Tuesday, 5 November 2013

EPO Shaklee : GLA Complex Shaklee dan Testimoni GLA Shaklee

"Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

 Apakah GLA?


GLA atau nama panjangnya gamma-linolenik asid adalah asid lemak omega 6 yang paling terkenal.  GLA boleh didapati di dalam susu ibu dan dalam biji primrose, borage dan buah blackcurrent. GLA adalah perlu untuk kesihatan manusia, tetapi badan boleh tidak boleh menghasilkan GLA. Jadi anda perlu mendapatkan sumber GLA melalui makanan. GLA membantu merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan.

Kandungan GLA SHAKLEE?

GLA complex Shaklee diperbuat dari borage (sejenis bunga) yang mengandungi GLA yang tinggi dan mudah diserap tubuh. Ia juga mengandungi minyak biji bunga matahari (sunflower seed oil), iaitu sumber asid lemak Omega-6. GLA Complex Shaklee dilengkapi dengan Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu menguatkan sel. Tiada perasa dan pewarna tiruan serta pengawet digunakan dalam menghasilkan GLA Shaklee. Setiap botol GLA Shaklee mengandung 60 kapsul GLA dengan kandungan dalam setiap kapsul adalah seperti berikut:
  • Vitamin E - 15 IU
  • GLA dari minyak Borage  - 90mg
  • Linoleic Acid (dari biji bunga matahari dan minyak borage ) - 216mg 
Beberapa penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa GLAberguna untuk keadan-keadaan berikut:

1. Neuropati diabetes

Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil asid gamma linolenik (GLA) selama 6 bulan atau lebih boleh mengurangkan gejala sakit saraf pada orang dengan neuropati diabetes. Orang yang mempunyai kawalan gula darah yang baik mungkin mendapati GLA lebih berkesan daripada mereka yang mempunyai kawalan gula darah yang lemah.

2. Kanser payudara

Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (ubat yang digunakan untuk merawat kanser payudara sensitif estrogen) daripada orang-orang yang hanya mengambil tamoxifen.

3. Ekzema

Beberapa kajian yang mengkaji orang-orang yang mengambil minyak primrose selama 16 - 24 minggu mendapati tiada peningkatan dalam gejala ekzema.

4. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)

Terdapat beberapa bukti awal bahawa GLA boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan omega-3 asid lemak asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), yang ditemui dalam minyak ikan. Dalam satu kajian, lelaki dengan tekanan darah tinggi pertengahan yang mengambil 6g minyak blackcurrant mempunyai pengurangan dalam tekanan darah diastolik berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

Satu lagi kajian diperiksa orang dengan claudication sekejap sakit di kaki ketika berjalan yang disebabkan oleh tersumbat dalam saluran darah. Mereka yang mengambil GLA digabungkan dengan EPA mempunyai pengurangan dalam tekanan darah sistolik berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

Perbezaan GLA SHAKLEE dan EPO dari produk lain: 
  • Istimewanya GLA Shaklee adalah kandungan GLA nya adalah sebanyak 15% - 20%. Berbanding dalam EPO hanya mengandungi 8% - 10% GLA.
  • GLA shaklee diperbuat dari borage oil. Sudah tentu ianya lagi berkesan dari EPO kerana kandungan GLA dalamnya adalah lebih tinggi.
  • Minyak borage lebih tinggi dua kali ganda dari primrose dan 50% lebih tinggi dari blackcurrant
  • EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya pembentukan sel-sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak. 
  • Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan dan gabungan ke dalam sel dan tisu
  • Dilindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti–oksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran 
Siapa yang memerlukan GLA Shaklee?
  • Ekzema - GLA dapat memberi kelembapan pada kulit dan 'melembutkan' ekzema.
  • Masalah kulit lain seperti jerawat, kulit kering dan sebagainya - GLA membantu memberikan keseimbangan hormon
  • Mereka yang mengalami dysmenorrhea ataupun senggugut. Dysmenohrrhea ini ditakrifkan sebagai rasa sakit ataupun kejang ketika datang haid. Ini disebabkan contraction dibahagian uterus yang diakibatkan oleh penghasilan prostaglandin. Pengambilan GLA yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang. Pengambilan GLA bersama dengan B-complex, Omega-3, Garlic dan Ostematrix dapat membantu mengatasi masalah ini dengan lebih cepat.
  • Pesakit arthritis rhematoid
  • Wanita yang menghadapi PMS. Adakah anda perasan satu perasaan yang pelik sering berlaku pada diri anda atau isteri anda (bagi lelaki) apabila hampir datang bulan ataupun diwaktu bendera merah hampir dikibarkan. Pada waktu begini wanita akan mudah naik angin tidak tentu pasal, sensitive, sedih dan bersifat negative. Dianggarkan 40% daripada wanita mengalami PMS. Simptom ini terjadi di antara proses ovulasi dan pendarahan. Simptom akan hilang sebaik sahaja pendarahan bermula atau selepas 2-3 hari pendarahan.
  • Mereka yang menghadapi kencing manis. Salah satu komplikasi kecing manis adalah rasa kebas yang melampau atau lebih dikenali sebagai neuropati diabetes. Pernahkah anda berdepan dengan pesakit diabetes yang kadang terlupa untuk memakai kasut ketika menjalani aktiviti harian seperti pergi ke kedai. Ini disebabkan oleh rasa kebas yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasa sakit, sejuk ataupun panas. Ini disebabkan oleh kegagalan pada sistem saraf motor. Kekurangan GLA menyebabkan masalah pada sarung yang menutupi saraf (iaitu sarung meilin) dan mengurangkan aliran darah. Oleh yang demikian pengambilan GLA dapat membantu pesakit diabetis mengatasi dan mengurangkan derita yang ditanggung. Penambahan zinc juga penting untuk meningkatkan system imun dan juga alfafa.
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan. Ini kerana GLA dapat bertindak dengan asid lemak bagi mengelakkan pembentukan sel lemak, yang menyumbang kepada bertambahan berat badan. Pengambilan GLA sebelum tidur berupaya membantu pemecahan lemak ketika tidur. Pengambilan GLA bersama lecithin boleh mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan secara sihat dan selamat.
  • Mereka yang menghadapi masalah period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit dan yang inginkan kelihatan awet muda. Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang amat menarik minat dan perhatian anda semua. Ada dua pekara yang tidak boleh diubati iaitu mati dan tua. Tetapi tahukah anda, anda boleh melambatkan proses penuaan melalui pengambilan nutrien yang betul dan mencukupi dalam diet anda. Pengambilan GLA bersama dengan protein, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Beta-carotene dan Zinc secara berterusan boleh membantu kita kelihatan muda daripada usia sebenar kita. kita bukan sahaja kelihatan muda, segak dan bergaya bahkan lebih sihat
  • Mereka yang mengalami hypertension. Ini kerana GLA boleh menurunkan tahap kolestrol jahat dalam darah iaitu LDL ( low density lipoprotein). LDL ini menyebabkan penimbunan kolestrol pada salur darah. Ini menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menyebabkan anda mengalami hypertension. Dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
  • Mereka yang hamil dan menyusukan anak. Seperti yang diterangkan di atas, GLA memainkan peranan penting dalam mengatur hormon, iaitu melalui pembentukan prostaglandin. Oleh itu secara tidak langsung ia juga terlibat dalam penghasilan estrogen dan progestron iaitu hormon yang memainkan peranan penting ketika kehamilan dan penyusuan. Pengambilan GLA bersama dengan Ostematrix, Vitalea, Allfalfa, Lecithin dan B-complex dapat membekalkan nutrien yang secukupnya kepada tubuh ketika kehamilan dan penyususan. Tahukah anda GLA dan Alfalfa juga boleh bertindak sebagai milk booster yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.
  • Mereka yang mengalami menopouse. Menopause terjadi gara-gara kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progestron ataupun androgen (bagi lelaki). Hormon ini memainkan peranan penting terhadap sistem produktif yang turut mempengaruhi emosi seseorang. Penghidap biasanya akan menunjukkan simptom seperti hot flashes ( muka rasa merah dan panas), berpeluh, kekeringan pada viginal, sakit kepala dan perubahan emosi yang tdak tentu arah seperti taufan atau putting beliung. Mungkin kerana ini jugalah nama taufan sering dikaitkan dengan wanita sebagai contoh taufan catarina. Lebih teruk lagi ia juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung terutamanya lelaki dan juga osteoporosis bagi wanita. Tahukah anda, berapa banyak pun kalsium yang anda ambil tidak dapat membantu masalah osteoporosis sekiranya anda tidak mengambil bersama GLA. Ini kerana penyerapan kalsium pada tulang adalah bergantung kepada kandungan hormon estrogen.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau kemandulan. Seperti yang diketahui masalah ini sering berkait rapat dengan masalah hormon, emosi dan sistem imunisasi tubuh. Pengambilan nutrisi yang betul dan secukupnya dapat membantu masalah ini. Bagi pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata disarankan untuk mengambil GLA berserta dengan Ostematrix, Zinc, Vitamin E dan B-complex . Mungkin ini adalah salah satu jalan yang dapat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dan memenuhi impian anda untuk mendapatkan cahaya mata.
  • Mereka yang lemah tenaga syahwat. Lagi sekali ia juga melibatkan hormon. Maka pengambilan GLA dapat menolong masalah ini. Tambahkan juga Omega Guard, Vitamin E, Zinc dan B-complex. Pengambilan B-complex juga dapat memberikan tenaga dalaman dan juga boleh membantu bagi mereka yang mengalami masalah erectile dysfunction.
Testimoni #1

Testimoni #2
Testimoni #3
Testimoni #4
Testimoni #5
Testimoni #6
Testimoni #7

Kini anda boleh dapatkan GLA Shaklee secara online. Klik icon "Tempah Sekarang". 
@@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@@

Masih ada pertanyaan? Hubungi saya menerusi:


Penghantaran Ke Seluruh Malaysia ]
COD:W.P. Putrajaya, Sg. Besi, UPNM Sg. Besi, Serdang, UNITEN Bangi ]

0 comments:

Post a Comment