Tuesday, 6 November 2012

Manfaat/ Kelebihan Utama B-Complex Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

MANFAAT UTAMA 

  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan 
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan kulit
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan faya pemerhatian / fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dlm tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - baik utk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan

BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK?

  • Vitamin B yang baik ialah yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B (B1, B2, B3, B4, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustained release)
Apakah 8 kumpulan itu? Kenapa perlu ada 8 kumpulan vitamin B ni? 
  • Thiamin digunakan untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.
  • Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.
  • Niasin adalah sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.
  • Asid Pantothenic juga co-enzim yang mempunyai peranan dalam metabolisme tenaga. 
  • Pyrodoxine membantu asid amino dan untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.
  • Biotin pula terlibnat ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.
  • Folat/asid folik mempunyai peranan penting dalam pembentukan sel baru. Oleh itu tidak hairan folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.
  • Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.
Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan metabolisme badan, serta kesihatan enzim yang membantu dalam tindak balas kimia. Sumber vitamin B adalah buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan kekacang.

B-Complex Shakleemengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 vitamin B ini memberi keseimbangan & keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Maka penting untuk mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


 COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

0 comments:

Post a Comment