Friday 4 January 2013

Testimoni : ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee


Shaklee
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Testimoni #1

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)


Testimoni #2

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)


Testimoni #3

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday 3 January 2013

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Shaklee Putrajaya
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apa itu Lupus?
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung , paru-paru, buah pinggang , sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)?

Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Gejala-gejala Lupus.

Diskoid Lupus

Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan. Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal. Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut. Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 
  • Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
  • Ulser di dalam mulut
  • Keguguran rambut
  • Demam berpanjangan.
  • Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.

Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.

Rawatan 

Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman. Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita

Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :
  • Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
  • Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.
  • Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious. Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Rujukan "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.

**Alfalfa Shaklee tidak boleh diambil oleh Pesakit SLE
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday 2 January 2013

Testimoni : Set Ibu Menyusu Shaklee

Shaklee Putrajaya
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Testimoni #1



Testimoni #2


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:



Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Power Pumping dan Suplemen Ibu Menyusu Shaklee

Shaklee Putrajaya
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu

Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih (",) 
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik  (",) 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain  (",) 

Adakah mana-mana set vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan/ menjayakan PowerPumping ini? 

Ada. 

Set Menyusu ShakleeKami mencadangkan set ini kerana sumber vitamin, nutrien & galian yang diperolehi ialah "bahan-bahan" yang mencukupi keperluan tubuh badan si ibu, yang apabila dicampur dengan usaha konsisten mengosongkan payudara dengan kerap, In Shaa Allah, akan membantu meningkatkan penghasilan susu badan si ibu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu, dan ada juga yang makan masa sehingga sebulan! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau sekadar ‘pam angin’ sahaja, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Jangan putus asa, disiplin, usaha, doa dan tawakal kepada-Nya. In Shaa Allah.

Happy pumping!

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Testimoni : Advanced Joint Health Tablet Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Testimoni #1


Testimoni #2


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday 16 November 2012

Shaklee Products for Cancer Patients / Produk Shaklee Untuk Membantu Merawat Pesakit Kanser

"A Right Start to Good Nutrition"

Alfalfa

Cancer WILL NOT GROW or METASIZE in an alkaline body. Most American’s ph is very acid. Using 30 to 40 Shaklee Alfalfa per day can help the body's PH become more alkaline--slowly, and/or stopping cancer growth.

NutriFeron

This product is unique to Shaklee. It increases the natural interferon the body can produce. Synthetic interferon is a powerful, but expensive cancer treatment (with some not too nice side effects). Interferon stops tumor production in the body. We have incredible testimonies on its effect for Hepatitis C, and 4 clinical studies on this one product. It is a long-term stimulant for increasing macrophage (big eater) production—important protector cells in the immune system 

Carotomax

This is a complex of carotenoids. including Beta Carotene, Lycopene etc. The mucosal membrane tissue in the body (which is what much of the lung tissue is) needs lots of the carotenoids. They can actually heal damaged tissue. I’ve worked with people with ulcers, damaged tissue in the mucosal membrane lining of the stomach & with people who had vaginal tissue (mucosal membrane) that was showing precancerous cells—when therapeutic levels of Caratomax (10 per day) was introduced—amazing healing happened to the cells. 

Vita C(Sustained Release Vita-CTM500 mg)

Mega amounts of vitamin C 10,000 or more milligrams per day—has been shown via the Linus Pauling Clinic to have dramatic effects when the body is fighting disease. It stimulates white blood cell production and the cells of the body that have extra C have a greater chance of reproducing without mutating. Cancer is simply our own cells gone hay wire when reproducing.

Soy Protein (ESP - Soy Protein Isolate Powder)

Eliminating animal protein is important and using vegetable proteins are more easily digested and they don’t have all the antibiotic residues etc. that contribute to disease! Protein is the key to energy and the reproduction of healthy cells. 

Herb Lax

Drugs effect the peristaltic action of the colon. (the natural kneading movement) drugs slow the elimination process way down and many times a patient fighting disease gets backed up and constipated. Eliminating toxicity is very important in healing. 

Performance Drink

Hydration drinks. Even being 1% dehydrated for a person that is not fighting a disease effects, mental ability, and fatigue levels. When you are fighting, you must stay hydrated—lots of purified water, but adding this formulation—you are adding trace minerals that are very important for healing.

Bonus Product – Get Clean

The cleaners in the home have proven to contribute to many debilitating illnesses including cancer. Remove all toxic cleaners and switch to Get Clean to give your home a clean bill of health and protect your health.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Variasi Resepi Membancuh ESP Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

ESP ni boleh divariasikan ikut selera. Yang penting kita akan dapat segala zatnya. Berikut adalah antara resepi bancuhan ESP yang dicadangkan:
  • ESP + Air suam
  • ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  • ESP + KOKO + OAT
  • ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  • ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  • ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  • ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  • ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  • ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  • ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali)
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Kelebihan/ Faedah Utama Nutriferon Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:
  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  • Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  • Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  • Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  • Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
Kini anda boleh dapatkan Nutriferon Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Beza Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dengan Soya Biasa


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Sejak akhir-akhir ini, ramai sangat yang bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa. Di sini sedikit ringkasan dan pemahaman supaya setiap yang mengambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kita yakin dan bila yakin baru khasiatnya akan betul-betul terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan. Makan tanpa ilmu tidak bermakna apa-apa malah akan memberi impak yang tidak bagus kerana kita akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kita tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya daripada apa yang kita makan dan ambil.

ESP ialah protein. Kenapa protein penting?

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.

APA yang BEST tentang ESP? ESP merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Kelebihan ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, membantu menghilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

ESP jika diambil bersama suplemen lain akan membantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP.

7 Kriteria Penting ESP Yang Mana Perlu Diambilkira Dalam Memilih Suplemen Berasaskan Protein Soya

§     Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik. Kerana kajian penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticidesfungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.

§     Kacang soya mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)
Kenapa protein soya mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya, kacang soya dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, Brazilian government scientist menekankan berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

§     Protein Soya mestilah mengandungi 9 asid amino perlu
Ini merupakan ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

§     Dalam proses pembuatan soy isolatesoyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan alkohol
Kalau dicuci dgn alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru-paru dan lain-lain. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

§     Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi anti-growth, anti-tyrosine substance. Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ni akan menyebabkan low blood pressurelow body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

§     Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan
Amino acids sangat sensitive dengan suhu yang panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDSIf an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

§     Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium.Kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Mitos Penyusuan Susu Ibu

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 

~ Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan ~


Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]