"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Seandainya anda mengambil suplemen bagi penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:
LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU maka LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
- Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
Apabila bersama si manja, kerapkan penyusuan secara direct
Apabila tidak bersama si manja, kerapkan sesi perahan (3 jam sekali)
- Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dengan ketat dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
Air masak sangat membantu penghasilan susu ibu
- Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititik beratkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
0 comments:
Post a Comment