"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Kolagen sekarang hangat di pasaran. Pasaran online mahupun offline, di pasar malam pun orang jual kolagen. Tapi tahukah anda, bagaimana hendak memilih kolagen yang betul? Kolagen yang berkualiti tinggi biasanya mahal harganya sesuai dengan kualitinya.
Bagaimana nak pilih kolagen yang bagus? Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri ada 3 ciri khas dalam pemilihan kolagen.
1. SUMBER KOLAGEN
Untuk pengetahuan, terdapat lebih dari 20 jenis kolagen kesemuanya dalam badan. Jenis 1 dan 3 untuk kulit, jenis 2 untuk sendi dan tulang manakala jenis 7 untuk organ dalaman. Jika kita makan kolagen dari sumber lembu (bovine) kita hanya dapat kebaikan kolagen jenis 2 yang hanya bagus untuk sendi dan bukan untuk kecantikan. Jadi amatlah penting untuk mendapatkan kolagen dari sumber ikan tertentu yang dapat membekalkan badan dengan jenis kolagen 1,2,3 dan 7 kerana kesemua jenis kolagen ini akan membantu untuk menjaga kecantikan kulit, keutuhan sendi dan kesihatan dalaman.
Kolagen adalah sejenis protein di mana strukturnya besar dan tidak dapat diserap oleh dinding begitu sahaja apabila dimakan. Jika mengambil kolagen biasa, ia akan dihadam di dalam perut dan diuraikan kepada molekul asid amino yang halus sehingga tidak dapat digunapakai oleh badan untuk membentuk struktur kolagen semula di dalam darah. Oleh itu adalah penting memilih kolagen yang size molekulnya kecil iaitu ke tahap peptida (bukan asid amino) sebelum dimakan. Saiz kolagen boleh dikenalpasti melalui saiz dalton. lagi rendah saiz dalton, lagi kecil molekulnya.
3. JUMLAH PENGAMBILAN KOLAGEN SETIAP HARI
Badan manusia memerlukan 4-5gm kolagen setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan. Selalunya produk kolagen yang dijual pada harga yang murah cuma mengandungi 0.1gm kolagen pada setiap hidangan dan ini tentu tidak mencukupi. Jadi, pastikan anda bukan sahaja mengamalkan kolagen tetapi apa yang penting anda mengamalkan kolagen pada jumlah yang betul.
KOLAGEN SHAKLEE memenuhi kesemua kriteria yang disebut di atas. Kolagen Shaklee diperbuat dari sumber kolagen yang lasak iaitu dari sisik ikan merah yang hidup secara bebas di lautan sedalam 5000m. Ianya 60% lebih asli berbanding bovine collagen. Jisim molekulnya juga rendah iaitu 1000 dalton memudahkan penyerapan dalam perut. Bukan itu sahaja, kolagen Shaklee lebih dari sekadar kolagen dengan campuran tujuh bahan lain yang digabungkan bersama iaitu ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kulit kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B2 dan B6.
Kolagen shaklee juga baik untuk sendi kerana ia menyokong pembentukan tisu penyambung dimana ia mengandungi glukosamin (daripada ekstrak kulit kerangan laut) yang bertindak sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
Apa yang menarik, SHAKLEE memberi jaminan bahawa keberkesanan penggunaan dapat dilihat dalam 8 minggu melalui ujian klinikal yang telah dijalankan. Mudah untuk diminum kerana ia disediakan dalam bentuk sachet. Hanya campuran ke dalam mana-mana minuman kegemaran dan sedia untuk diminum.
Nak lihat keberkesanan Collagen Powder Shaklee? Klik koleksi testimoni pengguna di sini.
0 comments:
Post a Comment