"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Semua masalah ini hadir selepas ibu bersalin. Betul tak? Rata-rata bentuk badan wanita berubah disebabkan faktor seperti tidak mengamalkan cara hidup tidak sihat, jadual pemakanan dan senaman yang tidak teratur. Perut menggeleber adalah disebabkan hormon mengandung iaitu progestron tinggi semasa mengandung dan selepas bersalin. Hormon ini menyebabkan perut kembung, usus mengembang kerana proses penghadaman dan pencernaan makanan menjadi perlahan.
Tips Semasa Hamil
1. Semasa tempoh hamil, ibu tidak digalakkan berdiet dan boleh makan seperti biasa tetapi perlu dikawal seperti makanan berlemak, berminyak, dan kadar gula.
2. Ibu juga boleh mengambil makanan laut seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya, sekiranya tidak mempunyai alahan dan ianya dikawal dan tidak ambil secara berlebihan.
Tips Semasa Pemakanan Semasa Pantang dan Selepas Berpantang
1. Lebihkan makan sayur dan lauk serta kurangkan nasi.
2. Ambil lapan gelas air sehari selepas bersalin amat perlu untuk hasilkan susu badan (petua orang tua-tua melarang minum air banyak, kerana takut mengembang. Namun sekiranya ibu tidak mengambil air secukupnya, bagaimana susu ibu akan terhasil. Maka adalah terbaik ibu harus mengambil lapan gelas air sehari dengan kadar sedikit-sedikit tetapi kerap.
3. Untuk mengelak perut kembung ibu digalakkan mengambil serat iaitu sayuran hijau dan buah-buahan.
4. Halia, bawang putih, dan lada hitam juga bagus. Tujuannya adalah untuk memanaskan badan serta memudahkan proses penghadaman makanan.
5. Pemakaian bengkung selepas bersalin bagus supaya otot yang mengembang, nipis dan tidak kuat menjadi kuat, merapatkan otot juga membantu mengempiskan perut ibu.
6. Sekiranya bersalin secara ceasarean, ibu tidak digalakan memakai bengkung sekiranya luka ceaserean belum betul-betul sembuh.
7. Bertungku atau bersauna juga membantu mengecutkan otot dan secara tidak langsung mengurangkan pendarahan.
8. Cara yang paling efektif dan berkesan untuk penurunan berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan anak secara ekslusif selama dua (2) tahun.
"Penyusuan secara ekslusif akan menjadi lebih berkualiti dengan pemakanan seharian terbaik. Pengambilan suplemen amat digalakkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian bagi ibu menyusu"
Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee menyediakan kepeluan nutrisi seharian di samping membantu menurunkan berat badan si ibu. Anda pasti
"Penyusuan secara ekslusif akan menjadi lebih berkualiti dengan pemakanan seharian terbaik. Pengambilan suplemen amat digalakkan bagi menampung keperluan nutrisi seharian bagi ibu menyusu"
Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee menyediakan kepeluan nutrisi seharian di samping membantu menurunkan berat badan si ibu. Anda pasti
0 comments:
Post a Comment