Showing posts with label Sustained Release Vita-CTM 500 mg. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-CTM 500 mg. Show all posts

Wednesday 23 July 2014

Rawat Chicken Pox/ Cacar Air dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Chicken Pox/ Cacar Air terjadi akibat jangkitan virus varicella zoster. Ia memang satu penyakit yang mudah berjangkit.


Ciri-ciri Chicken Pox/ Cacar Air


Bintik besar/ kecil berair, gatal, dan  kebanyakannya sembuh tanpa meninggalkan parut kekal. Ia selalu tumbuh di seluruh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki, di mana saja di seluruh badan malah boleh jadi di dalam mulut juga.

Bagaimana Chicken Pox/ Cacar Air berjangkit?

Ia berjangkit melalui sentuhan terus, pesakit batuk atau bersin. Biasanya selepas dua hari virus berjangkit, bintik mula kelihatan. Semasa bintik sedang pesat membangun inilah ia mudah berjangkit dan sebaik sahaja ia kering, risiko jangkitan berkurangan. Keadaan bintik pesat membangun ini selalunya mengambil masa 6 hari (paling lama 2 minggu ada juga 1 bulan)
Simptom lain Chicken Pox/ Cacar Air


Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu. 

Jangkitan pada ibu hamil

Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.

Keadaan agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.

Rawatan dan pencegahan

1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat

2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yang dikhuatiri terkena pesakit
3. Mandikan pesakit dua kali sehari
4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
6. Virus ini mudah dimusnahkan dengan detergent dan haba panas

Bagaimana merawat Chicken Pox/ Cacar Air dengan Shaklee?

Sebagai langkah awal pencegahan sebarang virus terhadap anak-anak atau diri sendiri, sistem imunisasi tubuh badan perlu ditingkatkan dengan mengamalkan pengambilan suplemen berikut:
  • Bagi kanak-kanak dicadangkan Chewable Vitamin C dan Meal Shakes Shaklee. 
  • Bagi orang dewasa bolehlah mengamalkan pengambilan Sustained Release Vit C Plus Shaklee dan Vitalea.

Namun, sekiranya jangkitan berlaku. Maklumlah kita hanya merancang Allah juga yang menentukan. Pengambilan suplemen Shaklee berikut boleh diamalkan bagi membantu merawat Chicken Pox/ Cacar Air.

#1 : Nutriferon 

Membantu mempercepatkan proses pemulihan.

#2 : Meal Shakes (bagi kanak-kanak) / Vitalea (bagi orang dewasa)

Membantu membekalkan sumber multivitamin bagi pesakit.

#3 : Basic H

Digunakan sebagai mandian (letakkan 1-2 titik dalam sebaldi air). Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.


#4 : Herbal Blend Shaklee 

Digunakan untuk disapu di kawasan yang dijangkiti bagi mengelakkan rasa gatal yang merengsakan. Boleh juga digunakan untuk fungsi berikut:
  • rawat kulit kering akibat alergik/ ekzema/ alahan pada sabun
  • rawat tumit kaki merekah
  • disapu pada perut bayi untuk mengelakkan kembung
  • disapu pada tempat gigitan serangga untuk hilangkan rasa gatal dan sakit


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday 16 July 2014

Rawat Penyakit Batu Karang/ Kidney Stone dengan Set Bajet Rawatan Batu Karang Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Selalunya terjadi batu karang apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal. 

Terdapat beberapa jenis batu karang yang biasa terjadi iaitu Batu kalsium, Batu Struvite, Batu Asid Urik dan Batu Kristal.

JENIS-JENIS PENYAKIT BATU KARANG


1.  Batu Kalsium
     Terjadi dalam bentuk kalsium oxalate iaitu bahan semulajadi terdapat dalam 
     makanan kita. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kacang dan coklat, 
     mempunyai tahap oxalate tinggi. Selain pengambilan dos yang tinggi untuk vitamin D 
     boleh menyebabkan Batu Kalsium.

2. Batu Struvite

    Batu struvite terbentuk dalam tindak balas kepada jangkitan , seperti jangkitan saluran 
    kencing. Batu-batu ini boleh berkembang dengan cepat dan menjadi agak besar, 
    kadang-kadang dengan beberapa tanda-tanda atau amaran. 

3. Batu asid urik

    Terjadi disebabkan pengidapnya tidak minum air secukupnya ataupun orang-orang 
    yang makan diet protein tinggi, dan mereka yang mempunyai gout.

4. Batu Kristal
    Batu-batu ini terbentuk di dalam orang-orang dengan penyakit keturunan yang 
    menyebabkan buah pinggang untuk mengeluarkan terlalu banyak asid amino 
    tertentu ( cystinuria ).

Kesakitan batu karang ini boleh berubah-ubah disebabkan beralih tempat dalam saluran kencing.

Tanda-tanda anda mengidap batu karang seperti: 


1. Sakit yang teruk di sebelah dan belakang, bawah tulang rusuk 
2. Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha 
3. Sakit pada membuang air kecil 
4. Air kencing berwarna pekat ataupun coklat ataupun berbau busuk
5. Loya dan muntah-muntah 
6. Dorongan berterusan untuk membuang air kecil 
7. Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa 
8. Demam dan seram sejuk jika jangkitan hadir


Gejala batu karang boleh dicegah dengan Set Bajet Rawatan Batu Karang Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Alfalfa, B-Complex dan Ostematrix



  • Vitamin C Shaklee bertindak untuk mengasidkan urin iaitu air kencing. Ini kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang. 
  • Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium yang berfungsi untuk mengurangkan oxalate (garam mineral) yang terdapat makanan kita makan setiap hari.
  • B-Complex Shaklee mengandungi B6 iaitu penyakit batu karang disebabkan oleh kekurangan vitamin B6. 
  • Alfalfa Shaklee mengurangkan inflamasi ataupun keradangan dan infeksi.
Jom cegah sebelum terlambat kerana jika penyakit batu karang semakin membesar memerlukan pembedahan dilakukan. Selagi terdaya untuk ikhtiar dan usaha, penyakit batu karang boleh dikurangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee.


Kini anda boleh dapatkan Set Batu Karang Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Saturday 4 January 2014

Cara Buat Masker Dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee dan Kelebihannya

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Sustained Release Vitamin C Shaklee selalunya untuk dimakan sahaja. Namun, ianya juga boleh dibuat masker. Cara-cara untuk melakukan masker dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah seperti berikut:
  • Patahkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada 3 bahagian
  • Ambil 1 bahagian dan simpankan 2 bahagian lain untuk digunakan pada hari yang lain
  • Hancurkan 1 bahagian tadi di dalam piring
  • Tambahkan sesudu air dan biarkan ia kembang selama 3 - 5 minit
  • Sapukan ke seluruh muka yang sudah dicuci dan kering
  • Biarkan masker tersebut kering 20 - 30 minit
  • Bilas dengan air bersih
Antara kelebihan melakukan masker dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah seperti berikut:
  • Meransang penghasilan kolagen dari dalam kulit
  • Menegangkan kulit muka
  • Mengecutkan jerawat
  • Mencerahkan muka
  • Menyegarkan wajah

Testimoni #1


Mengecutkan jerawat

Testimoni #2



Melembapkan kulit

Testimoni #3


Pori-pori mengecil, muka lebih tegang, kulit lebih lembut

Testimoni #4



Penyegar muka (ganti toner)

Kelebihan Sustained Release Vitamin C Shaklee untuk kulit memang telah diakui ramai. Banyak kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. Jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang. Sustained Release Vitamin C Shaklee juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini dan memutihkan/ memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Sustained Release Vitamin C Shaklee berbeza dengan jenama yang lain kerana:

1. Sustained Release Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan sumber vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan. Sustained release adalah teknologi yang sangat membantu vitamin C untuk kekal lama di dalam badan. Setiap sejam, hanya 100mg vitamin C dilepaskan di dalam badan, jadi, ia akan bertahan selama 5 jam di dalam badan. Mengapa perlu teknologi ini? Hal ini kerana vitamin C bersifat larut air dan mudah termusnah oleh suhu yang tinggi, stress dan sebagainya.

2. Satu tablet 
Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Kini anda boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday 3 November 2013

Rawat Resdung Dengan Suplemen Set Resdung Shaklee (Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex)

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung/ alahan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada individu yang menghidapnya. Siapa yang tahan kalau setiap kali bangun pagi mengalami bersin yang berlarutan. Muka dan hidung akan terasa gatal dan tersumbat. Paling kronik pula, kalau ia berlarutan dan menyebabkan sakit kepala dan demam menyerang. 

Kenapa individu menghidap resdung?


Antara punca resdung yang dikenalpasti adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Punca resdung yang tidak ramai orang sedar dan tahu adalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Apa akibat resdung yang tidak dirawat?

Resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit pada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

Bagaimana nak rawat resdung?

Banyak cara nak rawat resdung, cara alternatif, cara tradisional, cara moden dan macam-macam lagi. Saya nak kongsikan petua rawat resdung dengan cara amalan seharian. Cara ini sememang tidak memerlukan kos yang tinggi dan paling mudah untuk dilakukan. Caranya adalah:
  1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
  2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
  3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
  4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.
Pemakanan yang seimbang juga penting bagi memastikan sel-sel  dalam badan dapat berfungsi dengan sempurna. Amalan pemakanan suplemen juga dapat membantu masalah resdung. Shaklee mencadangkan suplemen berikut:


Sustained Released Vita-C - Sel dalam badan sesorang yang alergik akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine inilah yang menyebabkan ruam, gatal dan bersin. Ubat anti histamin diperlukan bagi rawatan ini. Vitamin C bertindak sebgai anti histamin dan sudah pastinya tindakan dari vitamin C adalah jauh lebih baik dan lebih selamat dari dadah histamin lain yang digunakan. Vitamin C juga membantu meningkatkan tahap imun badan, menstabilkan pengeluaran histamin di dalam badan dan membantu mencegah penyempitan salur pernafasan. 

B-Complex - Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Vitamin B6 dalam B-Complex penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan)

Alfalfa - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walau bagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam mencegah resdung/ alahan/ asma jika diambil secara istiqamah. Kehidupan anda pasti akan berubah tanpa perlu hadapi situasi bersin yang berlarutan setiap hari yang mungkin boleh membahayakan nyawa sendiri jika tidak dirawat segera. 

Testimoni #1:
  


Testimoni #2:



Testimoni #3:


Testimoni #4:




Kini anda boleh dapatkan Set Resdung Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Suplemen Shaklee Bagi Mengatasi Hemoglobin (Hb) Rendah/ Low Semasa Hamil/ Mengandung

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (Hb low).


Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Paras HB yang rendah amat merunsingkan doktor yang merawat dan ibu hamil disebabkan oleh kesan seperti berikut:

Kesan kepada bayi :

Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(contohnya tiada kaki & tangan dengan sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
 

Kesan kepada ibu :

  1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/ rasa berdebar-debar(palpitation)
  2. Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Cadangan Bagi Mendapatkan Hb Yang Ideal



  1. Mengamalkan pemakanan sihat dan ideal yang mendandungi khasiat seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Menambahbaik nilai pemakanan harian dengan pengambilan suplemen kesihatan. Suplemen kesihatan Shaklee yag dicadangkan adalah seperti berikut:
Vitalea 
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Sustained Release Vita-C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Testimoni:


Kini anda boleh dapatkan Suplemen Meningkatkan Hemoglobin Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday 21 October 2013

Sustained Release Vita C/ Vitamin C Shaklee Sudah Kembali di Pasaran Dengan Harga Istimewa!!!

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
♥♥ Ingat lagi dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee yang sangat HOT satu ketika dulu?? ♥♥

Kini ianya SUDAH KEMBALI!!!!

Manfaat Utama :

✂ Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

✂Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✂Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

✂ Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✂ Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✂Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)

✎ Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

✎ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

✎ Satu tablet membekalkan 922mg vitamin C.

✎ Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang.. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)

✎ Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

DAPATKAN DARIPADA SAYA SEKARANG DENGAN HARGA ISTIMEWA!!!
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]