Showing posts sorted by date for query esp. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query esp. Sort by relevance Show all posts

Friday 12 December 2014

Cegah / Rawat Jeragat Dengan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan suplemen secara konsisten setiap hari membantu melengkapkan keperluan nutrisi seharian yang diperlukan tubuh badan untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan suplemen yang tepat dan bersifat semulajadi sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh badan. 

Dengan pengambilan suplemen Shaklee kesan dapat dilihat terhadap jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, tubuh juga semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

Bagi menghilangkan jeragat, pengambilan suplemen dan elemen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Vitamin C/ Collagen Powder

2.  Vitamin E
3.  Energizing Soy Protein (ESP)
4   Air Putih

Vitamin C/ Collagen Powder

Pengambilan Vitamin C/ Collagen Powder setiap hari secara konsisten dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan menghilangkan jeragat. 
Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

Vitamin E

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soy Protein (ESP) juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Air Putih/ Air Masak

Air putih/ air masak sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari suplemen yang diambil dan juga makanan yang diterima oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.

Jadi minumlah air putih/ air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.

Suplemen Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Suplemen yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. 


Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Tuesday 14 October 2014

    Cara Makan dan Turunkan Paras Kolestrol Dengan Phytocol-ST Shaklee

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

    Kita biasa dengar tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.


    Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

    Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.


    Antara masalah yang akan berlaku sekiranya tahap kolestrol tidak berada pada tahap yang normal adalah:
    • Strok
    • Serangan jantung
    • Penyempitan arteri
    • Darah tidak mengalir dengan baik
    Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan bagi mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.
    • Kawal Diet Seharian  Mengurangkan pengambilan lemak tepu (contohnya : makanan segera, makanan beminyak dan berlemak), lebihkan makanan semulajadi dan segar (contohnya : sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan)
    • Kerap Lakukan Aktiviti Fizikal Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL adalah lebih tinggi. Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan kaki, naik tangga, bersenam dan sebagainya.
    • Capai BMI Ideal - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
    • Jauhi Rokok dan Alkohol - Elakkan kedua perkara ini kerana sememannya sangat tidak baik untuk kesihatan.
    • Pengambilan Suplemen Kesihatan - Suplemen kesihatan yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.

    Phytocol- ST Shaklee dihasilkan khas untuk menurunkan kolestrol yang tinggi. Phytocol-ST Shaklee mengandungi 2000mg fitosterol. Apakah fungsi fitosterol?
    • Menjaga keseimbangan membran fosfolipid dari sel tumbuhan, seperti kolesterol pada membran sel manusia. 
    • Memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. 
    • Selain tu, ia juga dapat berperanan dalam mencegah terjadinya kanser. 
    • Bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti oksidan dan anti kanser
    Di bawah adalah testimoni bagaimana Phytocol-ST Shaklee membantu menurunkan paras kolestrol tinggi. Beliau mengamalkan pengambilan Phytocol-ST Shaklee dengan:
    • TIDAK control diet semasa pengambilan Pyhtocol  (loaded with fat and less fiber, vege and fruits)
    • Hanya mengambil phytocol (stopped taking Omega Guard, Lecithin and reduce intake of ESP)
    • Jumlah penurunan kolestrol adalah 22% (pengambilan selama  2 bulan-lebih kurang 2 botol Pyhtocol)


    Bacaan Paras LDL Sebelum Amalkan Phytocol ST

    Bacaan Paras LDL Selepas Amalkan Phytocol ST

    CARA AMALKAN/ MAKAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE 
    • Pengambilan 2 biji, 2 kali sehari (total 4 biji sehari) diambil sebelum makan secara konsisten membantu menurunkan paras kolestrol 
    • Minum air yang banyak setiap hari. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari bergantung kepada berat badan
    • Untuk kesan yang lebih cepat dan optimum, jaga pemakanan harian, elakkan makanan yang menyumbang kepada kolestrol tinggi 
    • Lakukan aktiviti pergerakan untuk membakar kalori
    Kini anda boleh dapatkan Phytocol ST Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Thursday 22 May 2014

    10 Soalan Tentang Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee


    Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah jawapan yang dicari selama ini.

    ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND di kalangan produk Shaklee.


    1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
    2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
    3. Berapa harga satu canister ESP?
    4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
    5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
    6. Apa rasa ESP sebenarnya?
    7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
    8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
    9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
    10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?


    1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
    Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

    2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
    Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

    3. Berapa harga satu canister ESP?
    Harga ESP bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak ialah RM150. Klik sini untuk dapatkan dengan harga ahli di sini.

    4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
    Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

    5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
    Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan. Sesuai untuk semua lapisan:

    • Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
    • Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat
    • Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
    • Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
    • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
    DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata sesuai untuk anda, ahli keluarga dan saya yang sihat dan ingin kekal sihat. 

    6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
    ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

    7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
    Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

    8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
    Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

    9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
    • Membantu pembentukan sel-sel baru.
    • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
    • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
    • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
    • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan. ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.
    25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya. Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
    SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

    Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

    Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

    RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.

    Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

    10. Bagaimana nak order ESP?
    Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.
    Ingin dapatkan ESP Shaklee dengan HARGA AHLI dengan penjimatan sehingga 30 peratus? Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang!

    Kini anda boleh dapatkan ESP Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Tuesday 11 March 2014

    Rawatan Masalah Rambut (Gugur/Rapuh/Rosak) Dengan Shaklee


    Masalah rambut gugur yang kronik sehingga menyebabkan volume rambut berkurangan kini  bukan sahaja menjadi mimpi ngeri kaum lelaki malah turut dialami oleh kaum wanita juga. Terutamanya wanita yang telah melalui proses melahirkan anak. Sindrom keguguran rambut wanita selepas melahirkan terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku di dalam badan wanita tersebut.

    Punca Rambut Gugur

    1)Hormon yang tidak seimbang terutama selepas melahirkan
    2)Kurang rehat/ mengalami stress
    3)Penjagaan rambut yang tidak tepat
    4)Kekurangan vitamin yang dperlukan oleh rambut seperti zink & multivitamin
    5)Penggunaan syampoo rambut yang mempunyai banyak bahan kimia

    Cadangan Suplemen Merawat Rambut Gugur


    ESP - Sumber protein
    Kekurangan protein dalam badan juga punca rambut tidak sihat, gugur dan rapuh..sebab rambut adalah daripada protein..jadi jika protein dalam badan kurang masalah2 seperti rambut gugur ni la akan muncul..lebih banyak aktiviti fizikal lebih banyak protein diperlukan. Mereka seperti ibu hamil, mereka yang terdedah kepada radiasi dan mereka yang kekurangan protein juga mengalami antibodi yang tidak kuat..oleh itu pastikan anda mendapatkan protein yang cukup untuk keperluan harian.

    Zinc Complex
    Zink adalah berkait dengan keguguran rambut kerana kekurangan zink boleh meyebabkan rambut dan akar rambut menjadi lemah. Zink yang cukup dapat membantu mempercepatkan pembentukan sel, pembinaan tisu dan pembaikan semula tisu yang rosak. zinc penting untuk pengeluaran minyak dikelenjar yang melekat pada follicle rambut. Zink yang cukup..rambut pun kuat.

    Vitalea - Multivitamin
    Rambut yang sihat memerlukan Vitamin A, B, C dan E. jadinya Multivitamin sangat membantu untuk keperluan multivitamin tersebut. 

    Kini anda boleh dapatkan Set rawatan Rambut Gugur Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Monday 27 January 2014

    Rawatan Tekanan Darah Rendah Dengan Shaklee



    Apakah itu Tekanan Darah Rendah? (Hypotension)

    Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gelaja

    Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)
    Tekanan Darah Normal = 120 / 80 mmHg
    Tekanan Darah Rendah = 90 / 60 mmHg

    Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic / diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah remdah adalaha menjadi tanda masalah asas - terutama warga warga tua - di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.

    Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi 
      1. Cepat lelah / sesak nafas terutama bila cuaca panas
      2. Sering menguap
      3. Pening kepala ketika posisi badan berubah
      4. Mudah berpeluh
      5. mata terkunang-kunang / penglihatan kurang jelas
      6. Muka pucat
      7. Mual dan lesu
      8. Kulit berasa dingin, pucat dan lembab
      9. Tangan dan kaki kebas
      10. pernafasan cepat dan pendek
      11. cepat haus
      12. Pengsan (tahap serius)
      Punca Tekanan Darah Rendah

      Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut :-
      1. Kehamilan 
      2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
      3. Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
      4. Kegagalan jantung
      5. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
      6. Pelebaran atau pengembangan saluran darah
      7. Keletihan haba atau strok haba
      8. Penyakit hati
      Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah
      1. Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
      2. B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
      3. Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
      4. ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
      5. Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
      6. Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)
      Tidak semestinya anda perlu mengambil semua suplemen di atas. Sebaik-baiknya, kenal pasti punca tekanan darah rendah terjadi. 

      Tips mengatasi Tekanan Darah Rendah

      Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
      • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
      • Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
      • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
      • Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
      • Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap 
      • Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

      Kini anda boleh dapatkan Set Merawat Tekanan Darah Rendah Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 

      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]