Tuesday 5 November 2013

Kandungan, Manfaat/Kelebihan, Kebaikan Serta Testimoni Alfalfa Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

ALFALFA dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Secara ringkas alfalfa digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, keputihan di kalangan wanita, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Apakah kebaikan ALFALFA untuk lelaki dan wanita?

Kelebihan dan khasiat AlfalfaShaklee untuk lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu
Apakah perbezaan ALFALFA Shaklee dengan produk lain?
  • diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yang kaya dengan pelbagai jenis zat.
  • ditanam tanpa pestisid(racun serangga), racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
  • akar tunjangnya mengunjur sedalam 6m ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam tanah. 
  • tiada silica gel (tanda ia adalah vitamin organik bukan sintetik/tiruan)
Apakah kandungan ALFALFA SHAKLEE?

ALFALFA mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti berikut:

VITAMIN di dalam Alfalfa Shaklee:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin B1 - membantu tumbesaran, memmbantu proses penghadaman terutamanya bagi karbohidrat.  Ia juga membantu meningkatkan kesihatan mental serta mengekalkan fungsi normal bagi sistem saraf,  otot dan jantung.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin C - membantu menurunkan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan badan, laksatif semulajadi, mengurangkan reaksi alahan serta membantu penyerapan mineral lain.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


MINERAL di dalam Alfalfa Shaklee:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Berikut pula merupakan testimoni Alfalfa Shaklee:

Testimoni #1: Alfalfa sebagai penggalak susu


Testimoni #2: Alfalfa sebgai 'kacip fatimah'




Testimoni 3 dan 4 : Alfalfa untuk merawat keputihan yang teruk






AMARAN: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.. Apa itu SLE? 

AWAS!!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di pasaran adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Kini anda boleh dapatkan Alfalfa Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

EPO Shaklee : GLA Complex Shaklee dan Testimoni GLA Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

 Apakah GLA?


GLA atau nama panjangnya gamma-linolenik asid adalah asid lemak omega 6 yang paling terkenal.  GLA boleh didapati di dalam susu ibu dan dalam biji primrose, borage dan buah blackcurrent. GLA adalah perlu untuk kesihatan manusia, tetapi badan boleh tidak boleh menghasilkan GLA. Jadi anda perlu mendapatkan sumber GLA melalui makanan. GLA membantu merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan.

Kandungan GLA SHAKLEE?

GLA complex Shaklee diperbuat dari borage (sejenis bunga) yang mengandungi GLA yang tinggi dan mudah diserap tubuh. Ia juga mengandungi minyak biji bunga matahari (sunflower seed oil), iaitu sumber asid lemak Omega-6. GLA Complex Shaklee dilengkapi dengan Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu menguatkan sel. Tiada perasa dan pewarna tiruan serta pengawet digunakan dalam menghasilkan GLA Shaklee. Setiap botol GLA Shaklee mengandung 60 kapsul GLA dengan kandungan dalam setiap kapsul adalah seperti berikut:
  • Vitamin E - 15 IU
  • GLA dari minyak Borage  - 90mg
  • Linoleic Acid (dari biji bunga matahari dan minyak borage ) - 216mg 
Beberapa penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa GLAberguna untuk keadan-keadaan berikut:

1. Neuropati diabetes

Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil asid gamma linolenik (GLA) selama 6 bulan atau lebih boleh mengurangkan gejala sakit saraf pada orang dengan neuropati diabetes. Orang yang mempunyai kawalan gula darah yang baik mungkin mendapati GLA lebih berkesan daripada mereka yang mempunyai kawalan gula darah yang lemah.

2. Kanser payudara

Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (ubat yang digunakan untuk merawat kanser payudara sensitif estrogen) daripada orang-orang yang hanya mengambil tamoxifen.

3. Ekzema

Beberapa kajian yang mengkaji orang-orang yang mengambil minyak primrose selama 16 - 24 minggu mendapati tiada peningkatan dalam gejala ekzema.

4. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)

Terdapat beberapa bukti awal bahawa GLA boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan omega-3 asid lemak asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), yang ditemui dalam minyak ikan. Dalam satu kajian, lelaki dengan tekanan darah tinggi pertengahan yang mengambil 6g minyak blackcurrant mempunyai pengurangan dalam tekanan darah diastolik berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

Satu lagi kajian diperiksa orang dengan claudication sekejap sakit di kaki ketika berjalan yang disebabkan oleh tersumbat dalam saluran darah. Mereka yang mengambil GLA digabungkan dengan EPA mempunyai pengurangan dalam tekanan darah sistolik berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

Perbezaan GLA SHAKLEE dan EPO dari produk lain: 
  • Istimewanya GLA Shaklee adalah kandungan GLA nya adalah sebanyak 15% - 20%. Berbanding dalam EPO hanya mengandungi 8% - 10% GLA.
  • GLA shaklee diperbuat dari borage oil. Sudah tentu ianya lagi berkesan dari EPO kerana kandungan GLA dalamnya adalah lebih tinggi.
  • Minyak borage lebih tinggi dua kali ganda dari primrose dan 50% lebih tinggi dari blackcurrant
  • EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya pembentukan sel-sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak. 
  • Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan dan gabungan ke dalam sel dan tisu
  • Dilindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti–oksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran 
Siapa yang memerlukan GLA Shaklee?
  • Ekzema - GLA dapat memberi kelembapan pada kulit dan 'melembutkan' ekzema.
  • Masalah kulit lain seperti jerawat, kulit kering dan sebagainya - GLA membantu memberikan keseimbangan hormon
  • Mereka yang mengalami dysmenorrhea ataupun senggugut. Dysmenohrrhea ini ditakrifkan sebagai rasa sakit ataupun kejang ketika datang haid. Ini disebabkan contraction dibahagian uterus yang diakibatkan oleh penghasilan prostaglandin. Pengambilan GLA yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang. Pengambilan GLA bersama dengan B-complex, Omega-3, Garlic dan Ostematrix dapat membantu mengatasi masalah ini dengan lebih cepat.
  • Pesakit arthritis rhematoid
  • Wanita yang menghadapi PMS. Adakah anda perasan satu perasaan yang pelik sering berlaku pada diri anda atau isteri anda (bagi lelaki) apabila hampir datang bulan ataupun diwaktu bendera merah hampir dikibarkan. Pada waktu begini wanita akan mudah naik angin tidak tentu pasal, sensitive, sedih dan bersifat negative. Dianggarkan 40% daripada wanita mengalami PMS. Simptom ini terjadi di antara proses ovulasi dan pendarahan. Simptom akan hilang sebaik sahaja pendarahan bermula atau selepas 2-3 hari pendarahan.
  • Mereka yang menghadapi kencing manis. Salah satu komplikasi kecing manis adalah rasa kebas yang melampau atau lebih dikenali sebagai neuropati diabetes. Pernahkah anda berdepan dengan pesakit diabetes yang kadang terlupa untuk memakai kasut ketika menjalani aktiviti harian seperti pergi ke kedai. Ini disebabkan oleh rasa kebas yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasa sakit, sejuk ataupun panas. Ini disebabkan oleh kegagalan pada sistem saraf motor. Kekurangan GLA menyebabkan masalah pada sarung yang menutupi saraf (iaitu sarung meilin) dan mengurangkan aliran darah. Oleh yang demikian pengambilan GLA dapat membantu pesakit diabetis mengatasi dan mengurangkan derita yang ditanggung. Penambahan zinc juga penting untuk meningkatkan system imun dan juga alfafa.
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan. Ini kerana GLA dapat bertindak dengan asid lemak bagi mengelakkan pembentukan sel lemak, yang menyumbang kepada bertambahan berat badan. Pengambilan GLA sebelum tidur berupaya membantu pemecahan lemak ketika tidur. Pengambilan GLA bersama lecithin boleh mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan secara sihat dan selamat.
  • Mereka yang menghadapi masalah period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit dan yang inginkan kelihatan awet muda. Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang amat menarik minat dan perhatian anda semua. Ada dua pekara yang tidak boleh diubati iaitu mati dan tua. Tetapi tahukah anda, anda boleh melambatkan proses penuaan melalui pengambilan nutrien yang betul dan mencukupi dalam diet anda. Pengambilan GLA bersama dengan protein, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Beta-carotene dan Zinc secara berterusan boleh membantu kita kelihatan muda daripada usia sebenar kita. kita bukan sahaja kelihatan muda, segak dan bergaya bahkan lebih sihat
  • Mereka yang mengalami hypertension. Ini kerana GLA boleh menurunkan tahap kolestrol jahat dalam darah iaitu LDL ( low density lipoprotein). LDL ini menyebabkan penimbunan kolestrol pada salur darah. Ini menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menyebabkan anda mengalami hypertension. Dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
  • Mereka yang hamil dan menyusukan anak. Seperti yang diterangkan di atas, GLA memainkan peranan penting dalam mengatur hormon, iaitu melalui pembentukan prostaglandin. Oleh itu secara tidak langsung ia juga terlibat dalam penghasilan estrogen dan progestron iaitu hormon yang memainkan peranan penting ketika kehamilan dan penyusuan. Pengambilan GLA bersama dengan Ostematrix, Vitalea, Allfalfa, Lecithin dan B-complex dapat membekalkan nutrien yang secukupnya kepada tubuh ketika kehamilan dan penyususan. Tahukah anda GLA dan Alfalfa juga boleh bertindak sebagai milk booster yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.
  • Mereka yang mengalami menopouse. Menopause terjadi gara-gara kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progestron ataupun androgen (bagi lelaki). Hormon ini memainkan peranan penting terhadap sistem produktif yang turut mempengaruhi emosi seseorang. Penghidap biasanya akan menunjukkan simptom seperti hot flashes ( muka rasa merah dan panas), berpeluh, kekeringan pada viginal, sakit kepala dan perubahan emosi yang tdak tentu arah seperti taufan atau putting beliung. Mungkin kerana ini jugalah nama taufan sering dikaitkan dengan wanita sebagai contoh taufan catarina. Lebih teruk lagi ia juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung terutamanya lelaki dan juga osteoporosis bagi wanita. Tahukah anda, berapa banyak pun kalsium yang anda ambil tidak dapat membantu masalah osteoporosis sekiranya anda tidak mengambil bersama GLA. Ini kerana penyerapan kalsium pada tulang adalah bergantung kepada kandungan hormon estrogen.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau kemandulan. Seperti yang diketahui masalah ini sering berkait rapat dengan masalah hormon, emosi dan sistem imunisasi tubuh. Pengambilan nutrisi yang betul dan secukupnya dapat membantu masalah ini. Bagi pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata disarankan untuk mengambil GLA berserta dengan Ostematrix, Zinc, Vitamin E dan B-complex . Mungkin ini adalah salah satu jalan yang dapat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dan memenuhi impian anda untuk mendapatkan cahaya mata.
  • Mereka yang lemah tenaga syahwat. Lagi sekali ia juga melibatkan hormon. Maka pengambilan GLA dapat menolong masalah ini. Tambahkan juga Omega Guard, Vitamin E, Zinc dan B-complex. Pengambilan B-complex juga dapat memberikan tenaga dalaman dan juga boleh membantu bagi mereka yang mengalami masalah erectile dysfunction.
Testimoni #1

Testimoni #2
Testimoni #3
Testimoni #4
Testimoni #5
Testimoni #6
Testimoni #7

Kini anda boleh dapatkan GLA Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Sunday 3 November 2013

Rawat Resdung Dengan Suplemen Set Resdung Shaklee (Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex)

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung/ alahan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada individu yang menghidapnya. Siapa yang tahan kalau setiap kali bangun pagi mengalami bersin yang berlarutan. Muka dan hidung akan terasa gatal dan tersumbat. Paling kronik pula, kalau ia berlarutan dan menyebabkan sakit kepala dan demam menyerang. 

Kenapa individu menghidap resdung?


Antara punca resdung yang dikenalpasti adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Punca resdung yang tidak ramai orang sedar dan tahu adalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Apa akibat resdung yang tidak dirawat?

Resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit pada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

Bagaimana nak rawat resdung?

Banyak cara nak rawat resdung, cara alternatif, cara tradisional, cara moden dan macam-macam lagi. Saya nak kongsikan petua rawat resdung dengan cara amalan seharian. Cara ini sememang tidak memerlukan kos yang tinggi dan paling mudah untuk dilakukan. Caranya adalah:
  1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
  2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
  3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
  4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.
Pemakanan yang seimbang juga penting bagi memastikan sel-sel  dalam badan dapat berfungsi dengan sempurna. Amalan pemakanan suplemen juga dapat membantu masalah resdung. Shaklee mencadangkan suplemen berikut:


Sustained Released Vita-C - Sel dalam badan sesorang yang alergik akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine inilah yang menyebabkan ruam, gatal dan bersin. Ubat anti histamin diperlukan bagi rawatan ini. Vitamin C bertindak sebgai anti histamin dan sudah pastinya tindakan dari vitamin C adalah jauh lebih baik dan lebih selamat dari dadah histamin lain yang digunakan. Vitamin C juga membantu meningkatkan tahap imun badan, menstabilkan pengeluaran histamin di dalam badan dan membantu mencegah penyempitan salur pernafasan. 

B-Complex - Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Vitamin B6 dalam B-Complex penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan)

Alfalfa - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walau bagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam mencegah resdung/ alahan/ asma jika diambil secara istiqamah. Kehidupan anda pasti akan berubah tanpa perlu hadapi situasi bersin yang berlarutan setiap hari yang mungkin boleh membahayakan nyawa sendiri jika tidak dirawat segera. 

Testimoni #1:
  


Testimoni #2:



Testimoni #3:


Testimoni #4:




Kini anda boleh dapatkan Set Resdung Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Suplemen Shaklee Bagi Mengatasi Hemoglobin (Hb) Rendah/ Low Semasa Hamil/ Mengandung

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (Hb low).


Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Paras HB yang rendah amat merunsingkan doktor yang merawat dan ibu hamil disebabkan oleh kesan seperti berikut:

Kesan kepada bayi :

Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(contohnya tiada kaki & tangan dengan sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
 

Kesan kepada ibu :

  1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/ rasa berdebar-debar(palpitation)
  2. Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Cadangan Bagi Mendapatkan Hb Yang Ideal



  1. Mengamalkan pemakanan sihat dan ideal yang mendandungi khasiat seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Menambahbaik nilai pemakanan harian dengan pengambilan suplemen kesihatan. Suplemen kesihatan Shaklee yag dicadangkan adalah seperti berikut:
Vitalea 
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Sustained Release Vita-C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Testimoni:


Kini anda boleh dapatkan Suplemen Meningkatkan Hemoglobin Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Saturday 2 November 2013

Perbezaan Ubat dan Suplemen

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

UBAT
  1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin/paracetamol boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman dan akhirnya kematian.
  4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
  8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mensasar seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
  9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.
  10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
SUPLEMEN (VITAMIN)
  1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
  4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.
  6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
  8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
  9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
  10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.
RINGKASANNYA:
  • Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja
  • Suplemen boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil suplemen
  • Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat
  • Suplemen tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit

  "SESUNGGUHNYA MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA"

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

Dapatkan Vivix Shaklee Dengan Harga Yang Amat Berpatutan!!!!!

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"


Vivix Shaklee walaupun sedikit mahal tetapi setanding dengan KHASIATNYA!!! Sebab tu bila ada offer Vivix Shaklee  berduyun-duyun customer akan order.

Apakah khasiat Vivix Shaklee?
Ketahui manfaat Vivix Shaklee terperinci.

Siapa yang boleh ambil/ memerlukan Vivix Shaklee?

Sesiapa sahaja (orang dewasa) yang memerlukan polifenol semulajadi yang tinggi.Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Anda hanya perlu mendapatkan 2 botol Vivix dan anda akan diberikan keahlian Shaklee secara percuma. Mana tahu anda mahu menjana pendapatan / income seperti saya!!!


Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang. Kerana suami, isteri, ibu bapa dan diri anda sendiri adalah begitu berharga. Nanti boleh jadi cantik macam Ayu Raudhah (artis yang mengambil Vivix Shaklee)




Dapat lagi info dan testimoni Vivix Shaklee.

Kini anda boleh dapatkan Vivix Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 

PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung.

@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@


Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:

Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]