Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Friday, 28 November 2014

Atasi Bengkak Susu : Tips dan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. 


Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap di sekeliling puting) sangat keras. Sebab tu bayi susah nak menyusu atau tak nak meyusu ketika kita mengalami bengkak susu.


APA PUNCA SUSU BOLEH TERSUMBAT DAN MENYEBABKAN BENGKAK?

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbatSalur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

BAGAIMANA CARA MELEGAKAN SUSU TERSUMBAT?

Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

1. SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG BOLEH


Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. CUBA VARIASIKAN POSISI PENYUSUAN


Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.

Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. TUAM


Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. BEREHAT


Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. SUSUKAN ANAK YANG LEBIH BESAR


Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. GUNAKAN TEKNIK “PRESSURE MASSAGE


Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

Petikan daripada website Ask Dr Sears:

“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.

You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

7. AMALKAN LECITHIN DALAM DIET HARIAN


Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehariuntuk membantu melegakan susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct

8. KUATKAN IMUNISASI TUBUH


Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan suplemen seperti GarlicNutriferon dan Performance Drink.

Kini anda boleh dapatkan Suplemen Atasi Susu Bengkak Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday, 28 October 2013

Rawat Keputihan Semasa Hamil dengan Garlic Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Kesan daripada keputihan yang melampau semasa hamil boleh membahayakan anak dalam kandungan. 3 kesan utama adalah: -

1. Kelahiran bayi pra matang
2. Berat bayi yang lahir kurang dari 2.5kg
3. Air ketuban pecah sebelum waktunya (boleh menyebabkan bayi lemas)

Bagaimana mengenalpasti bahawa keputihan yang dialami adalah tidak normal?
Berikut adalah ciri-ciri lelehan faraj yang tidak normal
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju 
  • Terasa gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Terasa sakit ketika bersama suami 
  • Terasa sakit apabila membuang air kecil. 
Kenapa keputihan terjadi ketika hamil?

Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Selain itu, perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyumbang kepada keputihan. Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Ikuti tips di bawah apabila berlaku keputihan semasa hamil 
  • Pakai pakaian yang longgar dan serap peluh bagi mengelakkan bakteria dari peluh berkumpul terutamanya panty. 
  • Pemakaian panty liner setiap hari adalah tidak digalakkan 
  • Pastikan kawasan vagina benar-benar kering setelah mandi atau membuang air kecil dan besar
  • Kurangkan makan makanan yang manis dan berkafein
  • Jangan gunakan Douche (ini dapat mengganggu keseimbangan PH normal dan mengakibatkan infeksi vagina)
Tips dari Shaklee, boleh cuba GARLIC COMPLEX SHAKLEE. Garlic Complex keluaran Shaklee adalah  diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Kelebihan GARLIC kepada wanita hamil boleh disimpulkan seperti di bawah 


Kini anda boleh dapatkan Garlic Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday, 13 October 2013

Rawatan Hypertension/ Darah Tinggi Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Jantung merupakan alat pengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800, 000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) menghidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh nombor 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun menghidap darah tinggi.

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ni juga tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Mengubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik termasuklah:

  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok

VITAMIN CADANGAN
Penghidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat dan seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi penghidap darah tinggi. Bagaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. 

Penghidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan dan semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid.

  • VIVIX - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak/ memecahkan lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dilarang bagi penghidap hypertension. Walau bagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :

  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sangat tinggi
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dan sebagainya
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • Alkohol
  • Susu - susu baik untuk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh penghidap darah tinggi.


Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Tuesday, 6 November 2012

Garlic Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]