Showing posts sorted by relevance for query esp. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query esp. Sort by date Show all posts

Friday 4 January 2013

Testimoni : ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee


Shaklee
"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Testimoni #1

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)


Testimoni #2

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)


Testimoni #3

Testimoni : ESP( Energizing Soy Protein Shaklee)

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Saturday 28 September 2013

Punca Badan Lemah,Letih,dan Cepat Mengantuk dan Cara Mengatasinya

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Antara punca badan lemah,letih dan cepat mengantuk dan cara mengatasinya:
  • Tidak cukup tidur - Setiap malam kita disarankan tidur 7-8jam.  Jadi tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga kita
  • Tidak cukup tenaga - Makan terlalu sedikit,diet keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah .Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah,anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan pagi -Mesti,mesti dan mesti wajib ambil SARAPAN PAGI! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya  tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga.
  • Kurang darah merah(anemia) - Di kalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh organ. Lemah,sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah simpton anemia. Pergi jumpa dokor jika anda mempunyai simpton-simpton tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan suplemen iron di klinik-klinik atau makan makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah dan juga kekacang.
  • Tekanan emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah,sakit kepala,hilang selera makan adalah simpton yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein - Kafein membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan kurang pengambilan air kosong sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja badan anda amat memerlukan air. Apabila anda dahaga itu bermakna anda dehidrasi.
Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu, tidak bermaya dan sakit-sakit tubuh adalah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Namun, gaya hidup yang sibuk agak menyukarkan anda melakukan dengan konsisten setiap hari. Justeru pengambilan SUPLEMEN adalah pilihan yang tepat.

Shaklee mencadangkan gabungan suplemen berikut bagi mengatasi masalah ini:

Dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal sihat.

B-COMPLEX
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

OSTEMATRIX
Supplemen kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Istimewanya ostematrix adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetapi juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian, kekurangan magnesium boleh mengganggu aktiviti elektrik dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?Magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebasan tenaga ke seluruh badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

ESP 
Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai di kalangan kita mengamalkan pengambilan ESP terutama ketika berpuasa.

PERFORMANCE DRINK
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan. Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang sesuai mengambil gabungan suplemen ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung,ibu menyusu,warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih,lesu,tidak bermaya,sakit-sakit badan,lenguh-lenguh badan
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibukdan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang hemoglobinnya rendah,kerana vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday 21 November 2013

[TESTIMONI] : Rawat Masalah Keputihan dan Sembelit dengan ESP dan Alfalfa Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Alhamdulillah, salah seorang customer telah berjaya mengatasi masalah keputihan dan sembelit yang dialami hanya dengan consume ESP & Alfalfa Shaklee... (",)



Kini anda boleh dapatkan ESP dan Alfalfa  Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday 12 December 2014

Cegah / Rawat Jeragat Dengan Suplemen Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan suplemen secara konsisten setiap hari membantu melengkapkan keperluan nutrisi seharian yang diperlukan tubuh badan untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan suplemen yang tepat dan bersifat semulajadi sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh badan. 

Dengan pengambilan suplemen Shaklee kesan dapat dilihat terhadap jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, tubuh juga semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

Bagi menghilangkan jeragat, pengambilan suplemen dan elemen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Vitamin C/ Collagen Powder

2.  Vitamin E
3.  Energizing Soy Protein (ESP)
4   Air Putih

Vitamin C/ Collagen Powder

Pengambilan Vitamin C/ Collagen Powder setiap hari secara konsisten dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan menghilangkan jeragat. 
Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

Vitamin E

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soy Protein (ESP) juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Air Putih/ Air Masak

Air putih/ air masak sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari suplemen yang diambil dan juga makanan yang diterima oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.

Jadi minumlah air putih/ air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.

Suplemen Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Suplemen yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. 


Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Friday 18 October 2013

    Soal Jawab Collagen Powder Shaklee

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
    1. Apa kandungan collagen shaklee? 
    2. Apa istimewanya collagen shaklee?
    3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
    4. Tahan berapa lama colalgen shaklee
    5. Macam mana aturan makan colalgen shaklee
    6. Berapa harga collagen shaklee
    7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
    8. Macam mana rasa collagen shaklee?
    9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
    10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

    JAWAPAN BAGI SETIAP PERSOALAN

    1. Apa kandungan collagen shaklee? 

    Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu:
    • Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
    • Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal
    • Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
    • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata
    • Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas
    • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 
    2. Apa istimewanya collagen shaklee?

    Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

    3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil?

    Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

    4. Tahan berapa lama collagen shaklee?

    Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

    5. Macam mana aturan makan collagen shaklee?

    Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
    • jus twister tropicana + collagen 
    • Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
    • any fruit juice  + collagen
    Anda bebas untuk campurkan collagen dengan mana2 minuman untuk rasa lebih SEDAP!!!

    6. Berapa harga collagen shaklee?

    Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

    7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?

    Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
    • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
    • Gusi yang tidak sihat
    • Rambut kering dan bercabang di hujung
    • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
    • Garis halus pada leher
    • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
    • Payudara dan punggung kelenturan
    • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
    • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
    8. Macam mana rasa collagen shaklee?

    Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

    9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 

    Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

    10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

    Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari  berturut2 jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Macam mana nk beli collagen powder? Hubungi saya menerusi:



    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Thursday 4 July 2013

    Set Kurus/ Slimming Set Shaklee Dengan Harga Istimewa


    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
    Set kurus Shaklee bertindak melalui tiga cara iaitu:
    1. Detox
    2. Bakar atau pemecah lemak
    3. Protein - Bina otot dan tingkatkan metabolisma
    **Set ini bukan sahaja membantu mencapai impian untuk kuruskan badan, malah ianya juga menjadikan kulit wajah lebih sihat dan berseri, serta meningkatkan tenaga dan kesihatan. 

    DETOX

    • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih, baru la badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
    • Alfafa -  bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
    BAKAR ATAU PEMECAH LEMAK
    • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh. 
    • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan
    PROTEIN
    • Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan café latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan TIDAK menggeleber setelah berat badan turun. 
    • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan TIDAK menggeleber setelah berat badan turun
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Tuesday 6 November 2012

    Meal Shakes Shaklee

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


    Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk keperluan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi ; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi (selepas 1 tahun) hinggalah ke peringkat dewasa. Meal Shakes mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

    MANFAAT UTAMA

    • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
    • Kaya protein - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain anggota dalaman yang terbina daripada sel.
    • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.
    • Antioksida - memgandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
    • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih sihat.
    • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus.

    SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL MEALSHAKES

    Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mengambil MealShakes kerana MealShakes bukanlah ubat tetapi ianya makanan tambahan dalam bentuk susu yang lengkap dengan khasiat, dan rasanya vanilanya juga lazat. Namun demikian, individu-individu di bawah ini disarankan untuk mengambil MealShakes untuk kesihatan yang lebih optimum.

    • Kanak-kanak yang kurang berat badan, memilih makan atau tidak mahu makan makanan berkhasiat.
    • Kanak-kanak yang mudah diserang jangkitan seperti demam, selesema dan batuk.
    • Kanak-kanak yang tidak fokus dalam aktiviti pembelajaran (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
    • Kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman dan sembelit.
    • Kanak-kanak yang menghidap asthma dan alergi (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
    • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
    • Ibu mengandung yang mengalami morningsickness atau tidak lalu makan.
    • Ibu mengandung dan menyusu yang berpuasa.
    • Orang dewasa yang tidak sempat bersarapan dengan makanan berkhasiat.
    • Orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan (disarankan ambil bersama Vita-lea dan B-Complex)
    • Orang dewasa yang melakukan kerja-kerja berat, tidak memenuhi jadual makan yang betul atau terlalu sibuk (disarankan ambil Set Mighty 3 Gems -MealShakes, ESP dan Performance Drink)
    • Orang dewasa yang baru pulih daripada sakit (Set Mighty 3 Gems)
    • Orang tua yang uzur, sakit, susah mengunyah dan tiada selera makan

    Nota: MealShakes hanyalah makanan tambahan. Pastikan anak anda makan makanan berat sekurang-kurangnya 3kali sehari dan barulah ditambah dengan memberi mereka MealShakes. MealShakes tidak berperanan menggantikan semua hidangan makanan dalam diet harian anda.

    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


     COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN ]