"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
INGINKAN
TUMIT KAKI YANG CANTIK???
Cuba lihat
tumit kaki anda sebentar. Adakah ia,
(1) Lembut,
licin, dan kemerah-merahan? ATAU,
(2) Kasar,
merekah dan kehitam-hitaman di garisan yang pecah?
Kerapkali
kita bertemu dengan rakan wanita yang lawa rupanya, licin kulit mukanya, dan
cantik penampilannya, namun, apabila kita lihat tumit kakinya, nampak kulit itu
merekah dan pecah. Ada kala diiringi dengan warna kehitam-hitaman yang kurang
menyenangkan mata, walhal mereka ini masih muda belia.
Benar,
sebagai Muslim kita perlu menutupi bahagian tersebut dari pandangan umum,
tetapi, tidak mahukah kita cantik buat suami, atau sekurang-kurangnya cantik
dan sihat untuk diri sendiri? Ini kerana, jika keadaan ini dibiarkan
berlarutan, adakalanya kawasan rekahan ini akan bertambah teruk sehingga
berdarah.
Apakah
penyebab tumit kaki merekah atau pecah-pecah ini?
Ia ialah
masalah kaki yang biasa, disebabkan oleh kulit tumit yang kering, dan akan
lebih teruk apabila kulit di bahagian tumit ini tebal berbanding biasa. Ia
menyebabkan si empunya kaki merasa sakit untuk berdiri dan adakalanya
menyebabkan pendarahan di tumit. Keadaan ini juga dikaitkan dengan kekurangan
Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan Vitamin-E.
Faktor-faktornya
ialah:
(1) Berdiri
terlalu lama.
(2) Terlebih
berat badan.
(3) Memakai
kasut yang terbuka di bahagian tumit (open back shoes).
(4) Masalah
kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering, contohnya kencing manis
(Diabetes).
(5)
Kesihatan kulit (i.e. psoriasis).
Penjagaan
asas untuk luaran:
Untuk
penjagaan luaran, anda boleh sahaja membeli berus (untuk menyental sel &
kulit mati) dan krim kaki bersesuaian (untuk melembapkan) yang khas untuk
penjagaan kaki, terutama tumit kaki. Di Shaklee, anda juga boleh menggunakan
Shaklee Herbal Blend Cream.
Penjagaan
asas untuk dalaman:
Namun,
kecantikan itu datang dari dalam, bukan? Jadi, di samping rawatan luaran, anda
perlulah membajai kaki anda dari dalam juga, kerana beauty comes from within!
Di Shaklee,
suplemen yang sesuai ialah..
1) Vita-Lea:
Multivitamin & multimineral, lengkap dengan formula zat besi.
2)
B-Complex: Mengekalkan kelembapan kulit.
3)
Vitamin-C: Sumber kolagen kulit & anti-oksidan.
4)
OsteMatrix: Merawat masalah pecah-pecah di telapak kaki & rekahan di tumit
kaki.
BOLEH JUGA AMALKAN PETUA Melayu (penjagaan luaran):
(1) Ambil
sebiji limau purut, hiris dan gosokkan di tapak kaki pada setiap pagi sebelum
mandi.
(2) Ambil
sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga
keluar getahnya. Sapukan getah betik tadi pada tumit kaki.
(3) Masukkan
beberapa keping asam gelugur ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan
kaki anda selama setengah jam.
(4) Gosokkan
tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan
berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
P/S :
Amalkanlah tips & petua ini (penjagaan luaran & dalaman yang seimbang)
dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.