Monday 19 August 2013

Rawat Artritis Gout dengan Advanced Joint Health Tablet Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

ARTRITIS ADALAH PENYAKIT RADANG PADA SENDI atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit artritis.Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang BERPUNCA DARIPADA PEMUSNAHAN TISU RAWAN PADA SENDI.

Artritis gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.

PENYAKIT GOUT IALAH SALAH SATU BENTUK ARTRITIS yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. 

gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan.

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. KERADANGAN TISU-TISU DI SEKELILING SENDI juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pencegahan: 
Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta VITAMIN B KOMPLEKS dan VITAMIN C.

Salah satu UBAT SEMULAJADI YANG KUAT ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi,beri biru atau ceri. Bahan-bahan ANTOSIANIDA yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi BAHAN ANTI RADANG selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Mereka yang telah mencuba Advance Joint Health Tablet Shaklee amat beruntung kerana setiap tablet mengandungi:
  • Ekstrak BOSWELLIA - Merupakan AGEN ANTI RADANG SEMULAJADI. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. 
  • Ekstrak JAGUNG - Merupakan kompenen penting dalam PEMBINAAN BLOK UTAMA TULANG RAWAN dan bendalir sinovial. Ia juga membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi. 
  • VITAMIN C, Zink, Tembaga dan Mangan - Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen. Zink, Tembaga dan Mangan pula merupakan co faktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan (komponen tisu penyambung)
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Soal Jawab Advanced Joint Health Tablet Shaklee


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet? 
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.
 
Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday 17 July 2013

Rawat Sakit Kaki, Tangan & Mulut (HFMD) dengan Suplemen Shaklee


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut disebabkan oleh virus (Kumpulan Enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak, terutamanya di bawah umur 10 tahun.
 

Kanak-kanak dijangkiti melalui :
  • Sentuhan Secara Langsung Dengan Pesakit
  • Melalui Najis
  • Air Liur
  • Lelehan Dari Hidung Pesakit
  • Cecair Dari Lepuh
 
Tanda-tanda dan Gejala :
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Hilang Selera Makan
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di Tekak dan Mulut
 
Sekiranya anak anda mengalami tanda & gejala :
  • Segera berjumpa dengan doktor
  • Elakkan menghantar anak ke tadika atau rumah pengasuh
  • Lap lelehan mulut dan hidung.  Gunakan tisu atau sapu tangan
 
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN :
 
1.  Amalkan Kebersihan Diri : Cuci tangan dengan sabun dan air bersih :
  • SEBELUM menyediakan makanan
  • SELEPAS ke tandas, menukar lampin anak dan mencuci najis anak
 
2.  Amalkan Etika Batuk :
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk/bersin dengan tisu/sapu tangan.  Buang tisu dengan betul.  Cuci tangan selepas itu

3.  Amalkan Kebersihan Persekitaran :
  • Cuci permukaan meja, kerusi, lantai dan alat mainan yang dicemari air lepuhan dan najis pesakit

ELAKKAN :
  • Berkongsi berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, sudu dan garfu.
  • Membawa anak ke pusat membeli belah, pasar, pawagam, kolam renang, dan stesen bas/tren.
  • Mencium dan memeluk pesakit.
 
 Antara Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah :
 
 MEALSHAKES
  • Menyediakan 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat.
  • Kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oktisa yang bertindak melawan jangkitan.
 NUTRIFERON
 
  • Mengukuhkan Sistem Imun dengan merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
  • Mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dgn berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan.
  • Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.  Sel-sel akan menjadi sihat.
 BASIC H
 
Untuk mencuci kawasan yang dijangkiti.  Ia selamat digunakan kerana:
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia
  • Tanpa bahan pewangi
  • Tanpa klorin
  • pH seimbang
  • Lembut pada tangan

  HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

  • Krim yang menenangkan yang telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah2 pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak
  • Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday 4 July 2013

Set Kurus/ Slimming Set Shaklee Dengan Harga Istimewa


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Set kurus Shaklee bertindak melalui tiga cara iaitu:
  1. Detox
  2. Bakar atau pemecah lemak
  3. Protein - Bina otot dan tingkatkan metabolisma
**Set ini bukan sahaja membantu mencapai impian untuk kuruskan badan, malah ianya juga menjadikan kulit wajah lebih sihat dan berseri, serta meningkatkan tenaga dan kesihatan. 

DETOX

  • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih, baru la badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
  • Alfafa -  bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
BAKAR ATAU PEMECAH LEMAK
  • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh. 
  • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan
PROTEIN
  • Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan café latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan TIDAK menggeleber setelah berat badan turun. 
  • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan TIDAK menggeleber setelah berat badan turun
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday 21 June 2013

Rawat Hati, Batu Karang dengan DTX Complex™ Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, ektrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
FORMULASI YANG DIPATENKAN UNTUK DTX COMPLEX SHAKLEE
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritkal untuk memperbaiki.


FUNGSI HATI


1. Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika  penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkan kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

2. Bertindak Sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilakan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik protin, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalan usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor tolenrasi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.  Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebgai glikogen dam kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahakn hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting dalam Metabolisma Lemak
Penting di dalam sistesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilakn tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Detox Secara Selamat dan Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
[sistem+penghadaman.JPG]
Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik

TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN

Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, digalakkan untuk melakukan proses DETOX. Selain daripada simpton-simpton di atas, disarankan kepada sesiapa yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana suplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

KEPENTINGAN DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detox juga memastikan vitamin/suplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.

  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. 
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. 
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 
PUNCA TOKSIN DI DALAM BADAN

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen

DETOX SECARA SEMULAJADI DENGAN SHAKLEE 

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer:)

Tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!!!

Antara suplemen Shaklee yang disyorkan untuk detox adalah Herb-lax dan Alfafa.

Herb-lax

Dr. Shaklee telah memperkenalkan Herb-lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihanuntuk membantu proses semula jadi badan. Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus serta menormalkan fungsi usus.

Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.



@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Herb-Lax Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Ramuan asas produk ini terdiri daripada kobinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leavessenna leaves,anise seedblue malva flowerbuckhorn bark, locorice rootrhubarb rootfennel seedand culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.


MANFAAT UTAMA  HERB-LAX SHAKLEE
  • Pembersihan Najis tersekat 
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. 
  • Membantu masalah sembelit 
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  
  • Mengempiskan perut 
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Formulasi Herblax telah dipatenkan dan ramuannya terdiri 9 herba terpilih iaitu:
  • Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  • Anise Seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik bagi membantu proses pencernaan
  • Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina bertujuan sebagai antibiotik.
  • Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's Root - Membantu masalah air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa Leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]