"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (Hb low).
Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.
Simptom awal anemia
- Sentiasa letih
- Pening kepala atau pitam
- Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
- Warna kulit bertukar menjadi pucat
- Penurunan berat badan
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Lemah daya ingatan
Paras HB yang rendah amat merunsingkan doktor yang merawat dan ibu hamil disebabkan oleh kesan seperti berikut:
Kesan kepada bayi :
Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(contohnya tiada kaki & tangan dengan sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Kesan kepada ibu :
- Ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/ rasa berdebar-debar(palpitation)
- Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.
Cadangan Bagi Mendapatkan Hb Yang Ideal
- Mengamalkan pemakanan sihat dan ideal yang mendandungi khasiat seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
- Menambahbaik nilai pemakanan harian dengan pengambilan suplemen kesihatan. Suplemen kesihatan Shaklee yag dicadangkan adalah seperti berikut:
Vitalea
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Sustained Release Vita-C
Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Testimoni:
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@
0 comments:
Post a Comment