Thursday 26 December 2013

Rawat Migrain/ Sakit Kepala Dengan Ostematrix, B-complex dan Omega Guard Shaklee Sebelum Parah

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Anda selalu sakit kepala? Tak semua sakit kepala mempunyai kaitan dengan migrain. Tapi, ramai orang selalu berprasangka bahawa migrain sebagai sakit kepala biasa. Mereka merawat seperti sakit kepala biasa.. 


Tahukah anda, migrain boleh membawa kepada serangan sawan, strok dan serangan teruk yang menyebabkan lumpuh!



Migrain adalah kesakitan yang teramat sangat yang merupakan denyutan di sebelah kepala dan sering diikuti dengan perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat dan cahaya yang terang. Ia terasa seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. Selalunya ia berlanjutan dari beberapa jam ke beberapa hari.


Sakit kepala biasa pula berbeza kerana ia menyerang pada bahagian kiri dan kanan kepala. Ia selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.


PETUA HINDARI MIGRAIN
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elakkan bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT MIGRAIN
  • telur : kerana kaya dengan Omega 3 yang dikatakan amat baik untuk merawat migrain
  • kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.
  • susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain
  • bayam : kaya dengan magnesium
  • salmon : tinggi kandungan Omega 3
CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MIGRAIN

Ostematrix Shaklee (mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, kuprum, mangan dan boron)
  • kalsium bukan sahaja penting dalam membina tulang dan gigi, malah ia juga membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid, pengalkalian tubuh dan juga memperbaiki hiperakiviti perut dan gastrik.
  • magnesium pula penting metabolisme kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu penyebab migrain. Terdapat kajian dibuat keatas magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Ketiadaan unsur vitamin D dalam suplemen kalsium akan menyebabkan penghasilan batu dalam ginjal atau pundi kencing. Maka, berhati-hati ketika memilih suplemen kalsium di luar
B-complex Shaklee
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B compleks Shaklee yang lengkap ini bukan sahaja mengurangkan risiko migrain malah boleh mencegah anda  daripada penyakit-penyakit sepert depresi, strok dan sebagainya
  • Vitamin ini juga memastikan kesihatan fungsi saraf dan sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
Pengambilan Ostematrix dan Vitamin B-complex adalah suplemen asas untuk pesakit migrain. Tapi, sekiranya inginkan hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee
  • Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Omega guard penting dalam mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher dan sakit kepala.
  • Di samping itu, omega guard juga bermanfaat untuk merawat penyakit sendi, gout, osteoathritis, rheumatoid athritis, asma, kanak-kanak autisme, mengurangkan level Homocysteine dikalangan pesakit kencing manis, menterbalikkan rintangan insulin, menghalang pembentukan batu karang dan sebagainya.

Kini anda boleh dapatkan Set Rawatan Migrain Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

0 comments:

Post a Comment