Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

Tuesday 31 December 2013

Rawat Ekzema/ Eczema Bayi, Kanak-kanak dan Orang Dewasa dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Ekzema merupakan salah satu jenis keradangan pada  kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. Banyak faktor yang boleh menyebabkan ekzema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya. Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress.

Selalunya ekzema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. Untuk kanak-kanak, biasanya ia muncul menampakkan diri ketika usia setahun atau 5 tahun pertama. Tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga umur remaja dan sampai dewasa. Ekzema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.

Kebiasaannya bagi penghidap ekzema, doktor akan memberikan ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.


Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :


Meal Shakes Shaklee
Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana Ekzema
  
Alfalfa
Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.
  
 Herbal Blend (Multi Purpose Cream)
Herbal Blend (Multi Purpose Cream) yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal  dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herba semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow.
  
Vitamin E
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga bantu pudarkan parut dengan berkesan.

Omega Guard
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel serta mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan dan melembutkan kulit kerana kulit kering menjadikan ekzema semakin teruk. 
  
Energizing Soy Protein (ESP)
Bertindak membina sel yang sihat/ membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang lebih baik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.

Pengambilan produk-produk Shaklee untuk rawatan ekzema mengikut umur:

Baby 

Ibu yang menyusukan baby yang mengalami masalah ekzema boleh ambil ESP dan Omega guard. Selain bagus untuk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu. Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yang menghidap ekzema untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yang luka.



Kanak-kanak  2-4 tahun
Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun untuk mengawal dan merawat masalah ekzema. Meal Shakes juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut


Kanak-kanak 4-12 tahun
Mealshake, ESP dan Omega guard untuk merawat kulit. Herbal blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa
Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang dicadangkan termasuk ESP, Meal Shakes, Vitamin E, Herbal blend, Omega guard dan Alfalfa. 


Testimoni #1

Testimoni #2



Testimoni #3



Kini anda boleh dapatkan Set Rawatan Ekzema Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday 26 December 2013

Asthma/ Asma / Lelah, Punca dan Rawatan Semulajadi dengan Omega Guard, Meal Shake dan Nutriferon Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan. 

Adakah keadaan ini serius? 

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan. 

Tanda-tanda Asma
  • Sesak nafas. 
  • Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen. 
Apakah tindakan pertama? 

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma.
Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. 
Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut. 
Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit. 

Apakah rawatan yang diberikan oleh doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma. Apakah tindakan doktor? Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena. Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan. Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator. Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil. 

Bagaimanakah jika ingin membantu? 

Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah. Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku. Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan. Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya. Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik. Anak disyorkan memakai lencana “Medic Alert”. 

Sumber : http://www.sabah.org.my 


Bagaimana Shaklee membantu mengatasi Asthma/ Asma/ Lelah?

"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized thst fidh oil might benefit asthma sufferers" - LiveStrong



Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Ia terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain. 



Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dibawah suhu rendah yang terjaga. proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan.

Omega Guard juga 50% lebih pekat dari mana-mana produk di pasaran. 
Amalkan pengambilan Omega-3 secara konsisten. In Shaa ALLAH ia boleh membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia memberi rasa panas dan kelegaan dari dalam.

Disamping Omega Guard, Meal Shakes juga perlu kerana ia mengandungi multivitamin, mineral serat dan protein. Kanak-kanak yang sering jatuh sakit selalunya mempunyai antibodi yang lemah. Sel yang tidak sihat juga menyebabkan zat dari makanan yang dimakan tidak dapat diserap dengan optimum. Jadi Meal Shakes membantu menghasilkan sel yang lebih sihat supaya dapat membantu menyerap nutrien, menyumbang kepada keperluan vitamin dan menampung kekurangan nutrien dari makanan harian.



Bagi yang mampu, Nutriferon (Interferon semulajadi shaklee) boleh diambil. Seperti yang kita tahu, asma dicetuskan oleh serangan alergen, makala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan dengan serangan tersebut. Bagaimana ia membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetus asma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkn tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap pesakit alergi seperti asma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma causing chemical lalu memberhentikan simptom asma.


Kini anda boleh dapatkan Set Rawatan Asthma Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday 28 October 2013

Soal Jawab Meal Shakes Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apakah Meal Shakes Shaklee?


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Apa kelebihan 
Meal Shakes Shaklee?

✔ untuk kecantikan kulit
✔ untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.
✔ untuk antioksida
✔ untuk bantu anak lebih fokus
✔ memberi tenaga dan menguatkan sistem imun anak-anak
✔ meningkatkan selera makan anak yang picky eater

Macam mana rupa 
Meal Shakes Shaklee?


Ianya berbentuk serbuk. Boleh dibancuh dengan apa-apa minuman kegemaran, susu atau air kosong. 1 canister mengandungi 544gm berperisa vanilla. 

Bagaimana cara makan 
Meal Shakes Shaklee?


Untuk kanak-kanak hanya 1 sudu kecil sehari dibancuh bersama susu mereka. Manakala untuk dewasa 1 sudu besar sehari, enak bila dibancuh bersama dengan ESP dan PERFORMANCE DRINK. 

Berkesan ke Meal Shakes Shaklee?


Alhamdulillah..setakat ni lebih dari 90% ibu2 berpuas hati dengan kesannya.. Lihat koleksi testimoni Meal Shakes Shaklee.

Kini anda boleh dapatkan Meal Shakes Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Saturday 19 October 2013

Kebaikan dan Kelebihan Meal Shakes Shaklee - Atasi Anak Kurang Selera Makan

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Selain kelebihan utama Meal Shakes Shaklee sebagai PENCETUS/ PENAMBAH SELERA MAKAN, kelebihan lain adalah seperti berikut:

Pertama, untuk kecantikan kulitMeal Shakes Shaklee kaya dengan protein yang menyihatkan sel-sel dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat. Kenapa protein penting? Kepentingan secara ringkas seperti berikut:
  1. protein berfungsi untuk membina sel baru dan menggantikan sel rosak atau sel yang telah mati
  2. protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot. 
  3. protein berfungsi untuk mensintesis hormon bagi koordinasi badan
  4. protein digunakan untuk mensintesiskan antibodi bagi pertahanan badan.
Kulit yang cantik bermula daripada sel yang sihat. Jika sel telah mati atau rosak tidak diganti, akan menyebabkan kulit kusam. Selain protein , Meal Shakes Shaklee juga mengandungi B-Complex, Iron dan Copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus 
meningkatkan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih bertenaga. 

Kedua, untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak. Untuk satu bahagian Meal Shakes Shaklee  terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Justeru, Meal Shakes Shaklee amat sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit. 


Ketigauntuk antioksida. Disebabkan Meal Shakes Shaklee mengandungi vitamin A, C, E, selenium, maka keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada Meal Shakes Shaklee.  Antioksida penting bila mana badan kita mempunyai radikal bebas. Antioksida yang akan menjadi senjata untuk melawan radikal bebas tersebut

Keempat, untuk bantu anak lebih fokus. Kenapa? Kerana Meal Shakes Shaklee mengandungi vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, kita akan mendapatkan, 25% vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30%daripada thiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asidpantotenat. Manakala untuk satu hidangan, kita juga akan mendapat  20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%sdaripada magnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35%manganese dan 35% molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.

Jadi anak-anak dan remaja yang sedang membesar sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday 17 July 2013

Rawat Sakit Kaki, Tangan & Mulut (HFMD) dengan Suplemen Shaklee


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut disebabkan oleh virus (Kumpulan Enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak, terutamanya di bawah umur 10 tahun.
 

Kanak-kanak dijangkiti melalui :
  • Sentuhan Secara Langsung Dengan Pesakit
  • Melalui Najis
  • Air Liur
  • Lelehan Dari Hidung Pesakit
  • Cecair Dari Lepuh
 
Tanda-tanda dan Gejala :
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Hilang Selera Makan
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di Tekak dan Mulut
 
Sekiranya anak anda mengalami tanda & gejala :
  • Segera berjumpa dengan doktor
  • Elakkan menghantar anak ke tadika atau rumah pengasuh
  • Lap lelehan mulut dan hidung.  Gunakan tisu atau sapu tangan
 
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN :
 
1.  Amalkan Kebersihan Diri : Cuci tangan dengan sabun dan air bersih :
  • SEBELUM menyediakan makanan
  • SELEPAS ke tandas, menukar lampin anak dan mencuci najis anak
 
2.  Amalkan Etika Batuk :
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk/bersin dengan tisu/sapu tangan.  Buang tisu dengan betul.  Cuci tangan selepas itu

3.  Amalkan Kebersihan Persekitaran :
  • Cuci permukaan meja, kerusi, lantai dan alat mainan yang dicemari air lepuhan dan najis pesakit

ELAKKAN :
  • Berkongsi berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, sudu dan garfu.
  • Membawa anak ke pusat membeli belah, pasar, pawagam, kolam renang, dan stesen bas/tren.
  • Mencium dan memeluk pesakit.
 
 Antara Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah :
 
 MEALSHAKES
  • Menyediakan 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat.
  • Kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oktisa yang bertindak melawan jangkitan.
 NUTRIFERON
 
  • Mengukuhkan Sistem Imun dengan merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
  • Mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dgn berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan.
  • Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.  Sel-sel akan menjadi sihat.
 BASIC H
 
Untuk mencuci kawasan yang dijangkiti.  Ia selamat digunakan kerana:
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia
  • Tanpa bahan pewangi
  • Tanpa klorin
  • pH seimbang
  • Lembut pada tangan

  HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

  • Krim yang menenangkan yang telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah2 pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak
  • Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]