Monday, 14 October 2013

Antara Tanda Awal Kehamilan




1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kejang
Memang kejang akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. 

10. Mengidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan suhu tubuh badan
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!!!


kredit: http://www.momschoice.com.my

Selepas disahkan hamil ibu-ibu semua digalakkan untuk membaca bagi mengetahui tips-tips ibu hamil dijauhi penyakit. Sila klik entri ini.


Untuk mengetahui Set Suplemen Kesuburan Shaklee sila klik di sini


Untuk mengetahui 
Set Suplemen Kehamilan, Berpantang dan Menyusu Shaklee sila klik di sini


@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday, 13 October 2013

Rawatan Hypertension/ Darah Tinggi Dengan Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Jantung merupakan alat pengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800, 000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) menghidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh nombor 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun menghidap darah tinggi.

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ni juga tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Mengubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik termasuklah:

  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok

VITAMIN CADANGAN
Penghidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat dan seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi penghidap darah tinggi. Bagaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. 

Penghidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan dan semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid.

  • VIVIX - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak/ memecahkan lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dilarang bagi penghidap hypertension. Walau bagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :

  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sangat tinggi
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dan sebagainya
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • Alkohol
  • Susu - susu baik untuk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh penghidap darah tinggi.


Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Friday, 11 October 2013

Soal Jawab Perniagaan/ Business Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apakah Shaklee?

Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55 tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

Adakah Shaklee halal?

Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM.

Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?

Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM65 + RM10 untuk pos starter kit Shaklee (Semenanjung) / RM65 + RM20 untuk pos starter kit Shaklee (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk +caj pos RM10 (S'jung)/RM20(Sabah & Sarawak)
3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)

Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?

Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara percuma untuk seumur hidup
Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?

Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal (ianya seumur hidup)

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?

Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?

Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati cashback. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :

1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan
2. Belian melalui email 
3. Pesanan melalui fax
4. Pesanan melalui panggilan telefon
5. Pesanan secara online
* Bagi cara 2, 3, 4 & 5 produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)

Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?

Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?

Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?

Jika anda mempunyai akaun Maybank, bonus akan dikreditkan terus ke akaun anda pada 13/14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank, Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.

Adakah ganjaran lain selain tunai?

Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention

1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :

# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car

# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention


Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:

i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :

1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.

Jika saya menyertai Shaklee Golden Empire (SGE), adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?

Tidak. Di Shaklee Golden Empire (SGE),  kami menjalankan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. 

Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4-5 angka?

Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.

Perlukah saya mencari downlines?

Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau. 

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Thursday, 10 October 2013

Awet Muda Dengan Collagen Powder Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Apakah kolagen?
  • Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Kolagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan serta mengekalkan badan yang muda, anti penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan 
Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen. Kolagen melindungi organ, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain. Kornea mata juga adalah kolagen. 80% daripada tulang adalah kolagen 

Tanda-tanda dan kesan kekurangan kolagen dalam tubuh: 
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eye bag), penglihatan kabur
  • Gusi yang tidak sihat 
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kuku mudah pecah, pudar dan kekuningan
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua drpd umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dgn berkesan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi 
Kolagen shaklee daripada sisik ikan merah, kenapa?
  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak. 
  • Ciri-ciri lain termasuklah:
    • sangat lasak dan elastik
    • kepaduan sel yang sangat tinggi
    • tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan 
    • jisim molekul yang sangat rendah 
    • boleh diserap dengan berkesan di dalam usus

Kolagen shaklee mengandungi 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen yang membantu keanjalan, penghidratan dan antioksidan



  1. Kolagen ikan - membekalkan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  2. Ekstrak kulit kerangan laut - mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata 
  3. Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  4. Ekstrak biji camellia japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
  5. Ekstrak pfaffia - diguna secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin
  6. Vit C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
  7. Vit B2, B6 - bergabung dgn karbohidrat, lemak dan metabolisma protein utk membekalkan tenaga yg penting dlm proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Saturday, 28 September 2013

Peluang Menjana Pendapatan/ Side Income Bersama Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


✘Gaji sedia ada tak mencukupi?
✘KOS Perbelanjaan semakin bertambah??
✘Menganggur tiada Pekerjaan
✘Suri Rumah yang mahu membuat side income??
✘Mencari bisness sampingan??
✘Mahu Bercuti Bersama Keluarga secara Percuma??
✘Membeli HARTA seperti rumah dan Kereta dengan tajaan??

PENGEDAR SAH SHAKLEE diperlukan di seluruh MALAYSIA sama ada secara PART TIME/FULL TIME.

Hanya bermodalkan RM65 untuk pendaftaran ahli & business starter kit, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee:

Ganjaran tunai (CASH)
° Bonus peribadi sehingga 21%
° Leadership bonus sehingga 6 level
° Insentif Coordinator sehingga 1.5%

Program kereta (CAR)
° Insentif wang tunai untuk pembayaran kereta atau suka hati andalah nak buat apa dengan wang tunai itu

Percutian (CONVENTION)
° Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee di dalam dan luar negara
° Berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim membawa bersama ahli keluarga; ibubapa, anak-anak dan saudara-mara

How the Shaklee Business Works: https://www.youtube.com/watch?v=xHrTzbFsRRk

Keratan Akhbar:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan

Dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, bisnes Shaklee adalah pilihan yang terbaik.

Shaklee is:
✐ The PERFECT Industry
✐ The PERFECT Time
✐ The PERFECT Company
✐ The PERFECT Product

Choosing the RIGHT COMPANY is more IMPORTANT than your EFFORT, choosing the RIGHT TEAM will bring you to the TOP!!!

Dengan menyertai kami anda akan diberikan:

✰ Online/Offline coaching SECARA BERTERUSAN
✰ Info-info penting tentang bisness Shaklee. Know the rule, win the game
✰ RAHSIA menjana pendapatan secara online bersama Shaklee

✘ Anda TIDAK perlu mengeluarkan modal membeli barang pelanggan.
✘ Anda TIDAK perlu menyimpan stok.
✔Anda CUMA perlu bertindak segera.
Kerana mereka yang mahu BERJAYA adalah orang yang bertindak SEGERA!

Sertai kami SEKARANG!!!!

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Punca Badan Lemah,Letih,dan Cepat Mengantuk dan Cara Mengatasinya

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Antara punca badan lemah,letih dan cepat mengantuk dan cara mengatasinya:
  • Tidak cukup tidur - Setiap malam kita disarankan tidur 7-8jam.  Jadi tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga kita
  • Tidak cukup tenaga - Makan terlalu sedikit,diet keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah .Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah,anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan pagi -Mesti,mesti dan mesti wajib ambil SARAPAN PAGI! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya  tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga.
  • Kurang darah merah(anemia) - Di kalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh organ. Lemah,sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah simpton anemia. Pergi jumpa dokor jika anda mempunyai simpton-simpton tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan suplemen iron di klinik-klinik atau makan makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah dan juga kekacang.
  • Tekanan emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah,sakit kepala,hilang selera makan adalah simpton yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein - Kafein membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan kurang pengambilan air kosong sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja badan anda amat memerlukan air. Apabila anda dahaga itu bermakna anda dehidrasi.
Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu, tidak bermaya dan sakit-sakit tubuh adalah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Namun, gaya hidup yang sibuk agak menyukarkan anda melakukan dengan konsisten setiap hari. Justeru pengambilan SUPLEMEN adalah pilihan yang tepat.

Shaklee mencadangkan gabungan suplemen berikut bagi mengatasi masalah ini:

Dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal sihat.

B-COMPLEX
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

OSTEMATRIX
Supplemen kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Istimewanya ostematrix adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetapi juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian, kekurangan magnesium boleh mengganggu aktiviti elektrik dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?Magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebasan tenaga ke seluruh badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

ESP 
Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai di kalangan kita mengamalkan pengambilan ESP terutama ketika berpuasa.

PERFORMANCE DRINK
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan. Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang sesuai mengambil gabungan suplemen ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung,ibu menyusu,warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih,lesu,tidak bermaya,sakit-sakit badan,lenguh-lenguh badan
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibukdan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang hemoglobinnya rendah,kerana vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Monday, 23 September 2013

Cara Mudah Menentukan Masa/ Waktu Subur


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku.....

1. Perubahan mukus serviks. 

Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

2. Sakit pinggang. 
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka

3. Rasa seksi dan suka memikat.
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

4. Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! 
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

5. Bau yang membuat lelaki gila.
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

sumber: babycenter.com

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Checklist Susu Ibu Berkurang


"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"



Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

  1. Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
  2. Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini. 
  3. Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.
Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ke tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?
Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.

4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.


Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

  • Menyusu secara direct dengan lebih kerap
  • Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
  • Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
  • Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
  • Buat urutan payudara dan breast compression. 
  • Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
  • Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil suplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]