihatan diabetes, buah pinggang pesakit diabetes mengeluarkan thiamine bukan menyimpan dalam badan. Sehubungan itu, vitamin B perlu sentiasa diambil.


Zinc Complex
Kajian menunjukkan bahawa zink, elemen yang penting untuk mendorong pengeluaran enzim. Zink juga adalah satu keperluan untuk terlibat dengan metabolisme gula darah kerana zink merupakan pemangkin semulajadi untuk pengeluaran insulin.


Vivix
Vivix merupakan salah satu produk Resveratrol. Resveratrol telah mendapat banyak perhatian dari pakar atas manfaat antipenuaan dan memerangi penyakit. Resveratrol mempunyai antioksida yang tinggi, melindungi badan daripada radikal bebas. Resveratrol juga dipercayai akan memberi manfaat kepada Penyakit Diabetes dalam laporon perubatan



GLA Complex
Gamma linolenic acid (GLA) adalah asid omega-6 lemak yang ditemui dalam ekstrak minyak tumbuh-tumbuhan dan it dapat mengawal gula.
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Wednesday, 18 March 2015

    Soal Jawab VIVIX Shaklee

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


    Apa itu Vivix?

    Vivix adalah salah satu revolusi terbaru oleh Shaklee. Merupakan campuran polyphenol ekslusif yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbukti dalam penyelidikan makmal dapat memberi kesan positif kepada empat mekanisme utama dalam penuaan selular iaitu:-
    • Melindungi dan membaiki DNA
    • Memberi kesan kepada pengawalan genetik untuk melambatkan penuaan sel
    • Meningkatkan pembentukan mitochondria
    • Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End products

    Apakah pula kombinasi bahan untuk menghasilkan Vivix?
    Vivix dihasilkan melalui campuran botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Kombinasi botanik ini sangat tinggi kandungan polifenolnya. Bahan-bahan ini telah diuji secara klinikal dan ianya ekslusif untuk Shaklee sahaja

    Apa pula polifenol?
    Polifenol adalah kumpulan fitokimia. Terdiri daripada sebatian semula jadi yang sangat tinggi khasiat antioksidannya dan juga merupakan sel anti-penuaan semulajadi.

    Siapakah yang boleh mengambil Vivix?
    Sesiapa sahaja, orang dewasa yang mahukan kesihatan optimum di samping ingin awet muda. Vivix tidak dicadangkan untuk wanita hamil atau menyusu dan yang sedang menjalani rawatan kimoterapi.

    Apa itu Resveratrol?
    Merupakan satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam beberapa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan iaitu produk-produk anggur. Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti-aktiviti antikoksidan yang berpotensi meningkatkan kesihatan tubuh manusia. Ianya terbukti dalam banyak kajian makmal dari seluruh duniaResvestrol merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasinya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.

    Adakah bahan-bahan dalam Vivix adalah semulajadi?
    Ya. Vivix adalah 100 % semulajadi. Tiada bahan kimia dan tiada bahan-bahan termasuk warna atau perasa.

    Adakah Vivix mengandungi Emodin?
    Vivix tidak mengandungi emodin. Walaupun emodin didapati banyak di dalam produk resveratrol, proses pengekstrakan unik yang dibangunkan oleh pasukan sains Shaklee telah menghapuskan semua emodin. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anda.

    Adakah Vivix produk antioksidan?
    Ya. Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah ditunjukkan dalam kajian makmal memberi kesan positif kepada keempat-empat mekanisme utama daripada penuaan selular. Vivix mengandungi lebih 5000 orac dalam setiap satu.

    Bolehkah saya ambil Vivix dengan makanan tambahan Shaklee yang lain?
    Boleh. Vivix boleh diambil dengan semua suplemen Shaklee. 

    Adakah Vivix mengandungi alkohol?
    Tidak. Vivix tidak mengandungi alkohol dan disahkan HALAL.

    Kenapa saya perlu menyejukkan Vivix selepas dibuka?
    Kerana Vivix adalah benar-benar asli, penyejukan selepas pembukaan  membantu untuk mengekalkan kesegaran yang optimum, warna liquid, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk tersebut. Simpan botol di dalam peti sejuk. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk walaupun belum dibuka.

    Pengambilan 1 Botol Vivix tahan untuk berapa bulan?
    2 bulan.

    Dimanakah saya boleh dapatkan VIVIX Shaklee?
    Hubungi saya Hazimah melalui SMS/Call/Whatsapp 0137914615 ; ID Shaklee 893985.

    **Setiap pembelian 2 botol Vivix dengan satu resit, anda akan dapat keahlian PERCUMA dan bakal mendapat bonus serta pelbagai faedah dan manfaat lain. 

      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Wednesday, 17 December 2014

      Kelebihan dan Kehebatan VIVIX Shaklee Sebagai Suplemen Harian

      "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

      VIVIX Shaklee merupakan produk suplemen Shaklee yang paling ‘Premium’ dan sangat hebat sehingga digelar sebagai “Tonik Ajaib" yang amat membantu pesakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain masalah kesihatan.


      KENAPA PERLU AMBIL VIVIX SHAKLEE?

      Setiap hari sel badan kita mengalami risiko teroksida disebabkan pemakanan seharian, lebih-lebih lagi jika mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat.

      Apabila gula dan protein bergabung, ia akan menyebabkan pengoksidaan sel badan atau AGE,atau ayat panjangnya Advanced Glycation End-Product. AGE adalah situasi di mana sel badan kita akan menjadi ‘keras’ dan kurang daya serapan justeru lebih cepat rosak.

      Analogi mudah sebagai contoh untuk memahami konsep sel badan teroksida adalah seperti besi yang berkarat. Bila besi berkarat, besi itu rosak, rapuh dan tak berguna lagi. Akhirnya kena buang, betul tak?

      Begitu juga sel dalam badan kita. Jika teroksida, sel badan kita akan rosak dan menjadi tidak berguna yang akan menyebabkan penyakit di dalam badan.

      VIVIX Shaklee merupakan suplemen yang penting untuk diambil kerana ia melindungi sel badan dari ‘berkarat’ atau rosak. Sel badan yang ‘berkarat’ atau rosak ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi atau kanser.

      Sejak muda lagi aktiviti ‘pengaratan’ ini mula berjalan disebabkan amalan pemakanan yang kurang sihat.

      BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERFUNGSI?

      VIVI Shaklee memainkan peranan penting untuk melindungi sel badan dari ‘karat’ teruk. Ia mengandungi resveratrol, iaitu sejenis bahan yang mengelakkan AGE atau ‘proses pengkaratan’ sel dalam tubuh.

      Pengambilan VIVIX Shaklee bukan hanya untuk warga emas atau pesakit kronik sahaja. VIVIX Shaklee merupakan suplemen yang membantu kita mencegah kerosakan sel sekiranya diambil sebagai suplemen utama seharian.

      Berikut merupakan secara ringkas bagaimana VIVIX Shaklee berfungsi:

      1. Meningkatkan Ketahanan Sel Badan

      Kajian klinikal membuktikan bahawa VIVIX Shaklee mampu menumpulkan biological stress response yang menyebabkan penuaan sel.


      2. Meningkatkan Penghasilan Tenaga

      Dalam kajian makmal, ramuan utama dalam VIVIX Shaklee menunjukkan kemampuan untuk meningkatkan penghasilan tenaga pada peringkat sel yang kebiasaannya menurun apabila kita semakin tua.


      3. Melindungi dan Membaiki Sel

      Kajian membuktikan ramuan yang terdapat dalam VIVIX Shaklee boleh melindungi dan membaiki DNA sel yang setiap hari berhadapan dengan radikal bebas daripada persekitaran kita seharian.


      4. Menghalang Pembentukan Protein AGE

      Kandungan VIVIX Shaklee terbukti melalui kajian klinikal, mampu mengaktifkan genetic regulator dan memperlahankan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan sel.


      CARA PENGAMBILAN VIVIX SHAKLEE

      VIVIX Shaklee hanya perlu diambil sehari sekali sebanyak satu sudu teh. Walaupun satu sudu teh kelihatan sikit, tapi khasiat dan kelebihannya tersangat hebat.


      BERKESAN KE VIVIX SHAKLEE?

      Ramai yang memberikan respon yang positif setalah mengamalkan pengambilan VIVIX Shaklee, terutamanya daripada bekas pesakit kencing manis (diabetes). Koleksi testimoni VIVIX Shaklee di sini –> Koleksi Testimoni Vivix Shaklee.



      Kini anda boleh dapatkan VIVIX Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

        Sunday, 7 December 2014

        Apa itu Resveratrol???

        "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


        Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Seperti yang telah dijelaskan dalam entry tentang kelebihan dan kehebatan VIVIX Shaklee, Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.

        Mengikut kajial klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

        Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

        KANDUNGAN RESVERATROL DAN ANGGUR MUSCADINE


        Anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratrol berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana apabila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ingin teruskan hidupnya, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding anggur spesies yang lain.

        Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Oleh itu, kita boleh lihat kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

        Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM100.

        CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK DAPATKAN KHASIAT RESVERATROL

        Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan VIVIX Shaklee yang berbentuk cecair dan boleh diminum.


        Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

        PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN RESVERATROL

        Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

        Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang inginkan sentiasa kelihatan awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan VIVIX Shaklee boleh membantu kita semua untuk merasa lebih muda 25 tahun daripada usia sebenar!

        Kini anda boleh dapatkan VIVIX Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Monday, 2 June 2014

          Elakkan Makanan Yang Menyuburkan Sel Kanser



          Apakah makanan yang boleh mengaktifkan sel kanser dan menyebabkan ianya berkembang biak dengan subur dalam badan. Penting untuk kita tahu supaya makanan-makanan ini walaupun tidak boleh dielakkan tetapi boleh dikurangkan sedikit demi sedikit. Berikut merupakan contoh pembiakan sel kanser dalam tubuh badan. 





          Apabila seseorang telah disahkan menghidap kanser, pemakanan harian perlu dikawal. Makanan berikut  merupakan antara makanan yang menyuburkan sel kanser.

           GULA

          Gula adalah makanan bagi sel kanser. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bermakna anda memutuskan bekalan untuk sel kanser. Pengganti gula seperti NutraSweet, Equal, Spoonful adalah berbahaya kerana ia mengandungi  Aspartam. Pengganti gula yang paling bagus adalah madu manuka. Garam juga sama. Bahan kimia ditambah untuk menjadikan ia berwarna putih. Alternatif yang lebih baik adalah garam laut.



          SUSU

          Susu menyebabkan badan untuk menghasilkan lendir, terutama dalam saluran gastro-usus. Makanan bagi kanser juga adalah lendir. Dengan mengurangkan susu dan menggantikan dengan susu soya tanpa gula, sel-sel kanser akan kebuluran.


          DAGING


          Elakkan makan daging jika mengidap kanser. Sel-sel kanser berkembang baik dalam persekitaran asid. Diet yang berasaskan daging adalah berasid. Protein Daging adalah sukar untuk dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang dihadam dan masih berada dalam usus akan  membawa kepada pembentukan lebih banyak toksik. Adalah lebih baik untuk makan ikan dan sedikit ayam berbanding daging lembu atau daging babi. Daging juga mengandungi antibiotik ternakan, hormon pertumbuhan dan parasit, yang semua berbahaya, terutama kepada orang yang mempunyai kanser. 



          KOPI, TEH, COKLAT

          Elakkan kopi, teh, dan coklat, yang mempunyai kafein tinggi. Teh hijau adalah alternatif yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri cancer- fighting. Air terbaik untuk diminum ialah air yang ditapis, untuk mengelakkan toksin dan logam berat di dalam air paip. Air suling adalah berasid, jadi elakkannya.

          MAKANAN YANG DISARANKAN DIAMBIL OLEH PESAKIT KANSER!!! 

          Sesetengah makanan tambahan boleh membina dan menguatkan sistem imun (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oksida, vitamin, mineral, dan lain-lain EFA) bagi membolehkan sel-sel pembunuh badan itu sendiri untuk memusnahkan sel-sel kanser. Makanan tambahan lain seperti Vitamin E diketahui menyebabkan apoptosis atau mematikan sel yang telah diprogramkan yang merupakan kaedah biasa dalam melupuskan sel-sel yang tidak diingini atau tidak diperlukan daripada rosak.

          Diet yang terdiri daripada 80% sayur-sayuran segar dan jus, bijirin penuh, biji, kacang dan buah-buahan  membantu meletakkan badan kepada persekitaran yang beralkali. Kira-kira 20% pula boleh dari makanan yang telah dimasak termasuk kacang. Jus sayur-sayuran segar menyediakan enzim hidup yang mudah diserap boleh sampai ke peringkat selular dalam masa 15 minit untuk menyuburkan dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat.


          Untuk mendapatkan enzim hidup bagi membina sel-sel sihat, cuba minum jus sayur-sayuran segar dan makan sayur-sayuran mentah 2 atau 3 kali sehari. Enzim sayuran dimusnahkan pada suhu 104 darjah F (40 darjah C).

          Kanser adalah penyakit minda, badan dan semangat. Satu semangat proaktif dan positif akan membantu melawan kanser untuk terus berkembang. Marah dan stress meletakkan badan ke dalam persekitaran yang tertekan dan berasid. Belajar untuk mempunyai semangat yang penyayang dan pemaaf. Belajar untuk berehat dan menikmati kehidupan.

          Sel-sel kanser tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang beroksigen. Bersenam setiap hari, dan tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan lebih banyak oksigen ke tahap sel. Terapi oksigen adalah satu lagi cara yang digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser.




          Justeru, amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang adalah kunci kesihatan utama. 90% penyakit di badan adalah datangnya dari perut yang mana dari sumber pemakanan itu sendiri.

          Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk pesakit kanser.


          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Saturday, 2 November 2013

          Dapatkan Vivix Shaklee Dengan Harga Yang Amat Berpatutan!!!!!

          "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


          Vivix Shaklee walaupun sedikit mahal tetapi setanding dengan KHASIATNYA!!! Sebab tu bila ada offer Vivix Shaklee  berduyun-duyun customer akan order.

          Apakah khasiat Vivix Shaklee?
          Ketahui manfaat Vivix Shaklee terperinci.

          Siapa yang boleh ambil/ memerlukan Vivix Shaklee?

          Sesiapa sahaja (orang dewasa) yang memerlukan polifenol semulajadi yang tinggi.Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




          Anda hanya perlu mendapatkan 2 botol Vivix dan anda akan diberikan keahlian Shaklee secara percuma. Mana tahu anda mahu menjana pendapatan / income seperti saya!!!


          Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang. Kerana suami, isteri, ibu bapa dan diri anda sendiri adalah begitu berharga. Nanti boleh jadi cantik macam Ayu Raudhah (artis yang mengambil Vivix Shaklee)




          Dapat lagi info dan testimoni Vivix Shaklee.

          Kini anda boleh dapatkan Vivix Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 

          PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung.

          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@


          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Sunday, 20 October 2013

          Vivix Shaklee Membantu Proses Berhenti Merokok

          "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


          Bagaimana Vivix Shaklee boleh bertindak untuk menghentikan tabiat merokok dan membantu perokok untuk rasa lebih sihat.  Vivix Shaklee membantu meningkatkan prestasi sel dengan 4 cara. Kita sedia maklum, kesan dari asap rokok yang dihidu akan merangsang sel di paru-paru menjadi abnormal. Merokok juga boleh menyebabkan kulit tidak mendapat oksigen yang mencukupi, menyebabkan sel tidak dapat membentuk dengan sempurna.  


          Kelebihan  Vivix Shaklee ialah ia bertindak pada peringkat sel dalam 4 cara :
          1. Melindungi DNA dari kerosakan : setiap sel dalam tubuh manusia terdedah kepada 1 juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel
          2. Membaiki kerosakan DNA : dengan cara memperbaiki pengatur genetik yang berperanan dalam proses pembaikan sel
          3. Mengecas tenaga pada Mitokondria (sumber tenaga sel) : sel yang tidak mempunyai tenaga yang cukup tidak akan berfungsi dengan sebaiknya
          4. Membersihkan protein AGE (bahan sisa dari tindakbalas protein): semakin bertambah umur, semakin banyak bahan sisa dalam sel yang boleh mengganggu fungsi optimum sel
          Testimoni# 1:

          Testimoni# 2:

           Lihat artikel tentang Vivix Shaklee bagi menentang KANSER di sini.
          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Rawat Kanser/ Cancer Dengan Vivix Shaklee

          "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

          Vivix Shaklee merupakan satu rawatan alternatif bagi merawat penyakit kanser terutamanya kanser payudara. Kelebihan yang ada dalam sebotol Vivix Shaklee memberikannya cadangan terbaik untuk mengatasi dan merawat kanser.
          Bagaimana VIVIX boleh membantu?

          Kandungan utama dalam 
          Vivix Shaklee adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.

          Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser: 
          • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.  
          • Dalam satu kajian 2008 pada kultur selresveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
          • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007 oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
          • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 
          Bagaimana sel kanser membiak? Hakikatnya semua orang mempunyai potensi untuk mengidap kanser. Bagaimana? Jika sel yang tua tidak mati dan seterusnya sel yang tidak mati itu akan berganda, ia akhirnya akan menjadi sel kanser.

          Menurut statistik, peratus pesakit kanser di kalangan lelaki dan wanita di Malaysia semakin bertambah! Jangan jadikan kita adalah salah seorang yang akan menambahkan bilangan statistik tersebut. Cegah sebelum menjadi lebih buruk dengan Vivix Shaklee.

          BERITA BAIK untuk mereka yang ingin membeli Vivix Shaklee  pembelian sebanyak 2 botol boleh melayakkan anda untuk mendapatkan KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA!! 

          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Wednesday, 16 October 2013

          Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Sperma dengan Vitamin Kesuburan Shaklee

          "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

          Punca kekurangan sperma

          1. Perubatan.
          • Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
          • Jangkitan kuman
          • Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
          • Antibodi menyerang sperma
          • Tumor
          • Masalah testis (Undescended testical)
          • Ketidakstabilan hormon
          • Kecacatan saluran yang membawa sperma
          • Kecacatan kromosom
          • Penyakit Celiac
          • Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal


          2. Persekitaran
          • Kimia industri
          • Toksik
          • Radiasi atau x-ray
          • Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
          • Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)


          3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.
          • Penyalah gunaan dadah
          • Ketagihan alkohol
          • Merokok
          • Stress
          • Berat Badan
          Apakah simptom kekurangan sperma?

          1. Masalah dalam hubungan seksual seperti kurang keinginan atau ejakulasi pramatang.

          2. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis.

          3. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.

          4. Gagal mendapat anak selepas setahun mencuba.

          Bagaimana menghasilkan sperma berkualiti?

          Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:

          1. Berhenti merokok

          2. Elakkan alkohol

          3. Elakkan penyalahgunaan dadah 

          4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma

          5. Dapatkan berat badan unggul

          6. Kurangkan stress

          7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain

          Bolehkah masalah ini dirawat?

          Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan suplemen kesuburan Shaklee seperti berikut:

          Vitamin E
          Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

          Zinc Complex
          Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

          Vivix
          Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]