"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Jeragat atau hyperpigmentation atau nama medikalnya Melasma adalah masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia.Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan
Punca melasma (jeragat)
- Kerap berada di bawah cahaya matahari terik (UV matahari)
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang
- Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
- Faktor keturunan.
"Faktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”
- Stress atau tidak cukup tidur
Tips/ Petua Tradisional Atasi Masalah Jeragat
Antara rawatan atau petua-petua tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan pada jeragat. Biarkannya sekejap (dalam tempoh masa 5 minit pun mencukupi) dan bilas hingga bersih dengan air suam.
Petua 2 : Rendamkan tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda. Tunggu sehingga tisu kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka seperti biasa.
Petua 3 : Gosokkan sireh muda yang disimpan dalam peti sejuk semalaman di tempat-tempat yang ada jeragat.
Petua 4 : Buat scrub sendiri. Ambil sedikit daun betik, segenggam beras (yang telah direndamkan semalaman), air dan sedikit kulit kayu manis dan ditumbuk lumat atau kisar halus. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan ia kering. Kemudiannya, lembabkan muka (boleh spraykan sedikit air kat muka), gosok dan kemudiannya bilas hingga bersih.
Petua 5 : Gosokkan muka dengan hampas kelapa. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit dan bilas.
Boleh juga amalkan pengambilan suplemen Shaklee untuk membantu atasi masalah jeragat dengan lebih berkesan.
Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang".
0 comments:
Post a Comment