Wednesday 7 November 2012

Cinch™ Energy Tea Mix Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Cinch™ Shake Mix Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

Dengan tiga perisa yang boleh dinikmati : 
•    Cafe Latte
•    Vanilla
•    Chocolate

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Tuesday 6 November 2012

Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Meal Shakes Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk keperluan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi ; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi (selepas 1 tahun) hinggalah ke peringkat dewasa. Meal Shakes mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

MANFAAT UTAMA

  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Kaya protein - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain anggota dalaman yang terbina daripada sel.
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.
  • Antioksida - memgandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih sihat.
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus.

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL MEALSHAKES

Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mengambil MealShakes kerana MealShakes bukanlah ubat tetapi ianya makanan tambahan dalam bentuk susu yang lengkap dengan khasiat, dan rasanya vanilanya juga lazat. Namun demikian, individu-individu di bawah ini disarankan untuk mengambil MealShakes untuk kesihatan yang lebih optimum.

  • Kanak-kanak yang kurang berat badan, memilih makan atau tidak mahu makan makanan berkhasiat.
  • Kanak-kanak yang mudah diserang jangkitan seperti demam, selesema dan batuk.
  • Kanak-kanak yang tidak fokus dalam aktiviti pembelajaran (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman dan sembelit.
  • Kanak-kanak yang menghidap asthma dan alergi (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
  • Ibu mengandung yang mengalami morningsickness atau tidak lalu makan.
  • Ibu mengandung dan menyusu yang berpuasa.
  • Orang dewasa yang tidak sempat bersarapan dengan makanan berkhasiat.
  • Orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan (disarankan ambil bersama Vita-lea dan B-Complex)
  • Orang dewasa yang melakukan kerja-kerja berat, tidak memenuhi jadual makan yang betul atau terlalu sibuk (disarankan ambil Set Mighty 3 Gems -MealShakes, ESP dan Performance Drink)
  • Orang dewasa yang baru pulih daripada sakit (Set Mighty 3 Gems)
  • Orang tua yang uzur, sakit, susah mengunyah dan tiada selera makan

Nota: MealShakes hanyalah makanan tambahan. Pastikan anak anda makan makanan berat sekurang-kurangnya 3kali sehari dan barulah ditambah dengan memberi mereka MealShakes. MealShakes tidak berperanan menggantikan semua hidangan makanan dalam diet harian anda.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

GLA Complex Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Apa itu GLA?
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Kini anda boleh dapatkan GLA Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Kandungan NutriFeron™ Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.


Apa itu Interferon?

Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel apabila virus menyerang sebarang bakteria atau virus. Interferon merupakan sistem imun yang utama untuk melindungi tubuh kita daripada sebarang jangkitan. Ia dilepaskan ke dalam saluran darah atau cecair intercellular untuk mendorong sel-sel yang sihat untuk mengeluarkan enzim untuk melawan sebarang jangkitan. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon digunakan untuk merawat hepatitis, kanser, penyakit anjing gila, herpes, HIV dan sebagainya. Selain itu, ia telah membuktikan bahawa interferon mampu untuk melindungi kita berkesan dari influenza dan penyakit.



Siapa yang menciptanya?

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.


Siapa yang memerlukan Nutriferon ?

  • Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan sistem imun individu ini seringkali mengalami serangan virus yang berterusan
  • Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
  • Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum\
  • Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
  • Individu yang diet mereka tidak optimum
  • Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
  • Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada allergi dan eczema.
  • Melawan kanser dan tumor yang mana interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.
NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

  • Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif dan cepat
  • Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Peppermint-Ginger Plus Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Garlic Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

OmegaGuard™ Shaklee / Minyak Ikan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Advanced Joint Health Tablet Shaklee/ Suplemen Shaklee Untuk Kesihatan Sendi

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

OsteMatrix™ Shaklee Sumber Kalsium Harian

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Rawatan Masalah Mata(Rabun/Katarak/Glaucoma dll) dengan CarotoMax Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

APA ITU CAROTOMAX?

CarotoMax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena dan diekstrak daripada rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta-karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit, dan mencegah kanser.

MANFAAT UTAMA

  • Lebih selamat daripada Vitamin A- Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksiditi. Namun saintis telah menemui beta-karotena pada tahun 1932, iaitu satu prekursor vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan penglihatan - ia menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkat masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floasters, eye bags dan gegelung hitam di mata.
  • Meredakan penyakit kulit - pengambilan yang mencukupi dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat postule, scabies, akne, ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial - ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang infleksi - merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - merangsang perkembangan kanak-kanak / remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga menghasilkan sperma yang sihat.

KELEBIHAN CAROTOMAX

Menawarkan karotenoid semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

1- Alpha Carotena
Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.

2-  Beta Carotena :  
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3- Lycopena : 
Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ.
Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun.
Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

4- Astaxanthin
Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. 
Walau bagaimanapun, Shaklee menuai karetenoid astaxanthin dari mikroalga  laut,  sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.

5- Zeaxanthin : 
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. 
 Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

Sayangi mata kita, pelihara kesihatannya, anugerah yang tiada gantinya. Kesihatan itu mahal harganya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Lecithin Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]