A
: Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang
menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat
menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia
dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong
makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A
: Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam
mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup
lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.
Q: Apakah ekstrak jagung?
A
: Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang
merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan.
Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan
sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon
dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi
dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka
masa panjang.
Q: Apakah Boswellia ?
A:
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif
utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid
3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A:
Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced
Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang
berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga
mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang
berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding
dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah
ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang
lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.
Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh.
Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua
product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda
gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat
Shaklee Advanced Joint Health Tablet
Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.
Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A
: Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat
kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara
oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat
chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan
glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara
berasingan.
Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A
: Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100%
Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi
sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga
tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.
Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A
: Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10%
mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan
bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.
Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.
Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet