PENDARAHAN semasa membuang air besar sering berlaku kepada sesetengah orang dan masalah ini biasanya dikaitkan dengan penyakit buasir. Ramai yang berasa malu bagi mendapatkan rawatan doktor dan mengambil keputusan untuk merawat sendiri.
Jika perkara ini berlanjutan untuk beberapa lama, pesakit mungkin akan mengalami anemia akibat kehilangan banyak darah. Ada juga pesakit yang mengalami pendarahan yang membimbangkan sehingga menyebabkan mereka sering pitam
Set Buasir / Hemorrhoids Shaklee
Zinc Complex - membantu menyembuhkan luka dengan cepat
Ostematrix - bantu kurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar
Alfalfa - melancarkan sistem perkumuhan
Omega Guard - bagus untuk sendi dan otot, melegakan semasa proses pembuangan air besar dan membantu mengecutkan otot yang membengkak
Adakah anda tahu mengapa buasir terjadi?? Antara punca buasir adalah seperti berikut :
- Duduk untuk jangka masa lama.
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit).
- Cirit-birit.
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
- Batuk yang teruk.
- Bersalin.
- Mengangkat berat.
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Fahami tahap buasir yang anda alami :
- Pendarahan.
- Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
- Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
- Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.
Amalan yang boleh dilakukan untuk mengelak/ mencegah buasir
- Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.
Untuk info lebih lanjut tentang buasir boleh rujuk artikel dari myMetro: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buasirusahbiarmelarat/Article
Kini anda boleh dapatkan Set Buasir / Hemorrhoids Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang".
0 comments:
Post a Comment