Tuesday 14 May 2013

Testimoni Vivix - Emak Sendiri.. (",)


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Jika sebelum ini saya banyak berkongsi tentang testimoni-testimoni yang telah berjaya mengekalkan tahap kesihatan optimum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang penangan VIVIX Shaklee yang diamalkan oleh emak saya sendiri.

Sebelum membuat keputusan membeli VIVIX Shaklee, saya yakinkan adik beradik lain bahawa pelaburan kita bersama untuk kesihatan emak In Shaa ALLAH berbaloi memandangkan ramai yang telah berjaya mengatasi pelbagai penyakit kronik dengan VIVIX Shaklee.

Emak saya menghidapi penyakit diabetes@kencing manis sejak beberapa tahun lalu. Apa yang emak saya amalkan sebelum ini adalah ubat pemberian doktor semata-mata dan dia sendiri selalu berkata penyakit kencing manis tiada penawarnya. Sebelum mencuba VIVIX Shaklee, beberapa bulan lepas adik saya membelikan sejenis produk yang dikatakan boleh merawat kencing manis, namun apa yang terjadi adalah kencing manis emak tidak menurun tapi terus meningkat dan membuatkan emak memberhentikan pengambilan produk tersebut. 

Saya tekad ingin memberikan VIVIX Shaklee kepada emak. Saya tahu kebaikannya jika diamalkan secara konsisten. Setelah hampir sebulan mengamalkan VIVIX Shaklee, emak mendapatkan pemeriksaan seperti biasa di klinik kesihatan. Seminggu sebelum emak melakukan pemeriksaan, kami telah menyambut hari lahir anak saya dan emak dengan 'suka hatinya' telah memakan makanan (chocolate cheese cake, manggo crepe, buah mangga manis... sememangnya manis) yang dilarang  untuk penghidap kencing manis. Dia kata sedap dan teringin nak makan. Sehari sebelum pemeriksaan emak mengambil roti krim yang manis sebab tidak tahan lapar berpuasa pada malam tersebut. Saya pun jadi risau, manalah tahu keputusan bacaan paras gula yang diharapkan untuk pemeriksaan esok jadi lebih tinggi.

Nanum, keputusan yang amat menggembirakan yang dibertahu oleh emak kerana bacaan kencing manis emak telah turun daripada bacaan 9 kepada bacaan 7. Batuk pada setiap waktu pagi juga sudah hilang dan sakit lutut emak juga berkurangan. Anak mana yang tidak gembira bila melihat emak sendiri gembira. Kini saya yakin dengan keberkesanan VIVIX Shaklee. Saya dan adik beradik lain akan bersama-sama membelikan VIVIX Shaklee untuk emak tersayang. SAYAAAANG emak!!! Mmmmuaaahhh. (",)


Untuk makluman, bulan Mei 2013 merupakan promosi bagi VIVIX Shaklee. Jom kita dapatkan dengan harga istimewa pada bulan ini.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday 12 April 2013

11 Tip Untuk Hamil Dengan Cepat

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  1. Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  2. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging
  3. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  4. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  5. Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  1. Memasak
  2. Bersenam
  3. Mendengar muzik
  4. Membaca dan mendengar audiobooks
  5. Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  6. Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  7. Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Peluang Hamil / Mendapatkan Zuriat dengan Set Kesuburan Shaklee Harga Istimewa

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila ramai yang kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat seperti berikut:

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Mengamalkan vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat. Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan. Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal

Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.


Seperti perkara yang dihighlightkan di atas, suplemen juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesuburan. Ia bertindak untuk menampung kekurangan nutrien yang tidak diperolehi dari diet harian, mengurangkan stress, membetulkan hormon dan sebagainya.  Cadangan suplemen Shaklee bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri adalah seperti berikut:
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

Bagaimana suplemen Shaklee dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan? Klik sini. 

**Anda boleh memilih secara loose mengikut keperluan dan bajet anda.

Testimoni dan Kelebihan Suplemen Dalam Set Kesuburan Shaklee


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Set Kesuburan Shaklee yang dicadangkan adalah seperti berikut:


Manfaat setiap suplemen yang terdapat dalam set kesuburan Shaklee adalah seperti berikut:

Energizing Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Protein juga membantu menyihatkan ovum dan sperma.

Vita-lea
Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan.

B-Complex
Penting untuk mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan menstabilkan hormon. Uniknya Vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon serta  diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifidaTerdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).Faedah Folic acid kepada kesuburan dan kehamilan boleh rujuk Dr. Zubaidi yang telah membuat kajian kepentingannya.

Vitamin C
Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan. Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.


Vitamin E dan Selenium
Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ianya juga amat terkenal kerana mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduktif lelaki dan wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex 
Supplemen yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, Tiub Fallopio dan terus ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Ostematrix
Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

Omega Guard

Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.


Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.

Testimoni #1:



Testimoni #2:


Testimoni #3:



Testimoni #4:


**Anda boleh memilih secara loose mengikut keperluan dan bajet anda.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday 11 April 2013

Kelebihan dan Kepentingan Chewable Vita-C Plus 100mg Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Chewable Vita C Plus ini membekalkan 100mg vitamin C yang telah ditambah dengan Rose Hips dan Bioflavonoids Complex yang mana membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin C apabila masuk ke dalam tubuh badan kita. Sangat sangat sesuai untuk kanak kanak atau dewasa yang susah untuk menelan pil. 

Produk ini tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan yang menjadikan ianya sentiasa SELAMAT untuk dimakan.

Kebaikan Chewable Vita C Plus
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C Plus
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga
Vitamin C mudah rosak disebabkan:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam tubuh badan:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Jika anda mengambil 5 biji Chewable Vita C Plus setiap hari adalah bersamaan dengan 1 biji Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee. 

Kini anda boleh dapatkan Chewable Vita-C Plus 100mg Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday 8 April 2013

Kelebihan NutriFeron Shakleen Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh Badan

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Tinggalkan paracetamol!! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE!!!
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Penyusuan Susu Ibu Dengan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Seandainya anda mengambil suplemen bagi penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU maka LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.


       

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
  • Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
 Apabila bersama si manja, kerapkan penyusuan secara direct

   
 Apabila tidak bersama si manja, kerapkan sesi perahan (3 jam sekali)
  • Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dengan ketat dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
 Air masak sangat membantu penghasilan susu ibu
  • Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititik beratkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]