Showing posts with label Vita-E Complex®. Show all posts
Showing posts with label Vita-E Complex®. Show all posts

Tuesday 5 November 2013

Variasi Gabungan ESP Shaklee Dengan Harga Berbaloi dan Jimat

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

✹ESP + VITA-LEA✹
Gabungan ini merupakan gabungan yang terbaik untuk KESIHATN OPTIMUM!!!

✹ESP + PERFOMANCE DRINK✹
Gabungan ini selalunya digabungkan dengan Meal Shakes Shaklee sekali, tapi kalau dua ini sahaja pun dah mencukupi untuk memberikan tenaga dan mengenyangkan perut sepanjang masa. In Shaa Allah sekiranya berpuasa tidak akan gastrik dan kepenatan.

✹ESP DAN GLA COMPLEX✹
Ini set paling basic pada yang ikhtiar untuk hamil. Memang terbaik, tetapi jika anda mempunyai bajet lebih disarankan ambil full Set Kesuburan(klik sini) untuk suami dan isteri, In Shaa Allah memberi PELUANG UNTUK ANDA HAMIL!!!

✹ESP + OMEGA GUARD✹
Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan risiko keguguran, malah mengurangkan risiko bayi pra matang, di samping meningkatkan perkembangan otak baby sejak dalam perut ibu lagi. In Shaa Allah perkembangan anak akan normal dan jarang dijangkiti penyakit jika mengamalkan set ini.

✹ESP + ZINC COMPLEX✹
Gabungan ini sememangnya sesuai untuk ibu-ibu yang rambutnyaa gugur selepas bersalin serta mempercepatkan luka bersalin / pembedahan.

✹ESP + VITA E COMPLEX✹
Gabungan ini merupakan gabungan yang paling laris. ESP dan vitamin E membantu menaikkan seri muka dan kulit akan cantik TANPA MAKE UP !

✹ESP DAN LECITHIN✹
Kebaikan Lecithin Shaklee adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. Namun, lecithin Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan dan telah dipercayai beberapa dekad yang lalu dan bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing.

✹ESP + OSTEMATRIX✹
Memang terbaik kepada ibu - ibu yang sedang hamil, sudah bersalin, berpantang, menyusu kan bayi sebab ESP dan OSTEMATRIX membekalkan keperluan kalsium yang berkali ganda daripada susu biasa. Gabungan yang terbaik juga untuk mengurangkan peratus anak anda kena jaundis bagi ibu menyusukan anak.

✹ESP DAN ALFALFA COMPLEX✹
(PAYUDARA ANJAL/ KACIP FATIMAH/ BASIC SET MILK BOOSTER)
Bukan sahaja untuk MILK BOOSTER, tetapi menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin, pengambilan yang berterusan akan membuatkan anak anda kenyang sentiasa, suami pun sayang.
PM UNTUK HARGA PALING TERBAIK !!!!!
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday 18 October 2013

Rawat dan Kecutkan Cyst dan Fibroid Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

APAKAH CYST?

Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.



Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.


APAKAH PUNCA FIBROID

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

SIMPTOM FIBROID

Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.


Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE


Testimoni #1


Testimoni #2


Nasihat Doktor :


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Wednesday 16 October 2013

Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Sperma dengan Vitamin Kesuburan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Punca kekurangan sperma

1. Perubatan.
  • Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
  • Jangkitan kuman
  • Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
  • Antibodi menyerang sperma
  • Tumor
  • Masalah testis (Undescended testical)
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kecacatan saluran yang membawa sperma
  • Kecacatan kromosom
  • Penyakit Celiac
  • Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal


2. Persekitaran
  • Kimia industri
  • Toksik
  • Radiasi atau x-ray
  • Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
  • Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)


3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.
  • Penyalah gunaan dadah
  • Ketagihan alkohol
  • Merokok
  • Stress
  • Berat Badan
Apakah simptom kekurangan sperma?

1. Masalah dalam hubungan seksual seperti kurang keinginan atau ejakulasi pramatang.

2. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis.

3. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.

4. Gagal mendapat anak selepas setahun mencuba.

Bagaimana menghasilkan sperma berkualiti?

Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:

1. Berhenti merokok

2. Elakkan alkohol

3. Elakkan penyalahgunaan dadah 

4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma

5. Dapatkan berat badan unggul

6. Kurangkan stress

7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain

Bolehkah masalah ini dirawat?

Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan suplemen kesuburan Shaklee seperti berikut:

Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

Zinc Complex
Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Vivix
Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Tuesday 15 October 2013

Set Suplemen Shaklee Untuk Kecantikan Kulit

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dalam Set Suplemen Kecantikan Kulit Shaklee?

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Testimoni yang telah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee ini?


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday 13 October 2013

Rawatan Hypertension/ Darah Tinggi Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Jantung merupakan alat pengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800, 000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) menghidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh nombor 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun menghidap darah tinggi.

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ni juga tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Mengubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik termasuklah:

  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok

VITAMIN CADANGAN
Penghidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat dan seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi penghidap darah tinggi. Bagaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. 

Penghidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan dan semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid.

  • VIVIX - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak/ memecahkan lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dilarang bagi penghidap hypertension. Walau bagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :

  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sangat tinggi
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dan sebagainya
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • Alkohol
  • Susu - susu baik untuk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh penghidap darah tinggi.


Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday 8 April 2013

Kenapa Kita Memerlukan Suplemen? Apa Kelebihan Suplemen Shaklee?

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Mengikut Dr Ray Strand, tiga (3) cara untuk kesihatan optimum adalah:
  1. Senaman yang konsisten
  2. Makanan seimbang
  3. Mengambil supplemen sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian
Tubuh badan kita memerlukan suplemen atas sebab-sebab seperti berikut:
  1. Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada apa yang diperolehi daripada makanan. Vitamin daripada pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  4. Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  8. Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
Justeru, amat penting bagi kita menjaga pemakanan dan mengamalkan aktiviti yang sihat.

Supplemen bukan alat untuk kita tidak mengamalkan pemakanan sihat. Ia adalah untuk MENYOKONG sebagai pelengkap kepada pemakanan kita.


Keletihan, kurang daya ingatan, dan pelbagai masalah kesihatan adalah berpunca dari kegagalan kita menyediakan nutrisi optimum buat tubuh kita. Vitamin bukan hanya untuk mereka yang sakit.


Di sini ingin dikongsikan suplemen Shaklee sebagai panduan bersama..

  • Penemuan hebat anti-penuaan selular
  • Melindungi dan memperbaiki sel DNA
  • Meningkatkan jangka hayat selular
  • Anti-kanser, anti-oksidan dan anti-inflamasi
  • Melindungi daripada penyakit jantung
  • Memperbaiki tekstur kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
  • Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang
  • Dijana oleh leucine
  • Membakar lemak dan mengekalkan otot
  • Cepat mengurangkan lemak badan
  • Minuman pengurusan berat badan berkesan
  • Peransang tenaga yang semulajadi dan selamat
  • Meningkatkan metabolism
  • Pilihan alternatif kepada kopi dan snek bergula untuk tenaga
  • Mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun
  • Melindungi dari jangkitan selsema, demam, viral, bakteria dan kanser
Vita-Lea Iron Formula
  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian 
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan 
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  • Penting bagi prosess pertumbuhan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan 
  • Melengkapkan nutrien yang kurang 
  • Membantu penyerapan zat dari makanan
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian vitamin B
  • Antioksidan semulajadi
  • Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan gigi, gusi, otot dan salur darah supaya sihat
  • Mengurangkan simptom elergi
  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan 
  • Membantu dalam penyerapan zat besi 
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka 
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan 
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema 
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replika DNA yang sihat
  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga 
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan 
  • Membantu kelancaran urat saraf 
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan 
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein 
  • Mengatasi rasa kebas dan sakit sendi 
  • Membanyakkan susu badan (bertindak sebagai milk booster)
  • Merendahkan kolestrol
  • Melambatkan proses penuaan pra-matang pada kulit
  • Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen bagi mengurangkan sakit jantung
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan 
  • Membantu dalam penyerapan oksigen 
  • Mencegah kanser
  • Mencegah kemusnahan vitamin A dan C 
  • Sebagai antioksidan
  • Untuk tulang dan gigi yang kuat
  • Mencegah kekejangan otot (cramp)
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menstabilkan denyutan jantung
  • Mengurangkan migrain
  • Membaiki stimulasi urat saraf
  • Mengurangkan simptom PMS, kembung, bengkak air dan kemurungan
  • Menyembuhkan luka
  • Terlibat dalam penghasilan insulin
  • Mengekalkan rangsangan bau dan rasa
  • Mengawal kelemumur
  • Menghalang rambut gugur
  • Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
  • Kesihatan prostat
  • Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ
  • Menggalakkan fungsi optimum otak
  • Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh
  • Menurunkan paras kolestrol dalam serum
  • Menolong mengeluarkan lemak dari sel untuk menurunkan berat badan
  • Bagus untuk rambut
  • Menegangkan dan melembutkan kulit
  • Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan
  • Menggalakkan sistem penghadaman secara sihat
  • Memberikan kesan lega pada perut
  • Melegakan sakit perut
  • Membantu tubuh dalam proses perkumuhan toksin
  • Digunakan secara tradisional untuk tonik hati
  • Menolong aliran hempedu
  • Melegakan batuk dan selsema
  • Membantu peredaran darah yang baik
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol 
  • Meningkatkan sistem imun
  • Sumber Vitamin A dari buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina
  • Menggalakkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan pertumbuhan tisu
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit
  • Membina semula sel yang rosak
  • Menguatkan imuniti badan
  • Membina sel darah putih
  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan  darah
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Mengurangkan risiko sakit jantung, kanser payudara, prostat, usus dan radang sendi
  • Membantu meningkatkan keselesaan sendi dan menyokong pergerakan
  • Mengekalkan sendi-sendi supaya kuat dan fleksibel
  • Mengurangkan simptom seperti kegatalan, bengkak, menggelupas, kekeringan dan sakit sendi
  • Berkesan untuk mengatasi kemurungan, kesakitan payudara dan masalah PMS
  • Membantu mengawal kencing manis dan berat badan dengan mengimbangi paras insulin dan menurunkan paras kolestrol.
  • Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  • Membekalkan tenaga 
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Membina sel-sel tubuh.
  • Membina ketahanan badan.
  • Menambah susu badan.
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
  • Pemakanan lengkap yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan 
  • Sumber yang rendah lemak dan rendah glycermic
  • Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  • Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. 
** Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]