Friday 12 December 2014

Cegah / Rawat Jeragat Dengan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan suplemen secara konsisten setiap hari membantu melengkapkan keperluan nutrisi seharian yang diperlukan tubuh badan untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan suplemen yang tepat dan bersifat semulajadi sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh badan. 

Dengan pengambilan suplemen Shaklee kesan dapat dilihat terhadap jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, tubuh juga semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

Bagi menghilangkan jeragat, pengambilan suplemen dan elemen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Vitamin C/ Collagen Powder

2.  Vitamin E
3.  Energizing Soy Protein (ESP)
4   Air Putih

Vitamin C/ Collagen Powder

Pengambilan Vitamin C/ Collagen Powder setiap hari secara konsisten dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan menghilangkan jeragat. 
Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

Vitamin E

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soy Protein (ESP) juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Air Putih/ Air Masak

Air putih/ air masak sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari suplemen yang diambil dan juga makanan yang diterima oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.

Jadi minumlah air putih/ air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.

Suplemen Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Suplemen yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. 


Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    0 comments:

    Post a Comment