Wednesday, 17 December 2014

Kelebihan dan Kehebatan VIVIX Shaklee Sebagai Suplemen Harian

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

VIVIX Shaklee merupakan produk suplemen Shaklee yang paling ‘Premium’ dan sangat hebat sehingga digelar sebagai “Tonik Ajaib" yang amat membantu pesakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain masalah kesihatan.


KENAPA PERLU AMBIL VIVIX SHAKLEE?

Setiap hari sel badan kita mengalami risiko teroksida disebabkan pemakanan seharian, lebih-lebih lagi jika mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Apabila gula dan protein bergabung, ia akan menyebabkan pengoksidaan sel badan atau AGE,atau ayat panjangnya Advanced Glycation End-Product. AGE adalah situasi di mana sel badan kita akan menjadi ‘keras’ dan kurang daya serapan justeru lebih cepat rosak.

Analogi mudah sebagai contoh untuk memahami konsep sel badan teroksida adalah seperti besi yang berkarat. Bila besi berkarat, besi itu rosak, rapuh dan tak berguna lagi. Akhirnya kena buang, betul tak?

Begitu juga sel dalam badan kita. Jika teroksida, sel badan kita akan rosak dan menjadi tidak berguna yang akan menyebabkan penyakit di dalam badan.

VIVIX Shaklee merupakan suplemen yang penting untuk diambil kerana ia melindungi sel badan dari ‘berkarat’ atau rosak. Sel badan yang ‘berkarat’ atau rosak ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi atau kanser.

Sejak muda lagi aktiviti ‘pengaratan’ ini mula berjalan disebabkan amalan pemakanan yang kurang sihat.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERFUNGSI?

VIVI Shaklee memainkan peranan penting untuk melindungi sel badan dari ‘karat’ teruk. Ia mengandungi resveratrol, iaitu sejenis bahan yang mengelakkan AGE atau ‘proses pengkaratan’ sel dalam tubuh.

Pengambilan VIVIX Shaklee bukan hanya untuk warga emas atau pesakit kronik sahaja. VIVIX Shaklee merupakan suplemen yang membantu kita mencegah kerosakan sel sekiranya diambil sebagai suplemen utama seharian.

Berikut merupakan secara ringkas bagaimana VIVIX Shaklee berfungsi:

1. Meningkatkan Ketahanan Sel Badan

Kajian klinikal membuktikan bahawa VIVIX Shaklee mampu menumpulkan biological stress response yang menyebabkan penuaan sel.


2. Meningkatkan Penghasilan Tenaga

Dalam kajian makmal, ramuan utama dalam VIVIX Shaklee menunjukkan kemampuan untuk meningkatkan penghasilan tenaga pada peringkat sel yang kebiasaannya menurun apabila kita semakin tua.


3. Melindungi dan Membaiki Sel

Kajian membuktikan ramuan yang terdapat dalam VIVIX Shaklee boleh melindungi dan membaiki DNA sel yang setiap hari berhadapan dengan radikal bebas daripada persekitaran kita seharian.


4. Menghalang Pembentukan Protein AGE

Kandungan VIVIX Shaklee terbukti melalui kajian klinikal, mampu mengaktifkan genetic regulator dan memperlahankan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan sel.


CARA PENGAMBILAN VIVIX SHAKLEE

VIVIX Shaklee hanya perlu diambil sehari sekali sebanyak satu sudu teh. Walaupun satu sudu teh kelihatan sikit, tapi khasiat dan kelebihannya tersangat hebat.


BERKESAN KE VIVIX SHAKLEE?

Ramai yang memberikan respon yang positif setalah mengamalkan pengambilan VIVIX Shaklee, terutamanya daripada bekas pesakit kencing manis (diabetes). Koleksi testimoni VIVIX Shaklee di sini –> Koleksi Testimoni Vivix Shaklee.



Kini anda boleh dapatkan VIVIX Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
    @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

    Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


    Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
    COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

    Saturday, 13 December 2014

    Tips/ Petua Tradisional Atasi Masalah Jeragat

    "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

    Jeragat atau hyperpigmentation atau nama medikalnya Melasma adalah masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia.

    Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan

    Punca melasma (jeragat)

    • Kerap berada di bawah cahaya matahari terik (UV matahari)
    • Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang
    • Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
    • Faktor keturunan.

    "Faktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”
    • Stress atau tidak cukup tidur
    Tips/ Petua Tradisional Atasi Masalah Jeragat

    Antara rawatan atau petua-petua tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

    Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan pada jeragat. Biarkannya sekejap (dalam tempoh masa 5 minit pun mencukupi) dan bilas hingga bersih dengan air suam.

    Petua 2 : Rendamkan tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda. Tunggu sehingga tisu kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka seperti biasa.

    Petua 3 : Gosokkan sireh muda yang disimpan dalam peti sejuk semalaman di tempat-tempat yang ada jeragat.

    Petua 4 : Buat scrub sendiri. Ambil sedikit daun betik, segenggam beras (yang telah direndamkan semalaman), air dan sedikit kulit kayu manis dan ditumbuk lumat atau kisar halus. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan ia kering. Kemudiannya, lembabkan muka (boleh spraykan sedikit air kat muka), gosok dan kemudiannya bilas hingga bersih.


    Petua 5 : Gosokkan muka dengan hampas kelapa. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit dan bilas.

    Boleh juga amalkan pengambilan suplemen Shaklee untuk membantu atasi masalah jeragat dengan lebih berkesan.




    Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
      @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

      Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


      Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
      COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

      Friday, 12 December 2014

      Cegah / Rawat Jeragat Dengan Suplemen Shaklee

      "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"
      Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

      Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

      Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan suplemen secara konsisten setiap hari membantu melengkapkan keperluan nutrisi seharian yang diperlukan tubuh badan untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan suplemen yang tepat dan bersifat semulajadi sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh badan. 

      Dengan pengambilan suplemen Shaklee kesan dapat dilihat terhadap jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, tubuh juga semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

      Bagi menghilangkan jeragat, pengambilan suplemen dan elemen yang diperlukan adalah seperti berikut:

      1.  Vitamin C/ Collagen Powder

      2.  Vitamin E
      3.  Energizing Soy Protein (ESP)
      4   Air Putih

      Vitamin C/ Collagen Powder

      Pengambilan Vitamin C/ Collagen Powder setiap hari secara konsisten dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan menghilangkan jeragat. 
      Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

      Vitamin E

      Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

      Energizing Soy Protein (ESP)
      Energizing Soy Protein (ESP) juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

      Air Putih/ Air Masak

      Air putih/ air masak sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari suplemen yang diambil dan juga makanan yang diterima oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.

      Jadi minumlah air putih/ air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.

      Suplemen Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Suplemen yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. 


      Kini anda boleh dapatkan Set Jeragat Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
        @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

        Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


        Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
        COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

        Tuesday, 9 December 2014

        Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Berumur Bawah Dua Tahun

        "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

        Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.



        Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli di farmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk).


        Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia. 

        Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.

        Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi
        • Berikan satu sudu madu dan air suam kepada kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
        • Bagi bayi selsema berusia satu tahun hingga dua tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
        • Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang.
        • Campurkan sedikit Vicks Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap Vicks Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby Balsam diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja)
        • Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui  najis.
        • Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil suplemen tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi ibu dan bayi seperti, Nutriferon ShakleeVita-CVita-Lea dan Omega Guard
        ANTARA SUPLEMEN SHAKLEE YANG
        MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN 


        Kini anda boleh dapatkan Suplemen Shaklee Tingkatkan Imun Ibu & Bayi secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
          @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@


          Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


          Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
          COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

          Sunday, 7 December 2014

          Petua Tradisional Bagi Bayi Selsema, Batuk dan Demam

          "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

          PETUA SELESEMA DAN BATUK BAYI BAWAH DUA TAHUN

          1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
          2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
          3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
          4. Sediakan sup ayam
          5. Sapukan Vicks Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
          6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
          7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
          8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.
          PETUA BAYI DEMAM BAWAH DUA TAHUN
          1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
          2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
          3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga
          Ibu yang menyusukan bayi selsema, batu dan demam juga boleh mengambil suplemen tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi ibu dan bayi seperti, Nutriferon ShakleeVita-CVita-Lea dan Omega Guard

          ANTARA VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE YANG
          MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN

          Kini anda boleh dapatkan Suplemen Shaklee Tingkatkan Imun Ibu & Bayi secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 


          Bagi kanak-kanak yang telah berumur setahun ke atas boleh amalkan pengambilan Meal Shakes (Multivitamin) dan Chewable Vit C bagi meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan gejala terkena Selsema, Batuk dan Demam.

          Kini anda boleh dapatkan Suplemen Kanak-Kanak Shaklee  secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 

            @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

            Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


            Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
            COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

            Apa itu Resveratrol???

            "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


            Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Seperti yang telah dijelaskan dalam entry tentang kelebihan dan kehebatan VIVIX Shaklee, Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.

            Mengikut kajial klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

            Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

            KANDUNGAN RESVERATROL DAN ANGGUR MUSCADINE


            Anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratrol berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana apabila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ingin teruskan hidupnya, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding anggur spesies yang lain.

            Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Oleh itu, kita boleh lihat kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

            Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM100.

            CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK DAPATKAN KHASIAT RESVERATROL

            Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan VIVIX Shaklee yang berbentuk cecair dan boleh diminum.


            Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

            PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN RESVERATROL

            Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

            Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang inginkan sentiasa kelihatan awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan VIVIX Shaklee boleh membantu kita semua untuk merasa lebih muda 25 tahun daripada usia sebenar!

            Kini anda boleh dapatkan VIVIX Shaklee secara online. Klik ikon "Tempah Sekarang". 
              @@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

              Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


              Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
              COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]