Sunday, 13 October 2013

Rawatan Hypertension/ Darah Tinggi Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Jantung merupakan alat pengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800, 000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) menghidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh nombor 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun menghidap darah tinggi.

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ni juga tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Mengubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik termasuklah:

  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok

VITAMIN CADANGAN
Penghidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat dan seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi penghidap darah tinggi. Bagaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. 

Penghidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan dan semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid.

  • VIVIX - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak/ memecahkan lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dilarang bagi penghidap hypertension. Walau bagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :

  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sangat tinggi
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dan sebagainya
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • Alkohol
  • Susu - susu baik untuk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh penghidap darah tinggi.


Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

0 comments:

Post a Comment