"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Beberapa kajian mendapati
bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan
berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka.
Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan
bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan
peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi
akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila
mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah
bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam
perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk
pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang
berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.
2. Sakit pinggang.
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka
3. Rasa seksi dan suka memikat.
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.
4. Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah!
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.
5. Bau yang membuat lelaki gila.
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.
sumber: babycenter.com

0 comments:
Post a Comment