Sunday, 3 November 2013

Rawat Resdung Dengan Suplemen Set Resdung Shaklee (Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex)

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung/ alahan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada individu yang menghidapnya. Siapa yang tahan kalau setiap kali bangun pagi mengalami bersin yang berlarutan. Muka dan hidung akan terasa gatal dan tersumbat. Paling kronik pula, kalau ia berlarutan dan menyebabkan sakit kepala dan demam menyerang. 

Kenapa individu menghidap resdung?


Antara punca resdung yang dikenalpasti adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Punca resdung yang tidak ramai orang sedar dan tahu adalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Apa akibat resdung yang tidak dirawat?

Resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit pada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

Bagaimana nak rawat resdung?

Banyak cara nak rawat resdung, cara alternatif, cara tradisional, cara moden dan macam-macam lagi. Saya nak kongsikan petua rawat resdung dengan cara amalan seharian. Cara ini sememang tidak memerlukan kos yang tinggi dan paling mudah untuk dilakukan. Caranya adalah:
  1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
  2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
  3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
  4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.
Pemakanan yang seimbang juga penting bagi memastikan sel-sel  dalam badan dapat berfungsi dengan sempurna. Amalan pemakanan suplemen juga dapat membantu masalah resdung. Shaklee mencadangkan suplemen berikut:


Sustained Released Vita-C - Sel dalam badan sesorang yang alergik akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine inilah yang menyebabkan ruam, gatal dan bersin. Ubat anti histamin diperlukan bagi rawatan ini. Vitamin C bertindak sebgai anti histamin dan sudah pastinya tindakan dari vitamin C adalah jauh lebih baik dan lebih selamat dari dadah histamin lain yang digunakan. Vitamin C juga membantu meningkatkan tahap imun badan, menstabilkan pengeluaran histamin di dalam badan dan membantu mencegah penyempitan salur pernafasan. 

B-Complex - Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Vitamin B6 dalam B-Complex penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan)

Alfalfa - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walau bagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam mencegah resdung/ alahan/ asma jika diambil secara istiqamah. Kehidupan anda pasti akan berubah tanpa perlu hadapi situasi bersin yang berlarutan setiap hari yang mungkin boleh membahayakan nyawa sendiri jika tidak dirawat segera. 

Testimoni #1:
  


Testimoni #2:



Testimoni #3:


Testimoni #4:




Kini anda boleh dapatkan Set Resdung Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

0 comments:

Post a Comment