Saturday, 28 September 2013

Punca Badan Lemah,Letih,dan Cepat Mengantuk dan Cara Mengatasinya

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Antara punca badan lemah,letih dan cepat mengantuk dan cara mengatasinya:
  • Tidak cukup tidur - Setiap malam kita disarankan tidur 7-8jam.  Jadi tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga kita
  • Tidak cukup tenaga - Makan terlalu sedikit,diet keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah .Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah,anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan pagi -Mesti,mesti dan mesti wajib ambil SARAPAN PAGI! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya  tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga.
  • Kurang darah merah(anemia) - Di kalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh organ. Lemah,sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah simpton anemia. Pergi jumpa dokor jika anda mempunyai simpton-simpton tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan suplemen iron di klinik-klinik atau makan makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah dan juga kekacang.
  • Tekanan emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah,sakit kepala,hilang selera makan adalah simpton yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein - Kafein membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan kurang pengambilan air kosong sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja badan anda amat memerlukan air. Apabila anda dahaga itu bermakna anda dehidrasi.
Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu, tidak bermaya dan sakit-sakit tubuh adalah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Namun, gaya hidup yang sibuk agak menyukarkan anda melakukan dengan konsisten setiap hari. Justeru pengambilan SUPLEMEN adalah pilihan yang tepat.

Shaklee mencadangkan gabungan suplemen berikut bagi mengatasi masalah ini:

Dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal sihat.

B-COMPLEX
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

OSTEMATRIX
Supplemen kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Istimewanya ostematrix adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetapi juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian, kekurangan magnesium boleh mengganggu aktiviti elektrik dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?Magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebasan tenaga ke seluruh badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

ESP 
Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai di kalangan kita mengamalkan pengambilan ESP terutama ketika berpuasa.

PERFORMANCE DRINK
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan. Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang sesuai mengambil gabungan suplemen ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung,ibu menyusu,warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih,lesu,tidak bermaya,sakit-sakit badan,lenguh-lenguh badan
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibukdan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang hemoglobinnya rendah,kerana vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

0 comments:

Post a Comment