Sunday, 20 October 2013

Tip Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Sebelum ibu-ibu memahami bagaimana untuk meningkatkan bekalan susu ,adalah penting untuk memahami bagaimana proses pengeluaran susu berfungsi.


Kita mungkin pernah dengar bahawa bekalan susu ibu adalah berdasarkan penawaran dan permintaan, tetapi pengeluaran susu pada awalnya tidak berdasarkan penawaran dan permintaan. Selepas anda melahirkan anak, hormon di dalam badan anda memberitahu payudara anda untuk mula menghasilkan susu. Dalam tempoh masa ini badan anda tidak tahu berapa banyak susu bayi anda akan perlukan. Ini adalah masa yang terbaik untuk mewujudkan bekalan susu yang baik.


Lama kelamaan, badan anda akhirnya mendapat tahu berapa banyak susu untuk dihasilkan berdasarkan penyingkiran susu dari buah dada anda. Apabila buah dada anda kosong, ini memberitahu badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Mengosongkan payudara kerap pada peringkat awal penyusuan akan membantu memastikan bahawa anda mempunyai bekalan susu yang baik. Tetapi apa yang boleh ibu2 lakukan kalau penyusuan tidak bermula dengan baik atau jika ibu2 mahu meningkatkan bekalan susu?

Ikuti tip meningkatkan susu badan seperti di bawah :

  • Menyusukan secara kerap. Penyusuan ibu yang kerap adalah nombor satu kunci untuk meningkatkan bekalan susu anda.
  • Menawarkan kedua-dua buah dada semasa penyusuan. Jangan menyusu sebelah sahaja.
  • Pastikan bayi menyusu cukup lama untuk mengosongkan payudara anda apabila dia menyusu.
  • Cuba tukar posisi penyusuan. Menyusu pada satu payudara, jika bayi memberi signal bosan, tukar kepada payudara yang lain, dan terus bertukar sehingga kedua-dua buah dada yang kosong atau bayi tidak lagi akan menghisap.
  • Menyusukan pada waktu malam. Penyusuan malam yang kerap boleh meningkatkan bekalan susu.
  • Pam selepas menyusu. Biasanya pam selepas penyusuan akan membantu mengosongkan payudara. Jika anda mendapati bahawa anda tidak mengepam apa-apa selepas menyusu anda boleh cuba mengepam sebelum menyusu.
  • Pastikan bayi menghisap dengan baik. Cuba lebih daripada satu teknik untuk mendapatkan bayi anda melekap dengan betul.
  • Dapatkan sokongan dari ibu- ibu menyusu yang lain.
  • Pam semasa anda menyusu. Pam sebelah dan menyusu sebelah. Kemudian biarkan bayi mengosongkan payudara yang anda pam.
  • Dapatkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dengan lebih lama.
  • Menyusu di atas katil. Berbaring di atas katil boleh membantu anda berehat dan membolehkan bayi menyusu untuk tempoh yang lebih lama.
  • Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang bekalan susu anda.
  • Elakkan memberi puting tiruan
  • Elakkan daripada mengambil pil kawalan kelahiran semasa anda menyusukan jika boleh.
  • Jangan merokok.
  • Minum banyak air, terutama sebelum menyusu. Air suam juga boleh membantu membanyakkan susu.
  • Hadkan pengambilan kafein.
  • Makan makanan yang sihat dengan banyak protein.
  • Cuba mengambil milk booster seperti alfalfa. Ia dikatakan telah digunakan untuk membantu meningkatkan bekalan susu.
  • Jangan diet semasa anda sedang menyusukan. Amalkan pemakanan seimbang dan lengkap mengikut piramid makanan.
Selain mengikuti tip mudah di atas, ibu-ibu juga boleh cuba mengamalkan suplemen tambahan untuk kesihatan menyeluruh ibu agar dapat menghasilkan susu badan dengan lebih banyak. 

Dapatkan info suplemen menyusu Shaklee di sini.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]

0 comments:

Post a Comment