Sembelit adalah gangguan pencernaan yang turut dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan kurang atau sukar membuang air besar.

Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan:

  • susu yang berlebihan
  • kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur
  • kurang minum air putih/ air masak
Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis. 
TIP MUDAH UNTUK MENGATASI SEMBELIT
  • Makan makanan yang kaya dengan serat
  • Minum air putih/ air masak dengan banyak
  • Kurangkan makanan segera (jajan, mee segera, hotdog, nugget)
  • Penyediaan makanan dengan cara yang bersih
  • Basuh tangan sebelum makan dan minum