Showing posts with label Set Ibu Hamil Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Hamil Shaklee. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kecacatan Janin dan Tips Mengelakkan Kecacatan Janin



Tahukah??? 150,000 kelahiran di US mencatatkan kelahiran yang abnormal. Dan 60% daripada mereka tidak ketahui keabnormalan tersebut sehinggalah bayi berkenaan
dilahirkan. Kita di Malaysia jangan memandang remeh berkaitan hal ini. Setiap ibu mengandung mempunyai risiko untuk melahirkan bayi yang abnormal.

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada kecacatan pada bayi ini. Antaranya :
  1. Pertama sekali adalah faktor genetik. Tidak dinafikan faktor ini amat sukar untuk dielak namun dengan beberapa langkah 'berjaga-jaga' kita mampu melahirkan zuriat yang sihat.
  2. Keduanya adalah disebabkan beberapa jenis ubat yang menyebabkan teratogenik terhadap janin. Contohnya ubat kanser dan ubat kolestrol.
  3. Ketiganya adalah disebabkan persekitaran beracun contohnya asap rokok. Dalam asap rokok ia mengandungi beberapa jenis struktur kimia yang mampu meresap masuk ke dalam janin. Bahan kimia tersebut akan menganggu pembesaran bayi dan akan menyebabkan keabnormalan pada anggota bayi.

Sebenarnya, kita boleh hindari perkara ini dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:
  1. Pertama: Ibu mengandung jangan sesekali diet. Cerita benar, jiran saya sendiri telah berdiet ketika hamil dan kesannya anak yang dikandungnya mengalami kecacatan
    pada akal.
  2. Kedua: Amalkan mengambil supplemen seperti folic asid dan vitamin B. Langkah ini dapat mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Vitamin B terbaik seharusnya mengandungi keseluruhan Vitamin B termasuklah sumber folic asid dan hendaklah semulajadi seperi B-Complex Shaklee
  3. Ketiga: Sila bertanya dahulu kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya ingin mengambil sebarang ubat atau herba.
  4. Keempat: Sentiasa melakukan pemeriksaan kandungan jika anda ada keturunan yang pernah melahirkan bayi yang abnormal.
  5. Kelima: Jauhi asap rokok!!! 

Apa yang penting adalah ibu hamil perlu amalkan tip tersebut serta pemakanan sihat seharian supaya kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Set Kehamilan Shaklee boleh diamalkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian ibu hamil, berpantang dan menyusu.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday, 3 November 2013

Suplemen Shaklee Bagi Mengatasi Hemoglobin (Hb) Rendah/ Low Semasa Hamil/ Mengandung

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (Hb low).


Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Paras HB yang rendah amat merunsingkan doktor yang merawat dan ibu hamil disebabkan oleh kesan seperti berikut:

Kesan kepada bayi :

Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(contohnya tiada kaki & tangan dengan sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
 

Kesan kepada ibu :

  1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/ rasa berdebar-debar(palpitation)
  2. Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Cadangan Bagi Mendapatkan Hb Yang Ideal



  1. Mengamalkan pemakanan sihat dan ideal yang mendandungi khasiat seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Menambahbaik nilai pemakanan harian dengan pengambilan suplemen kesihatan. Suplemen kesihatan Shaklee yag dicadangkan adalah seperti berikut:
Vitalea 
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Sustained Release Vita-C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Testimoni:


Kini anda boleh dapatkan Suplemen Meningkatkan Hemoglobin Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday, 23 October 2013

Kelebihan Minum Energizing Soy Protein(ESP) Shaklee Untuk Ibu Hamil/ Pregnant

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"



Apa kelebihan ibu hamil minum ESP?
  1. Ibu hamil memerlukan sumber protien yang mencukupi untuk membantu membina sel, otot dan organ janin
  2. Keletihan adalah keadaan yang sering berlaku kepada ibu hamil sehingga terpaksa mengambil MC kerana tidak larat untuk bekerja. ESP membantu memberi tenaga yang berpanjangan kepada ibu hamil kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah malah juga mampu untuk memberi tenaga kepada ibu semasa proses kelahiran.
  3. Mengelakkan preaclamsia, keadaan di mana tekanan darah ibu hamil tidak stabil. Preaclamsia boleh memudaratkan ibu hamil di mana ibu berisiko untuk melahirkan bayi pre mature. 
  4. Membantu mengekalkan berat ideal semasa hamil mahupun selepas kelahiran 
  5. Menjadikan kulit ibu dan bayi yang dilahirkan lebih gebu, putih dan licin. 
  6. Membantu ibu untuk menghasilkan susu selepas kelahiran 
Melihat kepada kebaikan ESP kepada ibu hamil, saya sangat menggalakkan ibu-ibu untuk mencuba ESP jika anda sedang hamil sekarang! Jadikan kehamilan anda lebih sihat dengan ESP. Secara keseluruhannya kepentingan ESP untuk ibu hamil adalah seperti berikut
  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. 
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
  • Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
  • Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus 

Kredit : Cery Mamafaiz

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday, 14 October 2013

Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit


Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.

1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot dan sebagainya.

2. Hindari diri daripada tekanan. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.

3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.

4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.

5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari itu.


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Antara Tanda Awal Kehamilan




1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kejang
Memang kejang akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. 

10. Mengidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan suhu tubuh badan
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!!!


kredit: http://www.momschoice.com.my

Selepas disahkan hamil ibu-ibu semua digalakkan untuk membaca bagi mengetahui tips-tips ibu hamil dijauhi penyakit. Sila klik entri ini.


Untuk mengetahui Set Suplemen Kesuburan Shaklee sila klik di sini


Untuk mengetahui 
Set Suplemen Kehamilan, Berpantang dan Menyusu Shaklee sila klik di sini


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]