Tahukah??? 150,000 kelahiran di US mencatatkan kelahiran yang abnormal. Dan 60% daripada mereka tidak ketahui keabnormalan tersebut sehinggalah bayi berkenaan
dilahirkan. Kita di Malaysia jangan memandang remeh berkaitan hal ini. Setiap ibu mengandung mempunyai risiko untuk melahirkan bayi yang abnormal.
Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada kecacatan pada bayi ini. Antaranya :
- Pertama sekali adalah faktor genetik. Tidak dinafikan faktor ini amat sukar untuk dielak namun dengan beberapa langkah 'berjaga-jaga' kita mampu melahirkan zuriat yang sihat.
- Keduanya adalah disebabkan beberapa jenis ubat yang menyebabkan teratogenik terhadap janin. Contohnya ubat kanser dan ubat kolestrol.
- Ketiganya adalah disebabkan persekitaran beracun contohnya asap rokok. Dalam asap rokok ia mengandungi beberapa jenis struktur kimia yang mampu meresap masuk ke dalam janin. Bahan kimia tersebut akan menganggu pembesaran bayi dan akan menyebabkan keabnormalan pada anggota bayi.
Sebenarnya, kita boleh hindari perkara ini dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:
- Pertama: Ibu mengandung jangan sesekali diet. Cerita benar, jiran saya sendiri telah berdiet ketika hamil dan kesannya anak yang dikandungnya mengalami kecacatan
pada akal. - Kedua: Amalkan mengambil supplemen seperti folic asid dan vitamin B. Langkah ini dapat mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Vitamin B terbaik seharusnya mengandungi keseluruhan Vitamin B termasuklah sumber folic asid dan hendaklah semulajadi seperi B-Complex Shaklee.
- Ketiga: Sila bertanya dahulu kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya ingin mengambil sebarang ubat atau herba.
- Keempat: Sentiasa melakukan pemeriksaan kandungan jika anda ada keturunan yang pernah melahirkan bayi yang abnormal.
- Kelima: Jauhi asap rokok!!!
Apa yang penting adalah ibu hamil perlu amalkan tip tersebut serta pemakanan sihat seharian supaya kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Set Kehamilan Shaklee boleh diamalkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian ibu hamil, berpantang dan menyusu.
0 comments:
Post a Comment