"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Selain kelebihan utama Meal Shakes Shaklee sebagai PENCETUS/ PENAMBAH SELERA MAKAN, kelebihan lain adalah seperti berikut:
Pertama, untuk kecantikan kulit. Meal Shakes Shaklee kaya dengan protein yang menyihatkan sel-sel dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat. Kenapa protein penting? Kepentingan secara ringkas seperti berikut:
- protein berfungsi untuk membina sel baru dan menggantikan sel rosak atau sel yang telah mati
- protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot.
- protein berfungsi untuk mensintesis hormon bagi koordinasi badan
- protein digunakan untuk mensintesiskan antibodi bagi pertahanan badan.
Kulit yang cantik bermula daripada sel yang sihat. Jika sel telah mati atau rosak tidak diganti, akan menyebabkan kulit kusam. Selain protein , Meal Shakes Shaklee juga mengandungi B-Complex, Iron dan Copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus
meningkatkan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih bertenaga.
Kedua, untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak. Untuk satu bahagian Meal Shakes Shaklee terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Justeru, Meal Shakes Shaklee amat sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit.
Ketiga, untuk antioksida. Disebabkan Meal Shakes Shaklee mengandungi vitamin A, C, E, selenium, maka keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada Meal Shakes Shaklee. Antioksida penting bila mana badan kita mempunyai radikal bebas. Antioksida yang akan menjadi senjata untuk melawan radikal bebas tersebut.
Keempat, untuk bantu anak lebih fokus. Kenapa? Kerana Meal Shakes Shaklee mengandungi vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, kita akan mendapatkan, 25% vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30%daripada thiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asidpantotenat. Manakala untuk satu hidangan, kita juga akan mendapat 20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%sdaripada magnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35%manganese dan 35% molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.
Jadi anak-anak dan remaja yang sedang membesar sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik.